Nak jadi pengedar gak? Boleh sms/whatsapp dilot ye...012 7776785
Monday, November 11, 2013
Coaching sambil bawa anak
Nak jadi pengedar gak? Boleh sms/whatsapp dilot ye...012 7776785
Thursday, November 7, 2013
Tugasan bantal untuk cik pinky
"Aleesya bantu mama boleh? letakkan dekat kerusi eh".
Walaupun xtunjuk dekat mana perlu diletak, tapi cik pinky ni tau nak letak bantal ni kt mana...oh ye.cik pinky tu gelaran baru untuk aleesya.. :)
Bila dah letak dekat kerusi, datang balik dekat mama, minta dicium pipi pau dia tu...*upah cium pipi dan peluk mmg selalu dibuat setiap kali cik pinky ni buat sesuatu yg baik*
Wednesday, July 17, 2013
Kuruskan badan dengan Omega Guard
[Bagaimana?]
--------------
Pengambilan 3 biji OmegaGuard sehari selepas breakfast atau lunch mampu memberikan rasa kurang lapar kepada anda.
[Tahukah anda?]
-----------------
Omega guard bukan sahaja boleh menyingkir kolesterol malah juga boleh memecahkan lemak yang berlebihan di dalam tubuh badan kita.
[Kenapa boleh kurus dengan omega guard?]
---------------------------------------------
Omega 3 Fatty Acid mempengaruhi pelbagai jenis hormon yang dihasilkan oleh badan termasuk leptin yang merupakan hormon yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar Signal kepada otak untuk menghadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.
Menurut satu kajian di The University of Navarra of Pamplona Spain, Omega-3 Fatty acid secara langsung dapat mengurangkan selera makan, hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam "Appetite" tahun 2009 telah mengambil diet yang tinggi fattiy acid omega-3 menunjukkan mereka berasa kurang lapar dalam proses diet mereka. Sumber: Livestrong.
Untuk Info dan Order:
Dilah Bakar
Shaklee Independent Distributor | ID 933253
Facebook:Diari Keluarga Sihat
WhatsApp / SMS : 012 7776785
Blog :dilahdilot.blogspot.com
Thursday, July 11, 2013
Kesuburan - 300 juta sperma, 1 ovum
Bukan mudah tapi setiap usaha pasti akan berbuah hasilnya.
Bayangkan kita berada di luar dewan, dan dipenuhi dengan beribu-ribu orang yang sedang berebut untuk masuk ke dalam dewan. Pintu dewan yang dibuka hanya 1 sahaja. Tragis bukan.?? Bukan senang nak masuk. Melainkan ... kita kuat untuk berasak, kita pantas berjalan, dan kita ada tenaga untuk berebut dengan orang lain
Begitu juga dengan sperma..300 juta sperma akan masuk ke uterus (rahim). Tapi yang berjaya,hanya satu sperma yang SIHAT sahaja dan akan bergabung dengan ovum untuk membentuk embrio.
==========================================================
Langkah-langkah untuk hamil
- Wanita perlu mengeluarkan telur(ovum) daripada salah satu ovarinya ( ovulasi )
- Ovum tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim )
- Sperma lelaki pula perlu melalui vagina, lepas itu ke uterus, dan ahkir sekali bergabung dengan ovum dalam saluran fallopian
- Ovum yang telah disenyawakan itu perlu melekat pada dinding uterus
Faktor-faktor dari lelaki:
- Azoospermic - Lelaki tidak dapat menghasilkan sperma
- Kekurangan sperma - Sperma yang tidak cukup untuk memastikan ia dapat bergabung dengan ovum
- Ejakulasi pra-matang - Sperma tidak dapat masuk ke dalam vagina
- Azoospermia Darah - Berkemungkinan disebabkan oleh keradangan organ pembiakan lelaki
- Sperma yang tidak berkualiti - Menyebabkan sperma berkorban sebelum bergabung dengan ovum
- Masalah vagina - Jangkitan seperti trichomonas dan gonorea akan menyebabkan radang vagina, dengan ini menjejaskan peluang untuk hamil
- Masalah serviks - Stenosis serviks, polip, fibroid, cyst, perekatan boleh menjejaskan sperma melalui ke uterus
- Masalah uterus - Fibroid uterus adalah ketumbuhan paling biasa didapati di kalangan wanita. Fibroid ini akan menyebabkan ovum yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding uterus
- Masalah fallopian tube - Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis menyebabkan ovum tidak dapat bertemu dengan sperma
- Masalah Ovari - Ovari yang tidak sihat akan menghasilkan ovum yang tidak sempurna, atau tidak dapat menghasilkan ovum langsung.
- Gangguan haid - Kitaran haid yang tidak stabil menyebabkan isteri tidak dapat tahu bila ovari akan menghasilkan ovum
- Elakan merokok & alkohol
- Elakkan makanan yang 'tajam' seperti nanas, air tebu, air kelapa muda (untuk kandungan awal), tapai, makanan bercuka, jeruk buah (kuat bahan pengawet)
- Berfikir positif dan buat senaman supaya sentiasa gembira dan mengurangkan tekanan kerja
- Pengambilan suplemen seperti protin, vitamin, mineral, asid gamma linolenik(GLA) untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan
- Pengiraan kitaran haid dengan tepat supaya dapat meningkatkan peluang hamil
- GLA - Asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid
- Vitamin E Complex - Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium
- Zinc Complex - Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.
- B-complex - Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
=============================================================
Harga untuk Setiap Produk
GLA(60 Capsules) - RM 91.25
Vitamin E Complex(120 Capsules) - RM 149
Zinc Complex(120 Tablets) - RM 33.75
B-Complex(120 Tablets) - RM 53.75
Total Price for Non-Member : RM 327.75
Sms/whatsapp saya untuk harga istimewa atau harga ahli dengan jadi ahli di bawah saya,
.
Tuesday, July 9, 2013
Puasa 2013 sebagai Breastfeed Mom
Ada je kerja yang dia nak buat. Kita kemas sini, dia kemas sana, kita kemas sana. dia kemas sini, senang cerita, tak habis-habis dengan kemas dari pagi sampai ke petang.
Oh ya...dilot kini dah bergelar suri rumah tangga sepenuh masa. Macam-macam soalan yang dilot dapat? Berbaloi ke berhenti? Tak takut ke tak de wang simpanan? dan macam-macam lagila...tak pe pejamkan mata , pekakkan telinga apa yang orang nak kata. ada masa nanti dilot cerita pasal tu ye. Hihi..
Tahun ni dilot dah siap sedia beli ESP dan Performance Drink untuk bekalan puasa nanti. Lagi-lagi dilot ni Breastfeed Mom... Kena cari makanan, kena cari jadual makan yang betul dan berkhasiat untuk sepanjang bulan Ramadhan ni. selain untuk diri sendiri juga untuk anak. Mudah-mudahan terus dapat berikan yang baik dan berkhasiat buat anak walaupun puasa disiang hari.
Set ESP dan Performance Drink memang dilot dah mula ambil sejak ganti puasa sebelum ni, Memang sangat-sangat membantu bagi sesiapa yang berpuasa.
1) Perut memang rasa kenyang sampai ke petang...walaupun ada sesetengah orang kata, breastfeed mom ni akan selalu rasa lapar sebab baby sentiasa menyusu.
2) Kurang rasa haus dan tekak kering sangat2 . Sebab PD (Performance Drink) ni mengandungi
campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari yang terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Ia membantu menggantikan semula tenaga yang hilang dan membantu
memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan. Kalium, Magnesium dan Natrium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh, tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.
Friday, June 8, 2012
Kehidupan baru
Hari ni belum ada entri cuma dilot buat banner baru. Simple saja untuk sementara waktu
Tuesday, December 20, 2011
Dilot macam chipsmore
Alhamdulillah, kandungan dilot dah masuk bulan yang ke-7. tinggal lagi 2 bulan setengah untuk menanti kelahiran si comel ni.
7 bulan ni jugak, macam-macam yang ditempuhi, macam-macam yang perlu dipelajari. Hari-hari buat research, hari-hari baca, hari-hari catit dan buat perbandingan, dan hari-hari makin pening dibuatnya. hehe..
Bukan mudah nak masuk fasa baru ni, fasa keibubapaan. Banyak yang kena belajar,
1) dari segi menjaga kandungan,
2) menjaga suami,
2) menjadi isteri bila dah ada anak nanti,
3) menjadi ibu yang baik,
4) pendidikan untuk anak-anak
5) macam mana nak didik anak.
dan lain-lain la...makin banyak yang dibaca, makin banyak ilmu yang baru kita dapat.
Untuk sekarang ni, dilot dah mula beli barang-barang keperluan baby dan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital. Belum lengkap lagi, masih banyak yang nak kena beli.
Sunday, October 17, 2010
terbukti ku gagah
Wednesday, October 13, 2010
My Buffered Earnings 10 October 2010

rasanya dah lama tak update blog ni. walaupun aku tak berupdate blog ni, rezeki untuk dapat Buffered tu memang sentiasa ada...
Bila aku dapat? rasanya pada tarikh 10.10.2010. Terkejut juga bila husband bagi tau yang aku dapat lagi Buffered dari bl0g ni. Ingatkan dah tak dapat, yela, blog ni dah lama terabai. Sekarang aku banyak update dekat blog baru.
Tapi ape pun, blog ni banyak berjasa pada aku. Rasanya dah 3 tahun blog ni wujud. lama ke? lama la juga berbanding blog sekarang ni.
Saturday, January 9, 2010
Monday, January 4, 2010
Tuesday, December 29, 2009
dari sinar mata - BumiPutra Rockers (BPR)
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia
Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu
Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu
youtube
mp3
Friday, December 18, 2009
kedai online kain sutera crepe digital
kat sini aku letak 2 contoh kain je..untuk contoh kain yang lain boleh pergi dekat sini…www.dilahdilot.com/sutera
kain sutera crepe digital
kain sutera…apa tu? ni ha..nak bagi tau…kain sutera tu sebenarnya projek terbaru hidup berani untuk gagal aku..kiranya penutup tahun 2009 ni….aku dengan tunang berpakat untuk jual kain sutera crepe digital…asli dan pasti dari terengganu….molar/tunang aku, sekarang ni bekerja di terengganu, jadi dia yang bekalkan kain sutera crepe digital.. direct dari kilang tau..
corak untuk sutera ni unik sebab hanya ada 1 design sahaja dalam dunia..jadi memang tak akan ada corak yang sama untuk sehelai baju…..harga? boleh dirunding lagi….kos penghantaran pun percuma untuk seluruh malaysia…
kalau nak buat hantaran pun boleh ..nampak lain dari yang lain sebab corak sutera crepe ni agak eksklusif juga…bagi yang dah kahwin, boleh hadiahkan dekat isteri masing-masing atau sesiapa yang tersayang…
nak bagi dekat mak masing-masing pun boleh juga..sempena besday mak ke..pakatla dengan adik beradik..sekali sekala mak pakai baju cantik-cantik..anggun gitu…nampak muda…hehe..
Tuesday, December 8, 2009
Monday, December 7, 2009
Sunday, December 6, 2009
selamat tinggal
Saturday, December 5, 2009
contest hidup berani untuk gagal

bukan senang nak hidup berani untuk gagal, bukan semua orang mampu untuk mengambil risiko hidup berani untuk gagal. tapi kali ni mesti ramai yang mampu untu mengambil risiko hidup berani untuk gagal kali ni..kenapa? sebab ia adalah contest..contest yang dianjurkan oleh Denaihati. Tajuknya mestilah hidup berani untuk gagal. Contest ni telah dianjurkan atas sokonga sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu Berani Gagal Network, One Malaysia Blgoshops dan Saudaracare.
Contest ni mudah saja, pemenang akan dinilai berdasarkan ranking Top 10 di enjin carian google dengan kata kunci Hidup berani untuk gagal. Pada ranking 1-5 yang menyertai Hidup Berani Gagal akan memenangi hadiah bernilai rm500 untuk setiap seorang. Dan pada mereka yang menyertai hidup berani untuk gagal untuk ranking 6-10 akan memenangi hadiah bernilai rm250 setiap seorang. Kepada yang rajin mempromosi contest hidup berani untuk gagal akan mendapat hadiah rm10 untuk setiap seseorang..Lebih banyak referralnya, lebih hadiahnya.
Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai rm50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.
Syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.
2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog : contoh saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog dilot.
3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.
6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.
7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.
Keputusan
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest (akan diumumkan kemudian).
Pertanyaan
Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.
"HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010".
Yang paling penting kalau join contest ni, dalam entri mesti tulis 2 perkara wajib ni :
1. Keyword Hidup Berani Untuk Gagal
2. Saya tahu contest Hidup Berani Untuk Gagal dari blog dilot dan link kan ke entri aku ni yer..huhu
Sampai sini dulu entri Hidup Berani Untuk Gagal 1 yg aku dah tulis. jangan lupa tulis ya yg atas ni, sebab ia salah satu dari syarat.... akan ada hidup berani untuk gagal 2 dari aku sebagai entri selanjutnya
p/s : Saya tahu contest “Hidup Berani Untuk Gagal” dari cuzshar.com
Thursday, December 3, 2009
bahasa mulut dan bahasa pasar
janggal? pelik? memang la pelik. sebab, kita dah terbiasa dengan penggunaan bahasa mulut dalam kehidupan seharian.Dalam sms pun memang kita banyak gunakan bahasa mulut atau short form ni, sebab nak jimat duit katakan...
apa tu bahasa mulut? mulut banyak pot pet pot pet..bukanla..
bahasa mulut ni atau dipanggil cakap mulut. Biasanya digunakan oleh orang melayu dan ayat-ayatnya begitu ringkas
contohnya: tak untuk tidak,kak untuk kakak, dah untuk sudah, nak untuk hendak dan lain-lain lagi. cth ayat "kak sy nk mkn"
dan lagi satu bahasa pasar....
bahasa pasar atau dipanggil bahasa kacukan . Dalam hal ni terdapat banyak unsur bahasa yang digunakan. Bahasa pasar ni terdiri daripada bahasa melayu tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasa-bahasa lain seperti bahasa cina dan bahasa tamil.
contohnya: saya boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak
kenapa harus dielakkan..
yela mana ada orang cari perkataan-perkatan yang macam tu dalam search engine. "cr2 msk ns grg"...memang tak ada orang cari yang macam tu, tak kira tajuk entri atau isi entri, perlu dielakkan dari menggunakan bahasa mulut ni. Sebab isi-isi kita juga berkemungkinan akan timbul di carian jika perkataan yang dicari ada dalam entri kita.
tapi kalau blog tu sebagai diari je..blog aku, aku punya pasal la, tu suka hati sendiri la....
ps: siang ni tak online, sebab aku ke air hitam, johor.
Wednesday, December 2, 2009
cari masalah
di sini kata lain, dan di sana kata lain, tak tetapkan pendirian. dah jadi macam memperbodohkan diri sendiri je...dia mungkin tak rasa apa-apa, yela dah jadi talam, tapi bagi orang-orang yang perasan rasa jelik pulak tengok.

sekarang ni aku tengah bz, takdela bz mana, cuma baru beli hosting dengan domain je..jadi sekarang sibuk baca tutorial sikit. aku ada masalah sebenarnya, dekat domain aku kosong, je walaupun dah upload wp..macam mana nak install wp, kalau kosong je...sesiapa yang boleh tolong, mehla tolong aku...nanti aku senyum kat korang lebih, tunjuk gigi aku...link
jadi aku akan berpindah tak lama lagi. dan aku pasti, saat entri ni dikeluar, akan ada orang yang kutuk aku sangat-sangat, aku tak pandai nak buatla..aku ni bangangla.. dah tak pandai, sibuk-sibuk nak tiru macam orang lain.
kenapa aku leh tau..sebab dulu, masa aku ada masalah nak letak disquss komen, ada orang perli-perli aku gak.
bukannya nak tolong, lagi kena kutuk adala..nak buat macam mana, dah kita tak tau, jadi buatla cara tak tau..takkan jadi bodoh sombong pulak. tak tau cakap tau, pastu bila orang lain tanya, main jawab je..walaupun salah...
walaupun aku budak komputer, kelemahan tu tetap ada. bila tak pandai, kita kena belajar la kan, dan tanya pada mereka yang tahu, dan kalau boleh tolongla kan...bukan ditambah dengan kutukan.
seperti dalam entri aku yang ni..link... bila dah berada di atas, dah jadi golongan professional, dah ada nama, dah ada pekerjaan baik, dah ada ilmu, kita lupa yang dulu kita jugak pernah jadi seorang pelajar, jadi orang baru, yang baru nak bangun dan baru nak kenal dunia yang masih belum dikenali walaupun 50%...
My Blog List
Blogger templates
Blogger news
468x60
Followers
Páginas
Dilot Facebook
tutorial - blogspot, photoshop, design, corel draw
Blogroll
| Get free hit counter code here. |






.jpg)








