Saturday, October 31, 2009

watak gedik dalam sumpah bunian


sumpah bunian..2 watak yang menjadi tumpuan..watak nora danish dan elly mazlein....sorang watak baik..dan sorang lg...watak yg dibawakan elly mazlein....'si azeera' . alahai..aku rasa nak lempang2 je...

watak azeera mmg cukup gedik dlm cerita sumpah bunian ni....tp gedik yang okla....tak membosankan sgt dan kadang2 gedik si azeera buat penonton gelak...ntahla..aku rasa watak tu mcm senget je..perempuan yang syok sendiri....perempuan yang tak tau malu....

tp tu dulula....lepas si azeera ni dapat kahwin dengan adam...aku dah jadi menyampah lak dengan perangai die...seakan2 busuk hati sangat2..ada ke patut dia tumpahkan minyak masak yang mmg panas ke si hawa tu..pulak tu buat2 tak tau ...dan ari khamis aritu...die tuduh hawa ada hubungan dengan si fikri...

si adam pun satula...percaya sgt dekat si azeera..dah tau isteri ke-2 tu busuk hati dan tak suka dengan hawa...boleh lak percaya bulat....nak je aku tumbuk2 si adam tu..sabar dilot..sabar,,hekhekhekk...tp...sekarang adam dah terima balasan agaknya..kena panah dengan petir..tak taula hidup ke tak..tunggu je la episod akan datang ye...



agak-agak..korang yang bernama lelaki ni..kalau ada awek yg mcm tu rimas tak...yela..hari2 perangai pelik...tergedik sana tergedik sini..aku yg perempuan..saje je bg bold eh dilot...hehe... ni pun mcm rimas je tgk perangai mcm ni..eee..rimas la....tak senang nak duduk..

malu tak kalau dapat awek mcm tu....mesti orang2 sebelah tgk ..mak ai..awek mcm ni pun ko nak amik ke..kalau aku tak tahan dah....

dan kalau jadi hawa lak..rasanya watak tu terlalu baikla...baik sangat2..walaupun kena buli dengan madu..boleh je di diamkan diri....muka disapu dengan param dek kerja si azeera ..pun tak di bersihkan...

baik sangat pun kadang2 susah gak....macam lembik je aku rasa....tak pandai nak melawan ...kalau tak pandai nak pertahankan diri...rasanya mmg kena buli jela...


Enava featuring Marnee - Bagaimana

Bagaimana harus ku lepaskan ketulusan diri di hati
Bagaimana harus ku buktikan kesucian cinta di jiwa
Tergamaknya hatimu membiarkan jiwaku berderai jadi abu

(Korus)
Kau menghancurkan segala yang telah kita bina pedihnya
Kau menghancurkan segala yang telah kita semai pedihnya
Oohhhh…


Bagaimana harus ku lepaskan ketulusan diri di hati
Bagaimana harus ku buktikan kesucian cinta di jiwa
Tergamaknya hatimu membiarkan jiwaku berderai jadi abu

(Korus)
Kau menghancurkan segala yang telah kita bina pedihnya
Kau menghancurkan segala yang telah kita semai pedihnya

Oohhhh….

Lirik lagu Tema OST Legenda Sumpah Bunian - Bagaimana
Lirik lagu Bagaimana "Enava feat Marnee" - Tema OST Legenda Sumpah

Thursday, October 29, 2009

wallpaper untuk dekstop

yeeehhaaa.....mcm dah abes exam je aku ni..belum lg....ada lg satu paper....sem ni exam aku 2 paper je...yg lain hanya presentation..maybe sebab master kot...kurang exam...tp projek dgn esemen....

aku dah dapat supervisor dan tajuk untuk projek sarjana aku..bidang multimedia..bab2 animasi gak...tp tak pasti lagi nak amik ke tak...banyak byk sgt keja nanti..sbb aku tinggal 1 sem + short sem je....untuk pelajar sarjana, kena buat kajian agak mendalam berbanding dengan student ijazah....kena lebih detail lg..dan perisian tu kena siap gak....dan tahun depan persiapan majlis lg....kerja lg...mmm.....agak banyak la keje...ntahla..kena buat istikharah kot...takut gak kalau2 ada rintangan tahun depan...

smlm tak dapat nak jengah ke blog orang lain..sbb...aku qada' tidur...=)

oh ya..ni aku ada buat wallpaper untuk desktop. kalau ada yang nak download, boleh download di sini


tajuk: love
saiz:1024 x 768....
perisian: photoshop
jenis file: .png

p/s: terima kasih pada mereka yg jengah blog ni..dan klik nuff aku...

Tuesday, October 27, 2009

Fakta Nombor Dilot

fakta atau auta...eh betul ke eja auta tu..haippp..aku rasa bm aku makin teruk la..

1) hantar mesej atau col seseorang - taip no atau search no/name seseorang

aku lebih suka taip no orang tu dari search...dalam kepala aku ni mmg aku boleh ingat sekurang-sekurang 30 nombor yang penting...kebarangkalian untuk aku tersalah hantar mesej, lebih kepada bila aku search no tu...kalau masukkan no, setakat ni rasanya tak pernah salah lg....kalau hs aku hilang kurang masalah sbb aku ingat no2 yang penting...hehe

agak-agak fakta atau auta...fakta arrrr....

2) spm add math aku A2 je..

sangat sedih..mane taknya mak aku seorang cikgu add math..pulak tu dah lama mengajar...kira 29 tahun pengalaman mengajar...27 tahun pengalaman tanda kertas add math spm..tp anaknya dapat A2 je..sob sob sob....

walaupun member2 aku ckp..eleh mak ko ada..senangla..balik rumah tak dapat..leh tanya mak ...hello...ko ingat senang ke....mak aku takkan ajar..die suruh aku buat sendiri smpi dapat tau...die bg rumus..pastu suruh ingat apa yang aku dah belajar dekat sekolah...jangan ingat mak dekat rumah, boleh asyik tanya je,.cuba belajar berdikari...uwaaa...

mungkin sebab tu...aku ni suka mencuba..takkan puas selagi tak dapat jawapan..aku akan cari sampai dapat..

agak-agak fakta atau auta...kompem fakta ....kehkehkeh...

3) tukang kira hutang

dari zaman sekolah sampai la dah kerja ni..balik2 aku orang yang kene kira..kalau share beli barang atau bayar atas satu bil..sebabnya..aku sorang je yang rajin nak kira dn nak peningkan kepala kira hutang2 tu..lagi satu..hehe..sebab aku cepat sikit main congak2 ni..sampai kawan aku cakap..ko ni mcm orang tua..macam mak aku..suka main congak2 je..cisss...

4) Buffered Earnings lg..yg ketiga....

syukur...syukur...buffered eaarnings untuk "CIMB Octo iPhone LR"...buffered earnings ni fakta ke??...eh fakta sbb ni buffered earning aku yg ke-3..hehe...

selalunya ada dekat bahagian tengah antara entri2 aku ni..bahagianLarge Rectangle la...atau boleh skrol ke bawah lg kalau tak jumpa..cuba korang klik kalau nak tau contest tu mcm mana.....apa motif aku suruh klik..hehe...

iklan tu sebenanrnya,,iphone contest,..oh giler mmg senang nak menang hadiah tu..ni aku cpy paste jela eh...

We’re giving away a brand new iPhone 3GS every week for 4 consecutive weeks starting from
23 October 2009 till 19 November 2009.

Here’s how it works.

All you need to do is perform these transactions via CIMB Clicks during the campaign period

ni fakta atau auta...fakta ar,,mana ada auta..

ps: dahla aku nak sambung baca buku..fokus fokus fokus.....tangguh lg jelajah blog orang lain...

Sunday, October 25, 2009

template hitam,biru,putih

makin nak exam..makin tangan aku gatal edit dan cuba buat template baru...mmm...

yg mana ok...yg aku baru buat ni ke atau yg aku guna sekarang.....aku ingat , kalau aku dh tukar ke domain sendiri....aku nak design template aku sendiri..bile tu tak tau lgla...=)...rancangan je...tapi arap-arap template tu xberatkan page aku....tp kalau guna hosting...simpan imej dalam hosting sendirila..yg dulu loading lambat sbb aku simpan dekat tmpt lain..image shack...


view


hari ni masalah recent comment aku selesai......amin..ilang satu mslh aku....maybe coding recent comment yg aku gune dari page ni..http://blogger-templates.blogspot.com .ak sesuai..jadi aku cuba guna dari page ni..http://www.bloggerbuster.com

ps...dilot silala baca buku ye...

pss: kalo rajin komen template tu..simple sgt ke atau loading lmbt ke..

Panduan Percuma Nuffnang – Jana Trafik & Wang dr reze

aku rasa info yg baru aku dapat ni mungkin berguna pada mereka2 yang masih tercari2 lagi cara-cara nak naikkan nuff masing-masing. Aku nak bagi cara tak leh sebab aku belum sampai tahap yang boleh bagi cara aku sendiri. yela nuff yg aku cashout dulu2 pun baru rm 100++ je...

jadi aku bg info yg aku dapat dari blog orang lain..dan ia boleh dikongsi bersama2..sbb ia versi percuma...info ni aku dapat dari (www.hafreze.com). Sekarang reze dah berjaya dapat rm500 sebulan dari nuffnang tau....bawah ni bukti ia versi percuma..dan aku mmg ada bg tau dia yg aku nak letak dkt blog..
Laporan ini adalah versi percuma. Anda dibenarkan untuk mengedar laporan ini kepada rakan-rakan atau mereka yang memerlukan informasi mengenai Nuffnang dengan syarat anda tidak mengubah isi kandungan laporan ini. sebiji sebulat aku letak..

yg bagusnya info dari hafreze ni...
tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti meninggalkan komen di blog (Spam) atau forum, 100% enjin carian...enjin carian sahaja ok..
bagi siapa2 yang selalu tinggalkan i follow u, u follow i, atau newbie atau seangkatan dengannya..bolehla cuba cara hafreze ni...mungkin boleh membantu korang..

Dalam laporan ini ada 4 langkah yang boleh kita ambil

Pertama:
Apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu?
Notis : Saya(reze) sarankan kepada anda agar setiap blog hanya letakkan 2 sahaja format iklan Nuffnang iaitu Leaderboard & Large Rectangle. Jangan letak format iklan yang sama lebih 2 kali dalam satu page kerana anda akan mengurangkan CTR (Click-Through-Rate)...sebiji sebulat gak...=) yg penting tmpt nuffnang tu mesti clear...
Kedua:
Pilih Niche Pasaran Yang Bersesuaian
Nuffnang hanya mengambil kira trafik yang datang daripada Malaysia sahaja, maka kita perlu melakukan kajian pasaran yang sesuai untuk dengan taste rakyat Malaysia. Guna keyword yang boleh tarik trafik supaya singgah ke blog masing2..tp yg penting JANGAN BUAT BLOG PERIBADI!...sebiji sebulat gak...=) mungkin maksud reze jangan buat blog peribadi tu, bila blog tu terlalu fokus tentang hubungan cinta kita dgn bf kita..tp tu terpulang pada masing2la..kalau mmg nak buat blog peribadi sendiri, taknak dapat income dari nuff, xpayahla ikut sgt..tp kalau rasa nak buat duit sampingan, mungkin boleh ikut cara reze ni...tp keyword tu janganla yg lucah2...tak baik..sbb aku rasa nuff ni slh satu punca kite cr rezeki gak..jadi biarla ia dari perkare yg baik2..
Ketiga:
Optimasi Blog Anda Agar Search Engine Friendly
Mengoptimasikan blog agar lebih senang dicapai oleh enjin carian seperti Google & Yahoo.Berikut adalah plugin-plugin yang Saya(reze) pakai untuk optimasi enjin carian : All In One SEO Pack, Google XML Sitemap, Smart Update Pinger, SEO Smart Links..sebiji sebulat gak...=) yg ni aku tak buat...sbb aku nya blogspot..=)...ada sesape2 dah letak ni..mungkin boleh letak info ni dekat blog korg..untuk dikongsi..
Keempat:
Langkah Keempat: Gunakan Fungsi Innit & Widget Nuffnang Exchange
Kedua-dua servis ini sememangnya di khas untuk ahli Glitterati sahaja. Innit & widget Nuffnang Exchange dibina untuk blogger-blogger Malaysia mendapat trafik daripada pembaca-pembaca tempatan...sebiji sebulat gak...=)

tapi kalau nak tau maklumat yang lebih detail, lebih baik pergi ke blog reze, sebab dia yang buat laporan ni..www.hafreze.com. sebab ebook tu hak cipta dari reze sendiri...aku hanya berkongsi maklumat dengan korg semua...

dan lg satu...aku dapat maklumat ni dari khai
lepas kita update blog kita...pergila ping blog kita tu..
tujuan ping?memberitahu semua jenis search engine supaya cepat hantar tentera spider dia tu ke blog korang.

nak ping dekat mana?? sini..pingmyblog atau pingler

semaknya "rumah" aku ni

pagi td aku gi ziarah rumah arwah2 atuk aku..arwah atuk2 sedara aku...dan pakcik aku skali....semua dalam satu kawasan je...ada yg bersih..ada yg kemas...ada yg cantik je kawasan tu...mmg sedap mata memandang....

tapi ada gak yang aku rasa, rumah tu tak pernah diziarahi oleh sesiapa....sedih je aku rasa...terlalu semak samun ..rumput2 mmg dah tutup batu nisan...padahal kubur baru gak..bukan kubur2 zaman2 dulu...atau orang panggil kubur pedagang..atau kubur orang2 yang selalu merantau....

kawasan mmg sunyila..dah namanya kuburkan....jumlah bilangan orang mmg boleh dibilang...
yang mana kerap datang, mungkin rumah dieorg dekat2 situ je...jadi bolehla datang sekali sekala untuk bersihkan kawasan kubur arwah keluarga masing2...

tp yang mana jauh tu..mmg susah la....mungkin waris yang tinggal, dah berpindah ke negeri lain..jadi bila waktu cuti panjang jela baru dapat ziarah...tp tak silap aku, kalau ikut sunnah seeloknya amalkan menziarahi kubur...
ni petikan yang aku amik dari...Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Amalan ziarah kubur ini perlu dikekalkan kerana ia sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana dapat menghidupkan hubungan antara orang yang hidup dengan orang yang telah mati
nak tau info lebih lanjut...pergi dekat..Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri sembilan atau KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGERI BRUNEI DARUL SALAM.. ...ni aku search dekat internet je...=)

ps: apa kata budak2 universiti ke..kolej ke atau budak2 sekolah ke....digalakkan lagi untuk bersihkan kawasan kubur....berfaedah gak ni..selain gi ziarah rumah orang-orang tua...yela mereka yang jaga kubur ni tak la ramai mana..pulak tu kawasan kubur terlalu besar...tak terjaga dieorg ni semua walaupun ada keluarga yang harapkan penjaga kubur untuk bersihkan kawasan kubur....

pss: aku dah klik nuff orang lain...perlu ke bg tau..haha...untuk peringatan aku sendiri gak...aku ni mudah lupa...

Saturday, October 24, 2009

nak bg komen ke tak

"u follow i, i follow u balik", paksaan komen, pasal copycat, dan suruh klik iklan nuff.

mmg rata-rata yang buat entri pasal ni mesti tidak puas hati dengan blogger lain. ada yang tersangat marah, ada yg beremosi sikit je..dan ada hanya yg beri teguran..teguran mengingati antara satu sama lain...yg ni paling penting..sebab manusia ni kadang2 lupa..jangan cakap orang lainla..aku sendiri pelupa....lagila bile time tak cukup tidur dan banyak kerja..

mungkin dalam entri ni, aku nak ulas sikit tentang paksaan komen atau yg berkaitan dengan komen..

dulu mmg aku pernah seronok bila org bagi komen kat aku...seronok sebab sekurang2 ada gak org bace blog aku...yela baru nak menapak dalam dunia blogging ni....tp itu dulu..itupun sebab nak tau dunia aku dalam bidang blogging ni mcm mana....boleh ke aku masuk atau aku sekadar mencuba sesuatu yang baru je...tp bila aku dapat komen2 yg positif ( teguran atau pujian), mestilah aku nak baiki blog dan cara aku...

mungkin aku agak lambat berbanding dengan blogger lain....sebab aku amik masa setengah tahun untuk terus aktif dalam dunia blogging ni.. tp dengan komen tula aku rasa aku perlukan perubahan..bak kata megat

Berbaloi atau tidak ia, setiap apa yang kita lakukan perlu ada bedah siasat (post motem) untuk mengetahui keberkesanannya. Kalau tidak kita tidak akan sampai kemana-mana.
see?? bile kita dah baca komen2 yg dah diberikan..tak kira dari segi pendapat atau cadangan baru, atau terguran, perlula buat post motem..kaji balik perihal blog kita ni mcm mana...

sebab tula komen boleh beri impak pada blogger....tp tgk pada niat seseorang tula...kalau sekadar nak naikkan rakan followers..pastu hilang terus..baik xyah...

tak percaya? cube baca entri yg berunsur2 berdebat atau info yang berkaitan dengan umum..aku amik cth blog aku sendirila..tajuk pasal lelaki..lelaki-cair-dgn-air-mata-perempuan sebab aku kan perempuan..nak gak tau pandangan dari lelaki sbrnya mcm mana...

tak semestinya pendapat, cadangan dan idea kita tu semua betul...yela, setiap orang kan mempunyai pandangan yg berbeza....tapi kalau tak leh terima pendapat org lain, baik tutup blog...hehe...

mungkin gak ada antara komen tu yang cecah sampai 30 ke atas..dan bila kita tgk, komen2 tu sebenarnya adalah komen dari orang sama....apa susah...fikir dari segi positif,.mungkin org tu ada idea lain atau niat sebenar yg hendak disampaikan...hehe..=)

bagai jual anak dengan hantaran

masa waktu aku tunang dulu...duit hantaran menjadi persoalan dalam saudara mara aku...kenapa ia perlu dijadikan soalan sedangkan mak abah aku sendiri tidak terlalu mempersoalkan wang hantaran tu. yang penting majlis dapat dijalankan dengan baik antara kedua belah pihak. dan 2-2 pihak setuju.

ni la masalahnya bila belajar terlebih sikit, pendidikan yang ada, digunakan untuk letakkan hantaran setinggi yang mungkin. jawapan yang aku kerap dengar.
eh ko kan ada master, mana boleh letak murah-murah sangat. tak sama dengan pendidikan yang ko ada. sedangkan makcik sebelah anak dia kerja kilang pun dia letak rm 15 k. ko lgla ada master. kalo makcik la kan....mmg tak xbg hantaran murah2 ni...ingat anak aku ni apa...nak murah2...


ye makcik... habis yang diletak tinggi tu bukan ke macam jual anak..kire mcm jual barangla..ada jenama, makin tinggi harganya..ish ish...memangla diakui duit dikira amat penting sekarang ni. ada duit boleh beli barang, xde duit nak beli barang pun xdapat. last2 semua makan maggie je nnt...eh skang aku tgh makan magi tau..sedap..hehe...

tapi biasanya wang hantaran yg diminta tinggi sebab nak buat majlis semewah yang boleh. baik xyah makcik...bukan ke membazir namanya,,,kalau mampu tu xpe, lain cerite, mungkin tu anak tunggal keluarga tu ke atau anak perempuan tunggal ke, yela majlis hanya sekali seumur hidup, memang hak keluarga tu untuk buat majlis mengikut kemampuan dieorg..tapi andaikata kita tak mampu, buat apa nak buat majlis besar-besar macam dieorg nanti. makcik nak tolong support sikit ke nanti...mesti makcik xnak supportnya..jadi kita buatla yang mana kita mampu eh makcik.

itu xpe lagi makcik, andaikata dah buat majlis besaran, lepas tu duit dah banyak dihabiskan pada majlis tu, jadi lepas tu nak makan apa makcik, nampaknye lepas ni, hari-hari saya bagi suami saya makan magie atau roti je..sebab duit simpanan dah susut..tapi kalau makcik yang bayarkan makanan kiteorang tak pe gak..saya ok je makcik..boleh? aha..terkedu makcik dibuatnya...

teringat pesan sorang kawan aku..nanti majlis ko buat sederhana jela...bukan nak hasut ko atau ape..cuma aku dah lalui tu semua. ikut kata orang lain, akhirnya kepas kahwin kiterog yang merana. bukan dieorg tolong pun. cakap yela senang. tp sekarang nak beli susu anak pun kadang2 susah sebab duit simpanan kiteorg mmg dah susut habis..kire kais pagi makan pagi kais petang makan petang. dah la duduk kawasan bandar.tau jela kan harga barang semua mcm mana.

jadi masa ko kahwin buat yang biasa2 je.pedulikan apa orang cakap. yang penting kita tak mendatangkan masalah. kalau fikirkan ape sangat orang cakap, mmg tak kan habis. lepas tu, pegi buat pinjaman peribadi lak. sebab nak ikut cakap orang lain, kalau bank betul xpe. kalau pegi dekat along mcm mana. tak terjerat sampai mati. sedangkan dengan pihak bank pun kite dah semput nak bayar. tu belum tau lg, rezeki pekerjaan kita mcm mana, andaikata baik, syukur, boleh gak hidup, tapi kalau belum dapat rezeki baik, boleh mendatangkan masalah. jadi nanti tak pasal-pasal bergaduh lak kita dengan suami kita, pastu mulala keluar ungkit mengungkit.


memangla elok sebab kita fikirkan masa depan anak kita, sekurang-kurang terjaga anak kita nanti, ada harta, hidup senang, tapi tu semua kan membazir, baik-baik pihak lelaki boleh beli rumah yang selesa untuk anak dia nanti, tapi terbalik jadinya. Nanti kami tinggal bawah jambatan boleh tak makcik.??..terlopong mulut makcik....

Pendidikan setinggi mana pun, bukan sepatutnya ia dijadikan tajuk utama dalam meletakkan soal hantaran, yang penting mesti ada akhlak dan ilmu yang akan digunakan pakai dalam kehidupan baru nanti.

Friday, October 23, 2009

lelaki muda kahwin perempuan tua

woo..rasa mcm dah jadi trend je skang..rata-rata lelaki cari perempuan yang tua..agak2 kenape ye mereka pilih perempuan tua...

tgh ari td tgh makan2 dengan membe2..terkeluar la pulak tajuk ni...kompem ada org marah aku lepas ni...hikhikhik...

antara puncanya mungkin sebab...

pertama...perempuan ni sekarang 'demand'..sebab tu sekarang terlalu sukar untuk cari gadis yang mereka diidamkan...

kedua rata-rata perempuan sekarang pilih lelaki kacak sahaja....sbb nya...mcm biasela...bile dapat pasangan yang kacak..mestilah bangga kan....bile kawan-kawan tegur..waa...handsomenye pakwe ko....

ketiga tak pun cari yg kaya raya...fuhhh..senang hidup nnt....tak payah susah nak gi kerja..tak pening nak fikir mcm mana la aku nak bayar hutang ptptn nnt...kalau yg setakat rm 8k bolehla lg la kot..kalau yg pinjam penuh..rm 21k..tambah lak dengan bunga-bungaan..mau rm 22k jadinya..lgla zaman sekarang belanja semakin tinggi....nak beli barang dapur pun mahal..lgla barang2 makeup...mau kopak setiap hari..jadi jalan pintas cari lelaki kaya...

nak senang lg..kawen DATUK..xkirala datuk muda atau datuk dah bercucu...kalau dapat datuk bertongkat mcm mana...

ooo..ada lg satu...trend cari pasangan mat saleh....nnt keturunan mestilah ada darah percampuran....siapa yg xnak.....si polan binti polan andrew...polan bin polan richard...

ini adalah realiti kehidupan atau hanya rekaan semata-mata..tp yg pasti, tidak semua perempuan hanya fokus pada 2 perkara tu...kaya dan kacak..mungkin itu hanya sesetengah sahaja....


template baru dan kenapa

aku mmg suka ubah dan edit sesuatu. banyak sebab kenape aku ubah dan edit kali ni..dan yg paling penting..aku nak jadikan blog aku ni simple dan mudah masuk...

ada yg cakap bila masuk blog aku ni lambat loading, jadi dieorg malas nak masuk..so jalan penyelesaian..aku terpaksa ubah balik template aku dengan mengurangkan imej grafik background...dan sekarang mmg takde bground la...mungkin lepas ni lebih mudah org nak masuk blog aku...

template lama aku, terlalu banyak widget. mungkin tu salah satu punca , dan melambatkan loading page kita...ni aku copy dr page http://eyriqazz.blogspot.com/.....
"2)Bila traffik korang dah maintain cantik sahaja, make sure pulak korang punya blog tu tak ada widget-widget yang menyemakkan keadaan kat tempat-tempat wajib iklan nuffnang anda.Lagi kemas blog anda,lagi mudahlah ads nak muncul.Kalau kita nak iklankan brg kita,sure kitapun nak iklan kita mudah nampak dan org mudah nak klik kan?"

pernah tak nampak imej sebelah kanan aku dulu yg berkaitan dengan produk eumora dan auralife...imej tu terlalu besar jadi aku perlu kecikkan dan bersesuaian dengan template aku...dah try kecik tp ade masalah...jadi aku cari template yg ada "ur ads here"...sekurg2 aku leh letak blog bisnes aku tu...

tukar template warna putih lak sebab nak cuba suasana baru...mmg aku jenis yang akan statik pada satu benda..tp aku suka mencuba sesuatu yg baru, kalau aku ok, aku akan teruskan, kalau tak, aku akan terus mencuba dan mencuba...

kalau boleh aku nak template yg dah ada read more..sbb senang . dan aku tak perlu untuk letak coding read more lg...bile aku dah jumpa template ni..dan ciri2 lain yg aku nak mmg ada dlm template ni, jadi aku downloadla...lupa nak bg tau... read more mmg aku dah pakai lame...

widget disquss...sebab tertarik dengan komen die..agak memudahkan org nak komen, yela kita tak perlu untuk skrol ke bawah untuk lihat komen kita..kalau ia memudahkan org untuk komen tmpt aku, kenapa tidak aku cuba.. sebab widget tu kan free..sesiapa leh guna...tp rasanya ramai yg bg komen disqus tu tak berapa ok...dan aku dah try letak pun..tak pernah jadi...

widget recent comment aku hilang...setiap template baru mesti ada kekurangan dan kelebihannya..xsemua org akan tahu..hanya yg buat je la tau...tp yg dulu takda masalah lak...nak wat mcm mana...tak semestinya aku budak IT tau semua perkara tentang IT..yang penting aku dah pernah cuba untuk try and error dalam coding..kalau tak leh gak..xpela..just cek komen secara manual jela...

nape aku letak twitter....hehe..sebab aku baru ingat password aku....dan innit pun aku baru jumpa password aku..tp nnt tgkla..esok lusa...aku lupa balik..=)

yg ni aku amik dari megat....
Berbaloi atau tidak ia, setiap apa yang kita lakukan perlu ada bedah siasat (post motem) untuk mengetahui keberkesanannya. Kalau tidak kita tidak akan sampai kemana-mana.

mmg aku sokong dengan kata2 ni...kalau tak de buat post motem, mmg smpi bile2 xkemana2..dan berada di tokok yg sama je...

Tolong Aku....

hari ni aku ambil keputusan untuk ubah layout aku...kali ke berapa pun aku tak tau...

tp mcm biasala..bila ubah...ada widget yg akan hlang....lgpun aku dah lama tak edit2 blog aku ni.....

jadi widget untuk recent comments aku hilang...dah puas aku 'godeh' tp malu-malu kucing lak nak keluarkan komen korg....tak best la kan...nnt aku xdpt nak tgk sape yg bg komen...n dekat entri mana....

lagi satu...aku nak buat komen yg disqus tu..tp tak berjaya...siapa yg berjaya buat dekat blog sendiri tu..mehla ajar aku eh...nnt aku belanje.....


mmm...

mmm...

aiskrim 20 sen...leh tak??..hehe...

plzzz..sape yg tau tu..ajar la aku eh...nnt aku sayang lebih sket...=)

Wednesday, October 21, 2009

28 oktober untuk apa

arini aku xtau nak update ape sebenarnya...sbb mata macam ngantuk tp xnak tidur sebab aku teruja nak buat projek baru dengan membe aku...nak buat projek tu tp mata mcm mengantuklak...macam-macamla aku ni...pening tak baca entri aku ni..sekejap aku ckp a..sekejap aku cakap b...

sbbnya dah berapa minggu , aku tak cukup tidur ...banyak sangat keje nak dibuat....jadi kepala aku mcm ting tong sket...bukan aku sorg je..kawan2 sekuliah aku pun sama je...

tahun ni 2009..tp aku cakap dengan member aku tahun 2010..ke aku dah tak sabar nak kawen..tettttt....

dan pulak tu boleh lak aku berbual dengan group aku mcm biasa...cakap dalam bahasa melayu....last-last baru aku sedar..apsal dieorg tercengang tgk aku,...

rupanya aku cakap dalam bahasa melayu....mana dieorg nak paham....kira mcm aku cakap dialeg ni ($#!(#^@!) la dengan dieorg...yela sorang dari somalia...sorang lg kazakhstan..nak paham macam mana...mati-mati kene gelak la dengan dieorg........

dieorg ada gak belajar bahasa melayu tp tak banyakla..sehari satu perkataan...tp yang pasti 'saya sayang kamu' dieorg paham..tu pun hasil usaha aku dengan member aku (lizz) yg ajar...hehe....nak kata bahasa kita ni senang belajar tak gak...yg penting usaha...tu dieog la yg ckp..aku belajar bahasa dieog...??ada gak belajar..yela member2 sekuliah aku ada dari iran, somalia, sudan, kazakhstan, afrika dll...konon nak belajarla sket2..tp besoknya aku dah lupa...sebab bercampur aduk semua...mmg boleh berbelit lidah aku nak menyebut loghat dieorg...hehe...

ni peringatan untuk aku sendiri...28 hb ni aku final exam....tak taula..nak kate dah bersedia....memang tak bersedia lagi...assgment ada lg belum siap...pastu dengan kerja aku lagi.....sebab aku kan belajar sambil bekerja..dan bekerja sambil belajar...

ooohh lupe lak....untuk entri lepas sueanne ada tanya psl duit syiling....tak kisah sebenarnya..nak asingkan duit-duit syiling pun boleh..kalau tak nak pun boleh...sebab dieorg kan ada mesin untuk asingkan duit-duit tu....tp dilot biasanya mmg akan asingkan duit-duit tu ikut kategori la...kadang2 ada gak tersangkut duit rm1 yg lama tu..kadang2 duit singapore la....mana dapat pun xtau

ps: izwan...takde la duit rm50 sekeping...woooo..kalau rm50 sekeping, aku dah pujuk mak aku suruh sepahkan lg..hehe..tp adala gak sepah2...kadang2 baki duit belanja adik aku gi pasar...die letak je la kat meja dulu...pada aku tu sepah.....kalau xnak sepah..simpan kat bilik..hehe...

pss: nine aku blanje ko eskrim 20 sen leh..hehe....insyaAllah kalau aku dah jadi mcm kak red...aku tak lupa membe2 blogger yg selalu jenguk blog aku ni....lg la yg slalu klik...tu maknanya suruh klik lg tu..,hehe..kak red??kak red ialah red mummy...kak red ni adalah salah seorang dari 7 top blogger dalam project alpha...dan aku pun mmg jadi silent reader dia dari dulu...kira masa awal-awal aku jadi blogger...tapi masih jauh lg untuk jadi mcm kak red ....xpe...xpe..akan ku usahakan lg...hehe...


Sunday, October 18, 2009

syiling dan kertas,,

hobi aku mmg suka simpan duit syiling.....

tp hobi aku ni ...menyebabkan adik2 aku geram je tgk... sbb....aku dah buat pengumuman depan mak abah dan kakak aku...

mak..kalau dilah jumpa duit syiling bersepah2...lebih sehari tak de orang amik..dilah amik eh...hehe.....mak aku senyum je...


sesuka hati aku je kan..tp ok ape..dari duit syiling takde org kutip baik aku amik dan simpan...dan disebabkan tu..adik aku pun terpaksa rajinkan diri dengan simpan duit...sebab dia takut...duit simpanan tabung aku lg banyak dari dia nya...

disebabkan terlalu suka kumpul duit syiling...aku wat pengumuman lain lak....

mak..dui kertas ni sepah2...dilah amik eh....

mak aku pun ape lg...

banyak cantik...duit syiling boleh lagila.....ni duit kertas lak...kalau duit rm 50...mak aiii..habisla mak....no no no...banyak cantik...hehehe....nasib la mak..sape suruh sepah2 lagi..anak mak kutip la....

tp aku tak ambil pun sbrnrnya...hanya kumpul dan simpankan dalam laci je.....jadi tak la berterbangan dan hilang....

sekurang-kurang....takdela duit bersepah2 dlm rumah lepas ni..sbb semua takut aku jadikan duit tu untuk simpanan aku sendiri..hehe.......

aku mencuri...?no no no......aku dah minta izin...dan mak abah aku ok je...sekurang2 dapat ajar adik aku yang bongsu supaya hargai duit...simpan duit banyak2...jangan sepah2 atau belanja tak tentu hala...duit syiling yg aku simpan tu pun aku gunakan balik untuk kegunaan keluarga aku...

sebab aku rasa sekarang ni..istilah menabung...simpan duit...lgla duit syiling...mcm dah makin pupus je,,,...minggu lepas aku ada wat simpanan duit syiling guna bank cimb,,,duit syiling lebih kurang rm300...pastu masa dekat kaunter terdengar suara2 dekat blkg...memperlekehkan usaha menabung aku tu....

dah besar2 pun simpan duit syiling lg ke dik...
tu duit syiling collect ke..banyak collect...
dah habis duit ke dik...simpan duit syiling...

mmmm...yang cakap2 mcm tu adalah generasi tua...hai..mcm mana la anak2 nak menabung....

adakah menabung hanya berkualiti dengan duit kertas je......bukan ke menabung duit syiling jugak akhirnya boleh jadi banyak...sikit2 lame2 boleh jadi bukit....

perbelanjaan aku masa tunang dulu..adalah hasil dari simpanan duit2 syiling aku..ok ape.....walaupun 10 sen,,,,20 sen,,,50 sen,,,akhirnya boleh jadi ribu...duit syiling sbrnrnya dapat membantu kita disaat susah...asalkan kita pandai simpan...cuma...tak semua yang perasaan tentang kebaikan menabung ni....

p/s: terima kasih pada membe2 blogger yang masih sudi jenguk blog yang pernah bersawang ni....dan yg pernah klik pd nuff aku tu...heeee..=)
.....

Sunday, October 11, 2009

diam seketika lebih baik

salam semua...

Agak lama jugak aku menyepi dari dunia 'blogging' ni. Bukan untuk berhenti tp hanya diam seketika. Rasanya hampir sebulan aku tido sekejap dari dunia blog ni...Blog member pun dah lama aku tak jengah..tp tp ada tp ok.....bukan semua....hanya beberapa je...

banyak masalah yg melanda aku dalam sebulan ni...jadi aku perlu selesaikan yg wajib dulu...mungkin ada yg cakap...

ek'eleh...masalah sendiri nak libatkan blog gak ke...masalah2 la....kalau aku, blog tetap buka...

ok2...jangan marah ye...terpulang la pada korg mcm mana..tp aku lebih suka diam seketika...dan selesaikan apa yg patut...dah selesai semua...baru aku kembali semula.....dengan semangat yg baru....semangat yg baru ke??hehe...bolehla...

masalah mmg sentiasa datang. hilang masalah ni...datang masalah baru...kalau takde masalah ... semuanya berjalan dengan baik je....tak la dinamakan kehidupan...betul tak...??

cuma masalah aku dalam sebulan ni melibatkan emosi aku sendiri...aku perlukan ketenangan seketika untuk selesaikan masalah aku dengan cara baik...syukur..dah selesai.....walaupun belum 100% lg...tp aku dah temui jalan penyelesaian...

dan baru-baru ni...masalah baru lak yg datang....

kecurian di rumah aku....

kesian kat adik aku...asyik barang die je yang hilang..mungkin bukan rezeki dia kot...dan kecurian tu mungkin dari kesilapan dan kecuaian kami sendiri...

sliding rumah..yup..tu la punca berlaku kecurian dalam rumah aku..abah aku terlupa letak kayu penghadang dekat salah satu sliding..jadi apa lg...pencuri amik kesempatan la buat kerja dieorg....jadi lepas ni....

pastikan korg mesti letak kayu penghadang di setiap pintu sliding..tak kira tingkap atau rumah...sebab ia dapat mengurangkan pencuri dari buka pintu sliding rumah masing-masing..

p/s: tunang aku...taufiq aka molar...dia cakap terima kasih sbb wish besday dia masa 30 september tu...



lahir bulan oktober

bulan 10 ni bulan paling ramai yang sambut hari lahir...

1) 6 oktober
besday adik aku syafiq..geniousboy...yg ke 22....tp aritu aku silap tulis 23...hehe..ape lg..kene bebel la dengan adik aku tu..sori2..akak ingat dh tua..rupanye muda lg..baru 22...

2) 10 oktober
kawan aku masa dekat matrik johor..nazuha tugiman...aku panggil dia u a je...yg ni umur dia masuk 25..sama mcm aku la...

3) 14 oktober

tarikh ni ada 2 org sambut besday mase ni...

- kakak aku....nurul ashikin....yg ke 27.....dah tentu lg tua dari aku...
- kawan aku...cik lizz..blogger..kenal dia dari sekolah rendah..zaman hingusan lg..smpila skang ni...

4) 19 oktober...
kawan ak masa matrik gak...nama dia nurhidayatun solekin...aku panggil nur je..yg ni umur dia sama la mcm aku..masuk 25 tahun....'

5) 21 oktober

tarikh ni pun ada 2 orang sambut..

- antara kawan baik aku gak..masa dekat UKM..nama dia tengku najwa tengku mohamad,.tp aku panggil joned atau jon je...
- yg kedua..ira...e xrumate aku masa dekat UKM....dia ni blogger gak.dalam dunia blog ni org kenal dia sebagai "si reben merah"...

2-2 ni sambut besday yg ke 25...mestila sama dengan aku...


My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops