Showing posts with label tips untuk blogger. Show all posts
Showing posts with label tips untuk blogger. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

bahasa mulut dan bahasa pasar

tau x slh satu perkara yg harus dielakkan adlh ayat yg mcm ni...ni la kesalahan yang aku dah buat dalam setiap entri aku sebelum-sebelum ni. jika nak setiap entri kita mudah dibaca dan difahami seharusnya elakkan la dari gunakan bahasa pasar atau pun bahasa mulut..

janggal? pelik? memang la pelik. sebab, kita dah terbiasa dengan penggunaan bahasa mulut dalam kehidupan seharian.Dalam sms pun memang kita banyak gunakan bahasa mulut atau short form ni, sebab nak jimat duit katakan...

apa tu bahasa mulut? mulut banyak pot pet pot pet..bukanla..
bahasa mulut ni atau dipanggil cakap mulut. Biasanya digunakan oleh orang melayu dan ayat-ayatnya begitu ringkas

contohnya: tak untuk tidak,kak untuk kakak, dah untuk sudah, nak untuk hendak dan lain-lain lagi. cth ayat "kak sy nk mkn"

dan lagi satu bahasa pasar....
bahasa pasar atau dipanggil bahasa kacukan . Dalam hal ni terdapat banyak unsur bahasa yang digunakan. Bahasa pasar ni terdiri daripada bahasa melayu tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasa-bahasa lain seperti bahasa cina dan bahasa tamil.

contohnya: saya boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak

kenapa harus dielakkan..

yela mana ada orang cari perkataan-perkatan yang macam tu dalam search engine. "cr2 msk ns grg"...memang tak ada orang cari yang macam tu, tak kira tajuk entri atau isi entri, perlu dielakkan dari menggunakan bahasa mulut ni. Sebab isi-isi kita juga berkemungkinan akan timbul di carian jika perkataan yang dicari ada dalam entri kita.

tapi kalau blog tu sebagai diari je..blog aku, aku punya pasal la, tu suka hati sendiri la....

ps: siang ni tak online, sebab aku ke air hitam, johor.

Wednesday, November 25, 2009

muka dan blog

aku, dulu dan sekarang lain, dulu aku pernah letak wajah-wajah super 'kechumelan' aku tu...bagi mereka yang dah mengikuti blog ni dari dulu mesti tau...tapi sekarang ni dah lain, aku lebih suka jadi misteri je.. bak kata ivy , dilot sekarang dah jadi misteri......

puncanya sebab apa ye..dah lama la...mana aku nak ingat..tapi rasanya sebab aku tak nak blog aku ni diketahui oleh seseorang....masa tu memang aku buat sesi kutuk giler-giler dekat seseorang ......biasala dulu..masa blog betul-betul jadi blog peribadi..tapi sekarang semua entri yang aku kutuk orang, aku dah buang......

kalau akan datang aku nak letak gambar, tak taula kan..mana tau berubah balik....keadaan aku ni memang selalu mereng sikit..sekejap macam ni, sekejap macam tu, ikut mood aku ke mana..kalau baca blog orang pun, kadang-kadang aku suka baca blog peribadi, kadang-kadang suka yang umum je...

tapi yang pasti..aku mesti tengok kat nuffnang dulu...sebab aku tau, mereka-mereka yang baca blog aku ni, sentiasa rajin klik nuffnang aku..cuma dieorg tak bagi tau je...thanks korang yang sudi klik nuffnang cik dilot ni...setakat ni alhamdulillah. lepasla duit poket aku

korang tau tak , yang gambar kita sendiri pun boleh jadi daya penarik untuk orang singgah ke blog kita, hits untuk satu hari je boleh cecah melebihi 300 walaupun blog tu hanya blog peribadi. contohnya blog ynaaohynaa ...blog yg aku selalu jengah..Jadi, korang bolehla letak gambar-gambar korang kat blog ..ni strategi jugak tau untuk naikkan blog sendiri..

tapi kalau tak nak letak gambar, korang boleh berimaginasi dengan reka cerita yang menarik. biasanya hasil penulisan dari imaginasi ni memang boleh menarik minat pembaca. Sesetengah pembaca mungkin sukakan cara penulisan yang diluahkan melalui imaginasi. sebab gaya penulisan seperti ini lebih kepada lucu, senang difahami dan sesuai dengan jiwa pembaca. Bila dah sesuai, pembaca akan ketagih untuk membaca blog yang diminati.

contohnya blog joegrimjow. bila dia berimaginasi pun tak taula, tapi sentiasa ada je entri baru dari dia. gaya penulisan dia memang boleh tahan seperti kapten luffy, atau sekarang ni lebih dikenali dengan nama ah fatt. kalau tak silap akula..tapi rasa nya betul..sebab aku memang selalu baca entri-entri dari luffy ni...

p/s: Raya tahun ni kurang sikit meriahnya. sebab tak ada buat korban dekat rumah aku. kalau tak, memang tiap-tiap tahun buat, sebab rumah yang aku duduk sekarang ni, rumah pusaka sebenarnya. Dalam tanah rumah aku ni pun, dah macam-macam jenis darah lembu dengan kambing ada..cuma darah orang jela takde..=)

muka lembu dan blog

Selamat hari raya aidiladha untuk semua. besok mesti ramai yang dah cuti,,

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops