Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

Monday, August 31, 2009

Lelaki mahu apa sebenarnya?

Tajuk entri seperti aku mahu cari gaduh...tidak ..bukan untuk mencari gaduh...hanya sekilas pandangan dengan apa yg telah berlaku baru-baru ini...

Beberapa hari lepas aku berjumpa dengan kawan aku....bukan khabar gembira tp berita sedih yang aku terima dari dia.......sebabnya teman lelaki dia ingin putuskan hubungan...dan tak jadi untuk mengikat tali pertunangan....padahal sebelum ni, pihak lelaki yang beriya-iya untuk mengikat tali pertunangan....
antara persoalan yang timbul...

lelaki sewenangnya meninggalkan perempuan hanya kerana perempuan lain yang baru dikenali dalam 2 bulan..

bila di tanya kenapa...tiada jawapan yang khusus kenapa dia sanggup berbuat demikian...2-2 baik...2-2 menyenangkan....2-2 buat dia gembira....cuma perbezaan...sorang dia dah kenal lama....lebih setahun..dan sorang lg...hampir 2 bulan....jadi dia amik keputusan untuk dengan yang baru....

bila di tanya lagi...

jawapan yang lebih tepat...cinta jarak jauh..cinta jarak jauh menyebabkan hati cepat berasa sunyi dan ingin pengganti secepat mungkin...sebab itu wujud pengganti kedua di saat hidup berjauhan...

apakah yang mereka mahu...apakah yang mereka impikan dari wanita

adakah????

1) paras wajah menawan yang sentiasa menjadi perhatian

2) struktur tubuh yang menggiurkan...

3) teman di kala keseorangan

4) budi bahasa meruntun jiwa

atau

5) pasangan yang bijak pandai penyelamat ketika pokai

Kahwinilah perempuan kerana 4 perkara; Rupa (cantik) , harta, agama, keturunan… Jika kahwin kerana rupa, rupa sahajalah yang dapat. Kalau kerana harta, harta sahaja yang kita dapat… Yang terbaik- pilihlah yang beragama, kerana senang untuk dididik untuk menjadi isteri yang solehah

Monday, August 17, 2009

lelaki takut untuk luahkan...

2 minggu lepas hari jadi kawan aku...kawan lelaki..dulu aku dengan dia mmg baik...cuma tidak pasti adakah wujud perasaan cinta di antara aku dengan dia..biasalah masa zaman sekolah...cinta monyet ..atau suka-suka je....surat-surat layang ke...surat-surat berantai ke..tu mainan masa kecik2...sekarang ni guna hp je kalau minat kat org...

tapi apa yang pasti, memang mustahil untuk wujud persahabatan antara lelaki dan perempuan, kerana setiap persahatan antara lelaki dan perempuan pasti akan terbit perasaan suka atau cinta, sama ada sebelah pihak atau kedua-duanya....suka sama suka...

adakah aku pasti dengan kenyataan aku ni..???orang lain aku tak taula..tp untuk aku, aku rasa memang mustahil , dari ikatan persahabatan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan akhirnya terjalin ikatan perhubungan yang lebih serius

masa besday membe aku tu, aku wish besday dekat dia..just bg msg dekat friendster "weyh pakcik!!happy besday"...hanya mesej yang biasa je..sebab dia pun dah de awek..dan aku pun dah ada tunang..tak perlu panjangkan cerita lama...

seminggu lepas tu, ada balasan dari awek die...yang marah sbb aku panggil dia pakcik...sekurang-kurang aku panggil kekasih dia pakcik bukan abg atau darling ke hape ke....just pakcik dan wish besday untuk kawan aku..yela kawan lama aku....rasanya tak salah...bukannya mesej lebih-lebih pun



jadi aku pun tryla bg mesej dekat kawan-kawan lelaki aku dulu2...aku ingat dieorg balas mcm dulu...tp sekadar balas 1 @ 2 mesej je...alasan yang diberi..ko dah ada tunang.."aku xnak kacau ko lg la..dah tak seronok kacau ko...tak pe yang penting kawan aku hepi"

baiknya kawan-kawan aku...tak nak kacau aku lagi...tapi dalam hati terdetik jugak...adakah mereka sebenarnya kecewa sebab aku dah ada teman lelaki dan lebih khusus sbb aku dh bertunang.....uweekkkk..perasannnya aku....hehe....

di awal pertunangan aku pula, ada juga kawan lelaki yg mesej aku bg tau...sampai hati kau, aku tunggu kau dari dulu lagi, tp ko tak pernah nak terima...!!!yg selalu contact ko pun, ko tak pernah perasan.

aku pun kompem tergamam la kan,,,,tak sangka rupanya aku juga pernah diminati dalam diam..aku ingatkan encek molar aku je yg minat kat aku... bila pulak kau ade luahkan perasaan ko pada aku..."aku segan nak bagi tau...jadi terpaksalah aku terima yang ko kini dah separa jadi milik molar"...

huhu....mmg tak terkata dibuatnya....tu la..dari dulu tak nak bg tau..main sorok2 je...pendam...aku ingatkan sebagai kawan je..sebab aku mmg bergaul je dengan semua lelaki..dan mmg cara aku suka cari gaduh dengan lelaki..suka cari pasal dengan lelaki.....tp tak sangka pulak cara aku yang suka cari pasal dengan lelaki rupanya...menyebabkan ade lelaki minat kat aku dalam diam...maknenya aku pun leh tahan gak kan...haha..sila muntahkan diri anda kalau tak tahan...

kalau perempuan yang minat dekat lelaki dan sembunyikan perasaan suka tu,,mmg biasa di dengar...bak kata org."tak kan perigi yang cari timba"...tp ni lelaki..kenape mesti wujud perasaan malu dan takut untuk memberitahu perkara sebenar...alasan yang diberi lagi..takut cinta di tolak..

dulu masa kat matrik, ade juga member aku kes mcm ni...takut untuk luahkan minat dia pada perempuan yang dia suka..hanya minat dalam diam je..tapi ntah mcm mana,,,akhirnya terbongkar jugak rahsia dia, perempuan tu tau gak siapa lelaki misteri tu... ...cuma nasib dia pun tak baik mana....cinta dalam diam akhirnya ditolak juga mentah-mentah..sbb paras wajah...senang cita...membe lelaki aku ni tak dela ensem sangat..setakat ok je la kot...hi!!!ni la sikap perempuan kot..memandang paras rupa...patutla lelaki takut nak "usha"..takut untuk luahkan sebab kompem nanti di tolak mentah2....


tp perempuan tu je ye..aku tak seperti itu.....diulangi aku tak seperti itu....rupa paras ensem bukan menjadi tajuk utama dalam kamus hidup aku...

bukankah lelaki perlu dan harus untuk beranikan diri bertindak dan membuat keputusan...bagaimana untuk jadi ketua keluarga sedangkan perkara kecil pun takut untuk disuarakan...jika pernah suka akan seseorang, lebih baik luahkan saja...dari dipendam perasaan itu..dan akhinya sia-sia saje...tunggu beberapa tahun dan last2 jadi milik orang lain..

memangla jodoh semua di tangan DIA...tapi jika kamu punya hati, perlu sekali sekala beranikan diri untuk tampilkan diri.... bukan sekadar minat dalam diam yang akhirnya terlopong ternganga sendiri....

p/s:- apa pun..encek molar aku juga yang berani suarakan hati dia....walaupun masing-masing ada kekurangan sendiri..

Sunday, August 2, 2009

10%..50%...100%..150%..

apa die peratus tu....markah ujian??bukan...peratusan cinta anda sebenarnya...

sejak 2 menjak ni ramai kawan aku yg bercerite masalah mereka dekat aku....walau mcm2 masalah yg dieorg luahkan..puncanya hanya satu sahaja..

masalah CINTA...

hi..susah jugak mahu menolong mereka......

tp yang pasti pihak lelaki harus berhati2 bila ingin mendekati perempuan yang baru frust cinta...tidak semua nye akan betul2 mencintai diri anda...kenapa??

ada yang hanya ingin membalas dendam..ingin membuktikan yang dirinya pun masih laku untuk ada pakwe..hati-hati ya..ini bukan kata-kata kosong tp mmg betul2 berlaku...

dan ada yang ingin ada pakwe sebab jiwa kosong tiada peneman...tp hati bukan ikhlas untuk menerima cintanya...

mungkin ada yang ikhlas menerima anda tp hakikatnya..perlu diperiksa...disiasat dahulu dan difikir terlebih dahulu sebaik-baiknya sebelum menerima atau melamar seseorang.

kan aku slalu bg tau..manusia ini semuanya berbeza..tidak semua punya sifat yg sama...termasuk juga dalam soal cinta...

ada sesetgh perempuan, jatuh cinta terlebih dari yang sepatutnya..sanggup serah segalanya...duit...?mngkin ia..badan...lagila..agaknya kalau boleh bagi jantung letak dekat badan lelaki tu ..di bagi agaknya.....

sbb tu la terjadinya kes buang bayi..gugurkan kandungan....bunuh diri....sbb perut sudah semakin membesar...tp lelaki tidak mahu tanggungjawab,,,itu dah terlebih sayang..sayang yang tidak sepatutnya..sangat bahaya...bila sayang dan cinta sudah jejak ke angka 100%.,,,tidak mungkin ia akan berkurangan malah semakin bertambah...

dan ada jenis perempuan yang tak kesah...buat ape nak kat lelaki tu lagi...dah dia wat perangai mcm tu..tinggalkan jela...ala...lelaki bukan sorg je..melambak kat luar sana...yg penting poket berisi...

aku lebih suke mengajak member aku untuk membaca buku tentang . "hubungan yang berasaskan islam ..." kerana buku-buku seperti itu lebih membuatkan kita berfikir sebagai orang dewasa bukan hanya cinta di awangan yang indah sahaja...contohnya buku ..."Bagaikan khadijah Di Hati Rasulullah.."

syukur, nasihat aku di terima pakai oleh kawan-kawan aku...."betul cakap ko, bile kita baca, buku mcm ni, kita dapat berfikir dengan lebih baik, bukan lagi emosi yang menguasai diri,,kadang2 aku rase ape yg aku buat semua tu betul, tp skang baru aku tau sikap aku sendiri mcm mana..."

tapi bukan sahaja lelaki perlu berhati-hati dalam memilih soal pasangan, perempuan juga perlu berhati-hati.

kenape??

kerana ada lelaki yang berkawan dengan perempuan sebab 'sex' semata-mata...tidak boleh untuk berseorangan walau sehari....waaa...sangat bahaya dengan lelaki seperti ini....

tapi ini hanya segelintir sahaja...bukan semuanya ya....walaupun peratusan lelaki semakin berkurangan tp masih lagi ade lelaki yang berhati nurani ......

untung mereka yang dapat lelaki baik.....
"lelaki baik utk perempuan yang baik"...dan perempuan baik untuk lelaki yang baik"....

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops