Wednesday, July 17, 2013

Kuruskan badan dengan Omega Guard

Omega dan kecerdasan otak sering dikaitrapatkan. Tapi kini dengan Omega Guard Shaklee, ia turut bantu mereka yang ingin kuruskan badan.

[Bagaimana?]
--------------

Pengambilan 3 biji OmegaGuard sehari selepas breakfast atau lunch mampu memberikan rasa kurang lapar kepada anda.

[Tahukah anda?]
-----------------

Omega guard bukan sahaja boleh menyingkir kolesterol malah juga boleh memecahkan lemak yang berlebihan di dalam tubuh badan kita.

[Kenapa boleh kurus dengan omega guard?]
---------------------------------------------

Omega 3 Fatty Acid mempengaruhi pelbagai jenis hormon yang dihasilkan oleh badan termasuk leptin yang merupakan hormon yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar Signal kepada otak untuk menghadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.

Menurut satu kajian di The University of Navarra of Pamplona Spain, Omega-3 Fatty acid secara langsung dapat mengurangkan selera makan, hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam "Appetite" tahun 2009 telah mengambil diet yang tinggi fattiy acid omega-3 menunjukkan mereka berasa kurang lapar dalam proses diet mereka. Sumber: Livestrong.





Untuk Info dan Order:
Dilah Bakar
Shaklee Independent Distributor | ID 933253
Facebook:Diari Keluarga Sihat
WhatsApp / SMS : 012 7776785
Blog :dilahdilot.blogspot.com

Thursday, July 11, 2013

Kesuburan - 300 juta sperma, 1 ovum

Kehamilan merupakan satu proses yang dinanti-nantikan oleh pasangan yang sudah berkahwin. Setiap pasangan pasti telah berusaha sedaya upaya untuk memiliki zuriat mereka sendiri.

Bukan mudah tapi setiap usaha pasti akan berbuah hasilnya.

Bayangkan kita berada di luar dewan, dan dipenuhi dengan beribu-ribu orang yang sedang berebut untuk masuk ke dalam dewan. Pintu dewan yang dibuka hanya 1 sahaja. Tragis bukan.?? Bukan senang nak masuk. Melainkan ... kita kuat untuk berasak, kita pantas berjalan, dan kita ada tenaga untuk berebut dengan orang lain

Begitu juga dengan sperma..300 juta sperma akan masuk ke uterus (rahim). Tapi yang berjaya,hanya satu sperma yang SIHAT sahaja dan akan bergabung dengan ovum untuk membentuk embrio.

==========================================================

Langkah-langkah untuk hamil

  • Wanita perlu mengeluarkan telur(ovum) daripada salah satu ovarinya ( ovulasi )
  • Ovum tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim )
  • Sperma lelaki pula perlu melalui vagina, lepas itu ke uterus, dan ahkir sekali bergabung dengan ovum dalam saluran fallopian
  • Ovum yang telah disenyawakan itu perlu melekat pada dinding uterus

Sperma + Ovum = Baby yang sangat comel

Malangnya, ramai wanita yang sudah berkahwin kerap menghadapi masalah berkaitan kehamilan, atau dipanggil masalah ketidaksuburan. Walau bagaimanapun, masalah ketidaksuburan bukan saja berkaitan dengan wanita, malah berkemungkinan ia berkaitan dengan lelaki juga. Antara beberapa faktor ketidaksuburan adalah seperti di berikut:


Faktor-faktor dari lelaki:

  • Azoospermic - Lelaki tidak dapat menghasilkan sperma
  • Kekurangan sperma - Sperma yang tidak cukup untuk memastikan ia dapat bergabung dengan ovum
  • Ejakulasi pra-matang - Sperma tidak dapat masuk ke dalam vagina
  • Azoospermia Darah - Berkemungkinan disebabkan oleh keradangan organ pembiakan lelaki
  • Sperma yang tidak berkualiti - Menyebabkan sperma berkorban sebelum bergabung dengan ovum


Faktor-faktor dari wanita:
  • Masalah vagina - Jangkitan seperti trichomonas dan gonorea akan menyebabkan radang vagina, dengan ini menjejaskan peluang untuk hamil
  • Masalah serviks - Stenosis serviks, polip, fibroid, cyst, perekatan boleh menjejaskan sperma melalui ke uterus
  • Masalah uterus - Fibroid uterus adalah ketumbuhan paling biasa didapati di kalangan wanita. Fibroid ini akan menyebabkan ovum yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding uterus
  • Masalah fallopian tube - Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis menyebabkan ovum tidak dapat bertemu dengan sperma
  • Masalah Ovari - Ovari yang tidak sihat akan menghasilkan ovum yang tidak sempurna, atau tidak dapat menghasilkan ovum langsung.
  • Gangguan haid - Kitaran haid yang tidak stabil menyebabkan isteri tidak dapat tahu bila ovari akan menghasilkan ovum
============================================================

Tips yang boleh dicuba untuk anda yang ingin hamil:
  • Elakan merokok & alkohol
  • Elakkan makanan yang 'tajam' seperti nanas, air tebu, air kelapa muda (untuk kandungan awal), tapai, makanan bercuka, jeruk buah (kuat bahan pengawet)
  • Berfikir positif dan buat senaman supaya sentiasa gembira dan mengurangkan tekanan kerja
  • Pengambilan suplemen seperti protin, vitamin, mineral, asid gamma linolenik(GLA) untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan
  • Pengiraan kitaran haid dengan tepat supaya dapat meningkatkan peluang hamil

============================================================

Set Kesuburan Shaklee Terdiri daripada:
  • GLA - Asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid
  • Vitamin E Complex - Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium
  • Zinc Complex - Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 
  • B-complex - Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

=============================================================
Harga untuk Setiap Produk

GLA(60 Capsules) - RM 91.25
Vitamin E Complex(120 Capsules) - RM 149
Zinc Complex(120 Tablets) - RM 33.75
B-Complex(120 Tablets) - RM 53.75

Total Price for Non-Member : RM 327.75

Sms/whatsapp saya untuk harga istimewa atau harga ahli dengan jadi ahli di bawah saya,

.

 

Tuesday, July 9, 2013

Puasa 2013 sebagai Breastfeed Mom

Tahun ni tahun ke-2 dilot puasa dengan aleesya. Tahun lepas adalah tahun pertama berpuasa setelah bergelar seorang mama. Cabaran tahun ke-2 mungkin lebih mencabar dari tahun lepas, sebab aleesya semakin aktif, cergas dan tak kenal erti penat untuk duduk diam.

Ada je kerja yang dia nak buat. Kita kemas sini, dia  kemas sana, kita kemas sana. dia kemas sini, senang cerita, tak habis-habis dengan kemas dari pagi sampai ke petang.

Oh ya...dilot kini dah bergelar suri rumah tangga sepenuh masa. Macam-macam soalan yang dilot dapat? Berbaloi ke berhenti? Tak takut ke tak de wang simpanan? dan macam-macam lagila...tak pe pejamkan mata , pekakkan telinga apa yang orang nak kata. ada masa nanti dilot cerita pasal tu ye. Hihi..

Tahun ni dilot dah siap sedia beli ESP dan Performance Drink untuk bekalan puasa nanti. Lagi-lagi dilot ni Breastfeed Mom... Kena cari makanan, kena cari jadual makan yang betul dan berkhasiat untuk sepanjang bulan Ramadhan ni. selain untuk diri sendiri juga untuk anak. Mudah-mudahan terus dapat berikan yang baik dan berkhasiat buat anak walaupun puasa disiang hari.


Set ESP dan Performance Drink memang dilot dah mula ambil sejak ganti puasa sebelum ni, Memang sangat-sangat membantu bagi sesiapa yang berpuasa.
 1) Perut memang rasa kenyang sampai ke petang...walaupun ada sesetengah orang kata, breastfeed mom ni akan selalu rasa lapar sebab baby sentiasa menyusu.
2) Kurang rasa haus dan tekak kering sangat2 . Sebab PD (Performance Drink) ni mengandungi

campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari yang terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Ia membantu menggantikan semula tenaga yang hilang dan membantu
memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan. Kalium, Magnesium dan Natrium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh, tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.


My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops