Showing posts with label lelaki lemah dengan air mata. Show all posts
Showing posts with label lelaki lemah dengan air mata. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

awek queen control, lelaki jadi dayus

awek queen control..? mesti sengsarakan bila setiap pergerakan dan perbuatan mesti kena report dulu dekat awek. kalau nak berjalan ke mana-mana pun kena beritahu dulu. sebulan dua perkenalan bolehla bertahan lagi..sayang la katakan, masih bunga-bunga cinta, tapi bila dah masuk ke angka setahun bunga-bunga api la jawabnya..

awal-awal percintaan, memangla semuanya indah belaka, boleh bertolak ansur, sopan santun la kononnya, tapi makin lama, semakin semuanya nak dikawal, baik dari perhubungan dengan orang lain sampai soal pemakaian, spentot pun nak dikawal.
u nak beli boxer ajak i, biar i pilih warna boxer u, sesuai tak...kiranya, kalau dah hitam kata dia, hitam la jawabnya, jangan memandai nak tukar.
antara punca berlakunya queen control ni disebabkan

1.) wujud perasaan terlalu sayang kan seseorang, sayang sampai separuh mati, kira dah masuk ke tahap 90% ke atas...biasanya bila dah terlebih sayang, memang macam-macam boleh jadi...

2) takut untuk kehilangannya pun salah satu punca yang teruk jugak..pastu mula rasa cemburu yang mendadak. Pantang ada kawan perempuan lain telefon, mulala tanya, "siapa yang call u ni". bila tak puas hati, siap call kawan perempuan tu untuk cari bukti lain lak.

3) mementingkan diri sendiri sebab rasa diri dah berjaya mendapatkannya. Kiranya lelaki tu adalah milik dia 100%. Pada pendapat queen control ni, pendapatan duit pasangan, adalah duitnya juga, jadi sang lelaki kenala bayarkan bil telefon setiap bulan, belikan hadiah mahal-mahal termasuk barang kemas. Kalau yang dah melampau sangat, sanggup mempertikaikan soal wang belanja untuk keluarga.
biarla along yang bagi mak duit, dia kan along. dia yang bertanggungjawab hantar duit perbelanjaan utk mak. duit u , simpan jela, banyak benda nak dibeli..

kalau dah macam ni memang parahla kan..Belum kahwin dah mempertikaikan soal tanggungjawab anak lelaki, kalau dah kahwin macam mana la agaknya. jangan sampai duit gaji pun kena masuk dalam akaun isteri dahla...nanti tak pasal-pasal jadi macam ni.."yang...i nak rm100 boleh tak, nak beli kemejala..."adoii..tak dapat aku nak bayangkan kalau kena macam tu...
mesti pening dapat pasangan macam ni, lelaki boleh menjadi dayus bila turutkan saja kehendak perempuan. Yela perasaan sayang masih tebal lagi. tu yang menyebabkan lelaki masih lagi setia bersama walaupun memang dah jerut leherla... Tapi sampai bila, sampai dah tak tahan la...baru lelaki jadi berani untuk bersuara.

kalau tak nak jadi lelaki dayus, kenala tegas dalam berbicara dan tegur sikap pasangan masing-masing. ke nak say hai hai dan bye bye je.....hehe...

adakah kerana lelaki tidak tegas atau memang sikap wanita itu sendiri yang sukar untuk dibuang..walaupun dah di bagi peluang untuk perbaiki kesilapan...

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops