Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Monday, August 24, 2009

4 perkara dilarang

susah jugak jadi orang yang tak reti berdiam....tak kira la duduk diam atau mulut tak reti nak diam...bercakap je...

1) waktu azan berbual tak berhenti...
2) dalam masjid sambil gelak
3) imam tgh baca doa pun boleh berbual kuat-kuat

dan..

4) mencuri beg tangan perempuan ketika jemaah sedang sujud

ni baru awal ramadhan..belum masuk pertengahan...tapi kes kecurian dkt masjid makin menjadi-jadi..nak kata setan hasut..setan dah kena ikat...habis tu siapa yang hasut...tak ada siapa-siapa yang hasut...nafsu sendiri...

jadi

jangan bawa beg tangan
jangan bawa duit banyak2

banyakkan berzikir....

bawa barang-barang yang penting je la....

kunci kereta..kalau tak bawa...mcm mana nak masuk kereta nnt...kalau tinggal dekat kereta...kompem dengan kereta boleh ilang,...

duit..sedekahla duit tu kat masjid...
(ikut kemampuan).

nak letak dekat mana...

letak betul-betul dalam kawasan yang kita boleh perhati...

perhatian untuk jemaah wanita

terutama mereka yang duduk di barisan hadapan. berdekatan dengan tirai yang memisahkan antara perempuan dan lelaki. sebab kes kecurian dekat masjid kawasan rumah aku, banyak yang mcm tu..bila jemaah sedang sujud, pencuri akan tarik dari sebalik tabir tu...

p/s: semoga dijauhkan dari kita berkelakuan mcm tu....


Tuesday, August 11, 2009

jika solat kene penjara...jika puasa kena sebat

andaikata la kan kalau tahun ni korg kene puasa dalam keadaan yang sangat menyeksakan

setiap kali bangun dari tido untuk bersahur, dah ada org berjaga kat luar sane untuk pastikan yg korg takkan bersahur...kalau bangun bersahur je korg pasti kene sebat atau dipukul

setiap kali korg mengerjakan solat 5 waktu, kene bersembunyi dari pihak lain. andaikata diketahui yg korg ada bersolat, akan dimasukkan dalam penjara untuk tempoh yang tertentu...

kalau didapati korg solat lagi..korg kene masuk penjara lg...

mesti tak nak kan perkara ni terjadi di Malaysia...tapi manusia ni tak pernah serik dengan apa yang berlaku dulu...

percaya tak perkara mcm ni mmg berlaku di negara luar....ni kisah benar yang diceritakan oleh salah seorangg ahli group aku ......dia berasal dari kazakhstan....nama dia "Nurgissa Umatay" seorang lelaki...agak handsome...masih bujang....e'eh..terlajak lak aku,,hehe.....tengah buat assignment td..gissa ni cerita serba sedikit pasal negara die...

sedih sangat aku dengar...masa die bercerita pun nada dia mcm sebak je....negara dia ramai gakla islam..tp sering ditindas oleh pihak berkuasa....dulu kawasan dia rmi org islam..lebih kurang 10 000 orang..tp sekarang hanya tinggal lebih kurang 2000 sahaja...yg lain nya mati dibunuh oleh mereka yg anti islam...antara mangsa-mangsa yang dibunuh ...arwah atuk dan arwah nenek dia...tp sekarang dah ok sikit..tidak seteruk dulu..masjid pun dah makin banyak..kalau sblm ni hanya 5 buah masjid je..sekarang dah lebih dr 20 rasanya..pelapis2 muda semua dah ada....

malah masyarakat islam di Kazakhstan tak pernah anti yang bukan islam...dan sentiada layan dengan baik....tak terlintas nak balas dendam atau seksa yang bukan islam...sebagaimana ape yg dieorg pernah buat dulu..mudah-mudahan ini akan membawa mereka berminat dengan agama islam...

kawan aku tu siap nasihatkan aku..."rakyat Malaysia patut bersyukur, sbb tak perlu hidup seperti dieorg"...............terseksa........tidak bebas dalam negara sendiri...dikongkong......dikawal....diperlakukan dengan kejam.....jadi kenape org malaysia perlu bergaduh antara sesama islam..sepatutnya dikuatkan lg ikatan sesama islam...

aku rasa org2 atasan negara kita ni perlu dengar cerita2 mcm ni..xkirala....dari parti mane...pihak mane.. jadikan pengajaran sesama kita...sama2 bersatu padu.... bukan lagi memecah belahkan agama islam...dan masyarakat melayu...

Sunday, June 21, 2009

putih telur sebagai bancuhan simen


dulu-dulu..arwah atuk aku bekerja sebagai tukang pembersih , dikawasan istana, jadi byk gakla sejarah2 serta cite2 lame yg aku tau....kisah seram kisah sedih,,,nmpak hantu..semua ada..tp tak boleh cerite semua la...nnt lain lak jadinye...


mungkin ada di antara kamu dan kamu pernah mendengarnya,,dan mungkin ada yang belum pernah dengar...


dahulu..dalam tahun 1885..kalau salah maafkan aku..sila perbetulkan...(sbb ingatan aku cepat sangat lupe..) masjid sultan abu bakar telah dibina...antara yang menarik semasa pembinaan nya ialah..menggunakan putih telur sebagai bancuhan simen,,,tp tidak semua bangunan hanya bangunan yang betul2 mengadap laut sahaja...kerana itu sahaja bangunan asal..

pada waktu itu,,, semua telur di seluruh dunia telah dihantar ke sini, untuk pembinaan masjid sultan abu bakar...

unikkan pembinaannya...tapi kerana uniknya itu jugak, pembinaan masjid ini mengambil masa beberapa bulan untuk siap..agak lame jugak...

selain bangunan Masjid Sultan Abu Bakar, Istana Bukit Serene dan Bangunan Sultan Ibrahim atau dikenali sbgai bagunan pentadbiran negeri johor jugak merupakan antara sejarah bangunan lama yang masih wujud lagi di sekitar johor bahru.


Tapi Bangunan Pentadbiran Negeri Johor, kini hanya dijadikan sebagai bangunan bersejarah sahaja, kerana pusat pusat pentadbiran johor kini telah ditukar ke zon B iaitu Nusajaya iaitu kawasan lingkungan WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR



My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops