Monday, November 30, 2009

lirik perangkap emosi

Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...

[Chorus]
Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...

[Chorus]
Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau gadis pilihanku...

[Repeat chorus]

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih..

dulu, lirik dan rentak ni pernah mendamaikan jiwa aku ketika itu.

rentak dan lirik lagu jugak boleh mainkan peranan dalam emosi dan perasaan kita di saat kita sedang mendengarnya. kalau lagu sedih, tetiba emosi pun boleh bertukar ke nada sedih. kenangan,,, mereka yang ada kenangan pahit seperti putus cinta, mesti teringat balik memori pahit yang terpahat di hati.

kalau dengar lagu mood jiwang, hati lak asyik kejiwangan. mulalah nak rindu dekat si dia si dia dan si dia..banyaknya si dia aku. eh mana ada. si dia aku hanya sorang je. ini si dia orang lain.

tukar emosi dan tukar mood kita kepada yang lebih positif dan jadi lebih ceria. Membiarkan emosi negatif, akan membuatkan keadaan lebih teruk.

"kita bukan ciptaan keadaan tapi kita yang menciptakan keadaan. "


Sunday, November 29, 2009

teknik mengurat dengan gigi

tadi aku cek dekat tagged aku. dan dapat mesej mcm ni


"comelnya awak, gigi awak cantik nurul.. bertuah rasanya kalau saya dapat kenal awak"

alahai abg....geli pulak saya baca. abg nak ngurat saya dengan gigi ke, kalau gigi saya hitam berkarat tak pun pakai gigi palsu mcm mana abg. terkejut lak abg nanti...tu abg belum tengok mata saya lagi abg, kalau dah tengok, tak terkata abg nanti, terpaku atau terkaku atau terkedu nanti abg...kehkehkeh...

ni zaman bilanya cara ngurat ni..guna gigi untuk ngurat, pulak tu umur bukan budak-budak lagi.....

Friday, November 27, 2009

Update facebook, Twitter dan Blog dengan 1 SMS sahaja.....


Dengan menggunakan MalaysianSMS (Aplikasi Facebook), pengguna bukan sahaja boleh mengupdate status Facebook tetapi juga mengupdate akaun Twitter, Blogspot dan Wordpress dengan hanya 1 SMS sahaja tanpa memerlukan 3G, Wifi, Blacberry ataupun iPhone...kadar bayaran adalah 30 sen untuk sekali hantar sms. Tapi untuk update, pengguna perlu ada akaun facebook terlebih dulu.

Web malaysiansms telah dibangunkan oleh koperasi di selangor dan ia baru di pasaran . Pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan MalaysianSMS kerana tiada caj pendaftaran dan caj bulanan untuk menggunakan MalaysianSMS ini...

klik di sini, untuk pergi ke website tersebut, dan ikut arahan yang telah diberikan. lepas ni tak perlu risau lagi....

cth yang aku dah buat,


Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha utk semua.hati2 dijalan raya. =)

ni testing dari hs aku..yeay...

paypal nak bg usd1-100


paypal nak bg duit free ni..antara 1- 100 usd...tarikh akhir 31 disember ni....

macam mana? klik sini...sesiapa yang ada fb tu, boleh terus klik dekat sini...dan yang belum ada, pergila register sekarang..

tapi korang kena ada akaun paypal jugak..sebab duit yg kita dpt tu, akan dimasukkan ke dalam akaun paypal, kalau belum verified pun tak pe, boleh verified nanti.

Wednesday, November 25, 2009

muka dan blog

aku, dulu dan sekarang lain, dulu aku pernah letak wajah-wajah super 'kechumelan' aku tu...bagi mereka yang dah mengikuti blog ni dari dulu mesti tau...tapi sekarang ni dah lain, aku lebih suka jadi misteri je.. bak kata ivy , dilot sekarang dah jadi misteri......

puncanya sebab apa ye..dah lama la...mana aku nak ingat..tapi rasanya sebab aku tak nak blog aku ni diketahui oleh seseorang....masa tu memang aku buat sesi kutuk giler-giler dekat seseorang ......biasala dulu..masa blog betul-betul jadi blog peribadi..tapi sekarang semua entri yang aku kutuk orang, aku dah buang......

kalau akan datang aku nak letak gambar, tak taula kan..mana tau berubah balik....keadaan aku ni memang selalu mereng sikit..sekejap macam ni, sekejap macam tu, ikut mood aku ke mana..kalau baca blog orang pun, kadang-kadang aku suka baca blog peribadi, kadang-kadang suka yang umum je...

tapi yang pasti..aku mesti tengok kat nuffnang dulu...sebab aku tau, mereka-mereka yang baca blog aku ni, sentiasa rajin klik nuffnang aku..cuma dieorg tak bagi tau je...thanks korang yang sudi klik nuffnang cik dilot ni...setakat ni alhamdulillah. lepasla duit poket aku

korang tau tak , yang gambar kita sendiri pun boleh jadi daya penarik untuk orang singgah ke blog kita, hits untuk satu hari je boleh cecah melebihi 300 walaupun blog tu hanya blog peribadi. contohnya blog ynaaohynaa ...blog yg aku selalu jengah..Jadi, korang bolehla letak gambar-gambar korang kat blog ..ni strategi jugak tau untuk naikkan blog sendiri..

tapi kalau tak nak letak gambar, korang boleh berimaginasi dengan reka cerita yang menarik. biasanya hasil penulisan dari imaginasi ni memang boleh menarik minat pembaca. Sesetengah pembaca mungkin sukakan cara penulisan yang diluahkan melalui imaginasi. sebab gaya penulisan seperti ini lebih kepada lucu, senang difahami dan sesuai dengan jiwa pembaca. Bila dah sesuai, pembaca akan ketagih untuk membaca blog yang diminati.

contohnya blog joegrimjow. bila dia berimaginasi pun tak taula, tapi sentiasa ada je entri baru dari dia. gaya penulisan dia memang boleh tahan seperti kapten luffy, atau sekarang ni lebih dikenali dengan nama ah fatt. kalau tak silap akula..tapi rasa nya betul..sebab aku memang selalu baca entri-entri dari luffy ni...

p/s: Raya tahun ni kurang sikit meriahnya. sebab tak ada buat korban dekat rumah aku. kalau tak, memang tiap-tiap tahun buat, sebab rumah yang aku duduk sekarang ni, rumah pusaka sebenarnya. Dalam tanah rumah aku ni pun, dah macam-macam jenis darah lembu dengan kambing ada..cuma darah orang jela takde..=)

muka lembu dan blog

Selamat hari raya aidiladha untuk semua. besok mesti ramai yang dah cuti,,

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops