adik aku ada listkan pkataan2 yg org johor je gunekan...jika nak kenal bahasa johor-boyan...klik di sini...
********************************************************************
Target: Untuk Mengadakan Satu Sistem Persekolahan di Malaysia
url: http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua
signature goal: 100,000 tp sekarang br 2,072 signatures!
Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.
Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.
Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.
Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.
Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total. Komuniti Demi Negara. Sila ke Portal Satu Sekolah Untuk Semua untuk keterangan terperinci tentang inisiatif ini dan dimana anda boleh menyumbang secara aktif demi mencapai hasrat membentuk suatu masyarakat Malaysia yang betul-betul serasi, seia, sekata, sehati dan sejiwa yang akan mendukung prinsip keramat Rukunegara Malaysia kita tercinta.