Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Friday, November 20, 2009

tunggang terbalik dunia ni..

yang mana .. dah molek-molek jadi perempuan..nak jadi lelaki pulak..
yang lelaki dah kacak dan sedap mata memandang...pilih nak jadi perempuan...

lepas tu ambil jalan penyelesaian..tukar jantina...

wanita mahu tukar jantina menderita..
sebabnya....puting payu dara bengkak selepas pembedahan.....
info diperolehi dari berita harian ...

alahai..dah molek-molek, sempurna sifat..tapi minta ditukar..lepas tu dapat doktor tipu......yang di minta tak jadi..padah yang di beri..

yg atas ni kes nak tukar jantina...yang bawah ni pulak, kes bapa campak anak..

adoii..apa nak jadi ni...

tertuduh mengangkat anaknya secara terbalik, dengan kaki di atas dan kepala di bawah, sambil berlegar-legar di dalam rumah..kemudian tertuduh campak anaknya ke atas tilam..kesannya, berlaku pendarahan di selaput otak pada bayi terbabit dan mengakibatkan kematian..bayi tu baru berusia 4 bulan....
info diperolehi dari berita harian ...


Monday, November 2, 2009

sumpah bunian dah berakhir

kisah cinta antara adam dan hawa dah tamat...sedih lak penutup dia..sbb adam dan hawa terpaksa berpisah...sedangkan berpisah seketika pun boleh menggunung rindu tu...inikan pula berpisah lama...boleh merana tau....hehe...sebab aku kan cinta jarak jauh

tp kesalahan adam jugak...yang dia pergi langgar sumpah buat apa..dia kan dah janji dengan hawa, tak nak ungkit kisah lama hawa...pastu tak soal selidik..terus marah tak pasal-pasal...bila dah terlepas cakap, memang tak boleh patah balik la....sebab tu janji dan sumpah tu penting..jangan sesekali kita lupa pada janji yang kita dah buat tu..akibatnya merana la badan...siapa yang susah..diri sendiri la..

tak pasal-pasal muka handsome dah jadi berparut..pastu anak-anak takut..mcm nampak hantu..mmm...tula padahnya..masa si hawa muka ada parut, adam ikutkan sangat kata-kata si azeera tu..jangan bagi anak-anak tengok hawa..nanti budak-budak tu terkejut...ha...sekarang rasakan,,anak-anak sendiri cakap bapak dia hantu...

lepas ni siapa yang tak ikut cakap mak bapak..dan lari dari rumah sebab ikut lelaki lain.....kenala tengok cerita ni berulang kali...biar cepat-cepat sedar dari alam fantasi cinta sendiri....

Saturday, October 24, 2009

bagai jual anak dengan hantaran

masa waktu aku tunang dulu...duit hantaran menjadi persoalan dalam saudara mara aku...kenapa ia perlu dijadikan soalan sedangkan mak abah aku sendiri tidak terlalu mempersoalkan wang hantaran tu. yang penting majlis dapat dijalankan dengan baik antara kedua belah pihak. dan 2-2 pihak setuju.

ni la masalahnya bila belajar terlebih sikit, pendidikan yang ada, digunakan untuk letakkan hantaran setinggi yang mungkin. jawapan yang aku kerap dengar.
eh ko kan ada master, mana boleh letak murah-murah sangat. tak sama dengan pendidikan yang ko ada. sedangkan makcik sebelah anak dia kerja kilang pun dia letak rm 15 k. ko lgla ada master. kalo makcik la kan....mmg tak xbg hantaran murah2 ni...ingat anak aku ni apa...nak murah2...


ye makcik... habis yang diletak tinggi tu bukan ke macam jual anak..kire mcm jual barangla..ada jenama, makin tinggi harganya..ish ish...memangla diakui duit dikira amat penting sekarang ni. ada duit boleh beli barang, xde duit nak beli barang pun xdapat. last2 semua makan maggie je nnt...eh skang aku tgh makan magi tau..sedap..hehe...

tapi biasanya wang hantaran yg diminta tinggi sebab nak buat majlis semewah yang boleh. baik xyah makcik...bukan ke membazir namanya,,,kalau mampu tu xpe, lain cerite, mungkin tu anak tunggal keluarga tu ke atau anak perempuan tunggal ke, yela majlis hanya sekali seumur hidup, memang hak keluarga tu untuk buat majlis mengikut kemampuan dieorg..tapi andaikata kita tak mampu, buat apa nak buat majlis besar-besar macam dieorg nanti. makcik nak tolong support sikit ke nanti...mesti makcik xnak supportnya..jadi kita buatla yang mana kita mampu eh makcik.

itu xpe lagi makcik, andaikata dah buat majlis besaran, lepas tu duit dah banyak dihabiskan pada majlis tu, jadi lepas tu nak makan apa makcik, nampaknye lepas ni, hari-hari saya bagi suami saya makan magie atau roti je..sebab duit simpanan dah susut..tapi kalau makcik yang bayarkan makanan kiteorang tak pe gak..saya ok je makcik..boleh? aha..terkedu makcik dibuatnya...

teringat pesan sorang kawan aku..nanti majlis ko buat sederhana jela...bukan nak hasut ko atau ape..cuma aku dah lalui tu semua. ikut kata orang lain, akhirnya kepas kahwin kiterog yang merana. bukan dieorg tolong pun. cakap yela senang. tp sekarang nak beli susu anak pun kadang2 susah sebab duit simpanan kiteorg mmg dah susut habis..kire kais pagi makan pagi kais petang makan petang. dah la duduk kawasan bandar.tau jela kan harga barang semua mcm mana.

jadi masa ko kahwin buat yang biasa2 je.pedulikan apa orang cakap. yang penting kita tak mendatangkan masalah. kalau fikirkan ape sangat orang cakap, mmg tak kan habis. lepas tu, pegi buat pinjaman peribadi lak. sebab nak ikut cakap orang lain, kalau bank betul xpe. kalau pegi dekat along mcm mana. tak terjerat sampai mati. sedangkan dengan pihak bank pun kite dah semput nak bayar. tu belum tau lg, rezeki pekerjaan kita mcm mana, andaikata baik, syukur, boleh gak hidup, tapi kalau belum dapat rezeki baik, boleh mendatangkan masalah. jadi nanti tak pasal-pasal bergaduh lak kita dengan suami kita, pastu mulala keluar ungkit mengungkit.


memangla elok sebab kita fikirkan masa depan anak kita, sekurang-kurang terjaga anak kita nanti, ada harta, hidup senang, tapi tu semua kan membazir, baik-baik pihak lelaki boleh beli rumah yang selesa untuk anak dia nanti, tapi terbalik jadinya. Nanti kami tinggal bawah jambatan boleh tak makcik.??..terlopong mulut makcik....

Pendidikan setinggi mana pun, bukan sepatutnya ia dijadikan tajuk utama dalam meletakkan soal hantaran, yang penting mesti ada akhlak dan ilmu yang akan digunakan pakai dalam kehidupan baru nanti.

Friday, October 23, 2009

lelaki muda kahwin perempuan tua

woo..rasa mcm dah jadi trend je skang..rata-rata lelaki cari perempuan yang tua..agak2 kenape ye mereka pilih perempuan tua...

tgh ari td tgh makan2 dengan membe2..terkeluar la pulak tajuk ni...kompem ada org marah aku lepas ni...hikhikhik...

antara puncanya mungkin sebab...

pertama...perempuan ni sekarang 'demand'..sebab tu sekarang terlalu sukar untuk cari gadis yang mereka diidamkan...

kedua rata-rata perempuan sekarang pilih lelaki kacak sahaja....sbb nya...mcm biasela...bile dapat pasangan yang kacak..mestilah bangga kan....bile kawan-kawan tegur..waa...handsomenye pakwe ko....

ketiga tak pun cari yg kaya raya...fuhhh..senang hidup nnt....tak payah susah nak gi kerja..tak pening nak fikir mcm mana la aku nak bayar hutang ptptn nnt...kalau yg setakat rm 8k bolehla lg la kot..kalau yg pinjam penuh..rm 21k..tambah lak dengan bunga-bungaan..mau rm 22k jadinya..lgla zaman sekarang belanja semakin tinggi....nak beli barang dapur pun mahal..lgla barang2 makeup...mau kopak setiap hari..jadi jalan pintas cari lelaki kaya...

nak senang lg..kawen DATUK..xkirala datuk muda atau datuk dah bercucu...kalau dapat datuk bertongkat mcm mana...

ooo..ada lg satu...trend cari pasangan mat saleh....nnt keturunan mestilah ada darah percampuran....siapa yg xnak.....si polan binti polan andrew...polan bin polan richard...

ini adalah realiti kehidupan atau hanya rekaan semata-mata..tp yg pasti, tidak semua perempuan hanya fokus pada 2 perkara tu...kaya dan kacak..mungkin itu hanya sesetengah sahaja....


Monday, August 31, 2009

Lelaki mahu apa sebenarnya?

Tajuk entri seperti aku mahu cari gaduh...tidak ..bukan untuk mencari gaduh...hanya sekilas pandangan dengan apa yg telah berlaku baru-baru ini...

Beberapa hari lepas aku berjumpa dengan kawan aku....bukan khabar gembira tp berita sedih yang aku terima dari dia.......sebabnya teman lelaki dia ingin putuskan hubungan...dan tak jadi untuk mengikat tali pertunangan....padahal sebelum ni, pihak lelaki yang beriya-iya untuk mengikat tali pertunangan....
antara persoalan yang timbul...

lelaki sewenangnya meninggalkan perempuan hanya kerana perempuan lain yang baru dikenali dalam 2 bulan..

bila di tanya kenapa...tiada jawapan yang khusus kenapa dia sanggup berbuat demikian...2-2 baik...2-2 menyenangkan....2-2 buat dia gembira....cuma perbezaan...sorang dia dah kenal lama....lebih setahun..dan sorang lg...hampir 2 bulan....jadi dia amik keputusan untuk dengan yang baru....

bila di tanya lagi...

jawapan yang lebih tepat...cinta jarak jauh..cinta jarak jauh menyebabkan hati cepat berasa sunyi dan ingin pengganti secepat mungkin...sebab itu wujud pengganti kedua di saat hidup berjauhan...

apakah yang mereka mahu...apakah yang mereka impikan dari wanita

adakah????

1) paras wajah menawan yang sentiasa menjadi perhatian

2) struktur tubuh yang menggiurkan...

3) teman di kala keseorangan

4) budi bahasa meruntun jiwa

atau

5) pasangan yang bijak pandai penyelamat ketika pokai

Kahwinilah perempuan kerana 4 perkara; Rupa (cantik) , harta, agama, keturunan… Jika kahwin kerana rupa, rupa sahajalah yang dapat. Kalau kerana harta, harta sahaja yang kita dapat… Yang terbaik- pilihlah yang beragama, kerana senang untuk dididik untuk menjadi isteri yang solehah

Monday, August 17, 2009

lelaki takut untuk luahkan...

2 minggu lepas hari jadi kawan aku...kawan lelaki..dulu aku dengan dia mmg baik...cuma tidak pasti adakah wujud perasaan cinta di antara aku dengan dia..biasalah masa zaman sekolah...cinta monyet ..atau suka-suka je....surat-surat layang ke...surat-surat berantai ke..tu mainan masa kecik2...sekarang ni guna hp je kalau minat kat org...

tapi apa yang pasti, memang mustahil untuk wujud persahabatan antara lelaki dan perempuan, kerana setiap persahatan antara lelaki dan perempuan pasti akan terbit perasaan suka atau cinta, sama ada sebelah pihak atau kedua-duanya....suka sama suka...

adakah aku pasti dengan kenyataan aku ni..???orang lain aku tak taula..tp untuk aku, aku rasa memang mustahil , dari ikatan persahabatan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan akhirnya terjalin ikatan perhubungan yang lebih serius

masa besday membe aku tu, aku wish besday dekat dia..just bg msg dekat friendster "weyh pakcik!!happy besday"...hanya mesej yang biasa je..sebab dia pun dah de awek..dan aku pun dah ada tunang..tak perlu panjangkan cerita lama...

seminggu lepas tu, ada balasan dari awek die...yang marah sbb aku panggil dia pakcik...sekurang-kurang aku panggil kekasih dia pakcik bukan abg atau darling ke hape ke....just pakcik dan wish besday untuk kawan aku..yela kawan lama aku....rasanya tak salah...bukannya mesej lebih-lebih pun



jadi aku pun tryla bg mesej dekat kawan-kawan lelaki aku dulu2...aku ingat dieorg balas mcm dulu...tp sekadar balas 1 @ 2 mesej je...alasan yang diberi..ko dah ada tunang.."aku xnak kacau ko lg la..dah tak seronok kacau ko...tak pe yang penting kawan aku hepi"

baiknya kawan-kawan aku...tak nak kacau aku lagi...tapi dalam hati terdetik jugak...adakah mereka sebenarnya kecewa sebab aku dah ada teman lelaki dan lebih khusus sbb aku dh bertunang.....uweekkkk..perasannnya aku....hehe....

di awal pertunangan aku pula, ada juga kawan lelaki yg mesej aku bg tau...sampai hati kau, aku tunggu kau dari dulu lagi, tp ko tak pernah nak terima...!!!yg selalu contact ko pun, ko tak pernah perasan.

aku pun kompem tergamam la kan,,,,tak sangka rupanya aku juga pernah diminati dalam diam..aku ingatkan encek molar aku je yg minat kat aku... bila pulak kau ade luahkan perasaan ko pada aku..."aku segan nak bagi tau...jadi terpaksalah aku terima yang ko kini dah separa jadi milik molar"...

huhu....mmg tak terkata dibuatnya....tu la..dari dulu tak nak bg tau..main sorok2 je...pendam...aku ingatkan sebagai kawan je..sebab aku mmg bergaul je dengan semua lelaki..dan mmg cara aku suka cari gaduh dengan lelaki..suka cari pasal dengan lelaki.....tp tak sangka pulak cara aku yang suka cari pasal dengan lelaki rupanya...menyebabkan ade lelaki minat kat aku dalam diam...maknenya aku pun leh tahan gak kan...haha..sila muntahkan diri anda kalau tak tahan...

kalau perempuan yang minat dekat lelaki dan sembunyikan perasaan suka tu,,mmg biasa di dengar...bak kata org."tak kan perigi yang cari timba"...tp ni lelaki..kenape mesti wujud perasaan malu dan takut untuk memberitahu perkara sebenar...alasan yang diberi lagi..takut cinta di tolak..

dulu masa kat matrik, ade juga member aku kes mcm ni...takut untuk luahkan minat dia pada perempuan yang dia suka..hanya minat dalam diam je..tapi ntah mcm mana,,,akhirnya terbongkar jugak rahsia dia, perempuan tu tau gak siapa lelaki misteri tu... ...cuma nasib dia pun tak baik mana....cinta dalam diam akhirnya ditolak juga mentah-mentah..sbb paras wajah...senang cita...membe lelaki aku ni tak dela ensem sangat..setakat ok je la kot...hi!!!ni la sikap perempuan kot..memandang paras rupa...patutla lelaki takut nak "usha"..takut untuk luahkan sebab kompem nanti di tolak mentah2....


tp perempuan tu je ye..aku tak seperti itu.....diulangi aku tak seperti itu....rupa paras ensem bukan menjadi tajuk utama dalam kamus hidup aku...

bukankah lelaki perlu dan harus untuk beranikan diri bertindak dan membuat keputusan...bagaimana untuk jadi ketua keluarga sedangkan perkara kecil pun takut untuk disuarakan...jika pernah suka akan seseorang, lebih baik luahkan saja...dari dipendam perasaan itu..dan akhinya sia-sia saje...tunggu beberapa tahun dan last2 jadi milik orang lain..

memangla jodoh semua di tangan DIA...tapi jika kamu punya hati, perlu sekali sekala beranikan diri untuk tampilkan diri.... bukan sekadar minat dalam diam yang akhirnya terlopong ternganga sendiri....

p/s:- apa pun..encek molar aku juga yang berani suarakan hati dia....walaupun masing-masing ada kekurangan sendiri..

Sunday, August 16, 2009

GAMBAR NIKAH: Akhil Hayy & Waheeda, ajai & liza

Spekulasi hangat pasti menjadi kenyataan!!!!!!!!!!!!

sumber Akhil Hayy & Waheeda dr: http://muzzafarsalleh.com/

"penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, "




Hanya dengan sekali lafaz..Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini pada majlis pernikahan. Majlis ini dihadiri kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan kenalan terapat...

dan terbaru juga,,ajai bersama liza, pengurus nya..akhirnya sudah selamat di ijab kabulkan dan menjadi pasangan suami isteri yang sah,..


ajai & liza sudah lama bercinta rupanya...hamir 3 tahun mereka menyemai benih2 cinta
...

ape pun..tahniah la untuk korg...mungkin dah mmg sudah dijodohkan..

tp kenapela artis2 ni suka menidakkan perkare yang benar..walhal perkare itu mmg benar.....

Friday, August 14, 2009

sperma anda di sini..

sila cari mana sperma anda.....tak jumpa???mmg la tak jumpa....takkan ada di jual dekat pasar...ni haaa...aku letak gambar2 yang aku dapat dr email..haini bg...gambar-gambar ni semua adalah Bahagian Paling Kecil Dari Tubuh Kita yg Dilihat dari Mikroskop...sangat cantik ok!!!inilah kebesaran Tuhan....

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. 2:164)

Gambar ini adalah foto dari beberapa sperma yang sedang mengelilingi telur....sama tak mcm sperma korg...kehkehkeh..lusyah lak aku...


Ini adalahsel gambar telur pada wanita, warna merah itu adalah mahkota sel....ooooOo..mcm ni ek....


Ini merupakan embrio manusia yang dikelilingi beberapa sperma...waaahh..berebut2...cesss...tak reti2 nak sabar...tettttttt


Ini merupakan gambar sel darah merah, mirip terumbu karang......mcm kuih donut..tp tak de lubang..


Ini merupakan ujung rambut kita yang rusak (bercabang).....baik gi cek balik rmbt korang..ntah2 mcm ni...pdhal rmbut aku yg mcm ni...


Gambar ini merupakan Alveoli di paru paru dimana terjadi pertukaran darah dan udara...


Titik-titik perasa di lidah, dilidah kita memiliki 10.000 titik perasa yang mampu membedakan rasa manis, asam, asin, pahit pedas dan lainnya.....

Ini merupakan kumpulan sel darah beku pada tubuh kita, sedangkan yang putih di tengah adalah sel darah putih yang beku


Gambar ini merupakan sel kanker di paru paru kita

cuba teka gambar 2 yg last ni gambar ape...
.....










.....











....

Lawakan gambar2 ni..ye..lawa itu mmg indah...tp, ini adalah virus mematikan yang belum ada obatnya yaitu Virus HIV / AIDS dan Virus H1N1 (Flu Babi) Indah tapi siap merenggut nyawa

gmbr yang ada warna hijau tu...
gambar virus mematikan H1N1 atau Flu Babi, bab1nya mana ya?

bab1 nya ni.....

Sunday, August 2, 2009

10%..50%...100%..150%..

apa die peratus tu....markah ujian??bukan...peratusan cinta anda sebenarnya...

sejak 2 menjak ni ramai kawan aku yg bercerite masalah mereka dekat aku....walau mcm2 masalah yg dieorg luahkan..puncanya hanya satu sahaja..

masalah CINTA...

hi..susah jugak mahu menolong mereka......

tp yang pasti pihak lelaki harus berhati2 bila ingin mendekati perempuan yang baru frust cinta...tidak semua nye akan betul2 mencintai diri anda...kenapa??

ada yang hanya ingin membalas dendam..ingin membuktikan yang dirinya pun masih laku untuk ada pakwe..hati-hati ya..ini bukan kata-kata kosong tp mmg betul2 berlaku...

dan ada yang ingin ada pakwe sebab jiwa kosong tiada peneman...tp hati bukan ikhlas untuk menerima cintanya...

mungkin ada yang ikhlas menerima anda tp hakikatnya..perlu diperiksa...disiasat dahulu dan difikir terlebih dahulu sebaik-baiknya sebelum menerima atau melamar seseorang.

kan aku slalu bg tau..manusia ini semuanya berbeza..tidak semua punya sifat yg sama...termasuk juga dalam soal cinta...

ada sesetgh perempuan, jatuh cinta terlebih dari yang sepatutnya..sanggup serah segalanya...duit...?mngkin ia..badan...lagila..agaknya kalau boleh bagi jantung letak dekat badan lelaki tu ..di bagi agaknya.....

sbb tu la terjadinya kes buang bayi..gugurkan kandungan....bunuh diri....sbb perut sudah semakin membesar...tp lelaki tidak mahu tanggungjawab,,,itu dah terlebih sayang..sayang yang tidak sepatutnya..sangat bahaya...bila sayang dan cinta sudah jejak ke angka 100%.,,,tidak mungkin ia akan berkurangan malah semakin bertambah...

dan ada jenis perempuan yang tak kesah...buat ape nak kat lelaki tu lagi...dah dia wat perangai mcm tu..tinggalkan jela...ala...lelaki bukan sorg je..melambak kat luar sana...yg penting poket berisi...

aku lebih suke mengajak member aku untuk membaca buku tentang . "hubungan yang berasaskan islam ..." kerana buku-buku seperti itu lebih membuatkan kita berfikir sebagai orang dewasa bukan hanya cinta di awangan yang indah sahaja...contohnya buku ..."Bagaikan khadijah Di Hati Rasulullah.."

syukur, nasihat aku di terima pakai oleh kawan-kawan aku...."betul cakap ko, bile kita baca, buku mcm ni, kita dapat berfikir dengan lebih baik, bukan lagi emosi yang menguasai diri,,kadang2 aku rase ape yg aku buat semua tu betul, tp skang baru aku tau sikap aku sendiri mcm mana..."

tapi bukan sahaja lelaki perlu berhati-hati dalam memilih soal pasangan, perempuan juga perlu berhati-hati.

kenape??

kerana ada lelaki yang berkawan dengan perempuan sebab 'sex' semata-mata...tidak boleh untuk berseorangan walau sehari....waaa...sangat bahaya dengan lelaki seperti ini....

tapi ini hanya segelintir sahaja...bukan semuanya ya....walaupun peratusan lelaki semakin berkurangan tp masih lagi ade lelaki yang berhati nurani ......

untung mereka yang dapat lelaki baik.....
"lelaki baik utk perempuan yang baik"...dan perempuan baik untuk lelaki yang baik"....

Friday, July 31, 2009

jangan lakukannya

halu semua

entri kali ni dikhususkan untuk lelaki...adakah aku ni anti lelaki....

no no no..semestinya aku bukan anti lelaki..tp ade beberapa sikap lelaki yg aku rase tak wajar kalau dieorg buat, lgla bile berada di tmpt awam...yg ramai manusia...

1) suka meludah sembarangan

yg ni paling aku tak tahan..sbb tu berada di no 1.....sangat tidak sopan...kenape mesti meludah merata tempat...

2) merokok di tmpt awam..


kerap aku perhatikan, lelaki akan merokok selepas makan. mungkin ada antara mereka yang tak tahu, asap rokok sbnrnye boleh membantutkan selera makan seseorang...

3) bawa kereta perlahan di lorong tengah

jalan raya dijadikan tmpt untuk berdua-duan sambil berbual-bual dan bermesra. xpaham gak???aku pendekkan cerite.."tolong jangan dating atas jalan raya, pastu bw kereta mcm kura-kura..pastu duduk dekat line tgh.."

Monday, July 6, 2009

bertukar atau bertahan..

sesi bual dgn kawan aku beberapa ari lepas...dialog sbnr ??sudah pasti aku dh tak berape ingat butiran2 yg lengkap tp lebih kurang seperti ini...

mase tu kami tgh bercerite pasal berkawan atau bercouple yg boleh bertahan lame..kemudian kawan aku bg tau...aku mmg tak leh bertahan sgt dgn mane2 brg ni..mest nak bertukar je......sbb tu kawan' lelaki pun aku susah jugak utk bertahan lame...

diwaktu itu aku terfikir ...mungkin ade benar jugak kate2 kawan ku itu...imbas kembali dgn brg2 yg aku penah miliki...

satu persatu aku fikirkan..

frienster??yup..friendster...walaupun skang ni org dh rmi gune facebookla...taggedla...tp aku??aku masih setia dgn friendster...akaun untuk yg lain aku tidak berape aktif sgt....

ym??selain ym..aku boleh je gune meebo..eBuddyla...dll..tp aku??masih lg setia dgn Yahoo! Messenger...

aku tak teringin mencube yg lain??yup.. mmg pernah..pasti aku akan mencube jugak....tp aku lebih selesa dgn yg lame....

mungkin ini hanya kebetulan sahaja antara aku dan kawan aku..tp kebetulan ini mmg sgt sama dengan perbuatan dan cara kami...aku lebih suke untuk kekal atau menggunakan barang yg aku pernah pakai..jika ia selesa bg akula..kalau tak selesa..aku pun ada tukar2 jugak...cth..layout blog aku..atau friendster..aku tetap tukar smpi aku rase dah berpuas ati sgt2..

yg pasti perkare tersebut mestilah membawa kepada keselesaan...kalu tidak selesa...dan membawa masalah...tidak guna jgak untuk bertahan...

mungkin sbb itu juga, dalam soal pasangan....hubungan aku dgn tunang sudah jejak ke angka 6 tahun ++..syukur,,,,.pada aku satu jangka masa yg agak panjang....dan ramai yang beranggapan perkenalan yg terlalu lama pasti tidak akan kekal atau separuh jalan sahaja...aku tidak percaya pada itu semua...kerana sememangnya kita tahu, jodoh, rezeki serta ajal maut semua di tangan DIA...DIA yang menentukan segalanya...

ramai jugak kawan2 aku yang berkenalan semasa matrik, akhirnya berjaya jugak menamatkan zaman percintaan dieorg dengan mendirikan rumah tangga...malah ada antara mereka dah ada zuriat masing2...

syukur,,kerana mereka mmg sudah ditakdirkan untuk bersama...aku??mudah2an..hubungan aku dgn encek molar jugak akan seperti mereka...jodoh kami berkekalan...dan berjalan dengan lancar...

ape kate lepas ni, korg perhatikan pasangan masing2...adakah si 'dia suka bertukar barang atau lebih selesa dgn barang yang pernah digunakan sebelum ini...kalau suka bertukar2 barang...hehe...hati2la ye lepas ni...kene berwaspada....jangan bg dieorg tukar brg sesuke hati....

haha..memandai je aku nak menghasut org lain...mungkin itu hanye kebetulan saja dgn diri aku.......mungkin bg korg lain....setiap org punya sikap dan pemikiran yg berlainan....

*******************************************************

td aku baru cium bau one drop perfume yg baru..kotak hitam dan putih,,,aku suke bau men set 3...yg kotak hitam,...tp masalahnye...aku suke bau bauan lelaki..mcm mane ni...adakah aku ni.....lelaki??..hehe...xdela...aku wanita sejati...tp sikap saje yg tidak berape ayu...sebab aku suke aktiviti yg agak lasak sedikit...cth..hehe..Tae Kwon Do la...sbb aku suke tumbuk org...lalalala~~~

Wednesday, July 1, 2009

langkah merogol....hebat bukan


aku bukan nak ajar mcm mane nak rogol orang...dah buang tebiat ke ape...

ni ha..aku tgk2 la dekat keywords aku...pada tarikh....25 jun 2009...makk aiii ....sekali ade org cari langkah merogol...pulak tu cr kat blog aku...

oohhh giler....kalaula budak-budak sekolah yg type keyword ni...haiisshh....rosak...rosak...

mmg rosak masa depan...sbb pada umur begini mereka dah berada pada tahap pemikiran yg agak kritikal...ape lg bile sudah menjejakkan kaki ke alam umur 20-an nnt..pasti mereka akan rase lebih seronok dgn perbuatan mereka...kita yg lebih tua ini...perhatikan tingkah laku mereka sebelum keadaan menjadi lebih mudarat lg nnt...tarik mereka supaya menjauhkan diri dari dunia yg tidak bermoral ini...

kalau org tua lak....????mmg dh buang tebiat la owang tue tu...

tidak mustahil bukan kalau orang tua yg mencarinye di laman-laman internet..semuanya wujud di zaman sekarang...terlalu byk yg kite boleh bace di halaman-halaman surat khabar yg mengatakan 'datuk merogol cucu'.....dan sudah tentu hilang segala kasih sayang dan kemanusiaan ke atas cucu sendiri...jadi, bersyukur dan sayangi la ahli keluarga kita...kerana mereka bukan dari golongan manusia yg bertopengkan syaitan ini...

ke...ada antara kalian semua yg mencari keyword ini...jangan di praktikkan sesekali ye...sekali kite terjebak dalam dunia tidak bermoral seperti ini...akan berlanjutan menjadi beberapa kali kerana nafsu telah menguasai diri...

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops