Showing posts with label tentang cinta. Show all posts
Showing posts with label tentang cinta. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

cinta monyet..perlu ke?


beberapa bulan lepas, aku kenal dengan sorang budak sekolah ni..seorang perempuan...tak kenal sangat sebenarnya...tp tau serba sedikit cerita dan masalah yang dihadapi. muda lagi..baru tingkatan 3. kira umur 15 tahun. masalahnya...
dia berkawan dengan lelaki yang lebih tua dari dia..lebih 10 tahun. dan lelaki tu adalah milik orang lain..bila dapat tau cerita sebenar, budak tu memang marahla..sebab di permainkn hidup-hidup. dan mula buat keputusan benci lelaki dan serik untuk bercinta. kononnya,,,lelaki tu la yang terakhir dalam hidup dia.
minat atau suka-suka tu biasalah..memang dah naluri manusia..tp untuk bercinta zaman sekolah...rasanya belum boleh lagi....lagila umur br 15 tahun...pmr pun belum habis lg..dah sibuk nak bercinta...

kenapa zaman sekarang ni banyak sangat budak-budak sekolah dah pandai bercinta..adakah sebab???

1) untuk menaikkan semangat masa belajar..yela hari2 boleh tgk muka dia..jadi hari-harila masuk kelas
2) jeles sebab kawan pun ada pakwe..jadi kita pun nak kene ada pakwe gakla
3) nak taste market kita mcm mana..ada orang minat ke tak..
4) sebab nak rasa dating tu mcm mana..bila lelaki pegang-pegang tangan..rasa macam dia caring giler...amik berat pasal kita...
5) bangga sebab pakwe hensem...

teringat zaman aku dating 5 tahun dulu....hanya pakai beg selempang dan sandle je..sangat kuno aku rasa...tp takpe..biar dia terima aku seadanya....tp tu dulula...bila umur dah meningkat...perubahan mesti dilakukan...

Sunday, November 8, 2009

dah rancang, tp tak jadi lak

korang mesti selalu dengar ayat ni "mungkin ada hikmah disebaliknya, DIA yang lebih mengetahui apa yang baik untuk kita"

so aku nak cerita sikit masa aku tunang dulu...tunang aku rancang nak buat majlis masa besday aku yang lepas..bulan april..jadi family aku setujula kan...yela hari sabtu...

disebabkan majlis 2 bulan lg...persiapan mmg tak sentuh langsung. keluarga aku dengan keluarga tunang aku pun jenis yang ringkas je...takde nak buat "pelamin mini" ...hanya hantaran serba sikit jela..

tp ntah kenapa..tetibe tunang aku tergerak hati nak percepatkan sikit. dari tarikh sebenar....sebulan setengah lebih awal...mak aku pun terkejut la...mcm tak setuju...yela kata bln 4...masa tu mak aku mcm bz sikit..tp last2 mak aku setuju je..mungkin ada sebab tertentu kot...

jadi majlis dipercepatkan..kiteorg buat persediaan hantaran kurang dari 5 hari je...walaupun kesuntukan masa...majlis tetap berjalan dengan baik...takde masalah..

pastu bila dah masuk bulan april, bulan yang sepatut aku bertunang, tetiba arwah atuk aku sakit...jadi keluarga aku terutama ayah aku bz la..kerap balik kg sebab arwah atuk tenat....dan arwah atuk aku meninggal 2 hari selepas hari jadi aku. maksudnya 2 hari selepas majlis tunang, kalau ikut rancangan yang first...

dan lepas tu baru aku terfikir, mungkin ALLAH dah gerakkan hati tunang aku untuk percepatkan tarikh tunang kami sebab DIA lebih mengetahui apa yang akan berlaku...

kalau aku turutkan hati jugak nak buat masa tarikh besday aku, mungkin tidak kesampaian ....yela bila arwah atuk sakit, mestila kita kerap balik kg. mana ada masa nak fikir soal tunang lg. abah pun bz menguruskan hal2 dekat kg,..kalau aku buat selepas tarikh tu pun mungkin ada masalah. sbb tunang aku susah nak dapat cuti lagi..

tak semestinya apa yang kita nak mesti akan dapat..
tak semestinya apa yang kita hajati akan termakbul jua
tak semestinya apa yang kita rancang akan berjalan dengan sempurna

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops