Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

wanita dan period, lelaki jadi tension

kenape ye ramai lelaki tak nak amik tau pasal kitar haid wanita..tak baik ar...kena ambil berat soal ni tau..penting tu..lagi-lagi kalau bab-bab bila dah kahwin nanti...

sekurang-kurangnya kalau pasangan tengah period, lelaki boleh siap sedia dengan pasangan masing-masing ....perempuan kalau period perangai memang pelik...kira sebulan sekali kena tahan kan diri dengan perangai perempuan...nak tak nak kenala sabar..yela perempuan tu kan pasangan kamu sendiri.

nak tau apa yang berubah...

1. perempuan kalau period memang selalu nak marah-marah je. macam-macam la....

2. kadang-kadang cepat sangat tersentuh. sedihla nak nangis la. pulak tu lelaki buat macam hampagas lak..jadi mulala nak beremosi. sebab tu lelaki kena tau bile pasangan kita period.

3. saat manja-manja datang..adoyaii..mesti lelaki letih kan saat ni..nak manja-manja lak...

4. kuat selera makan..kalau nak dating tu ..wallet kasi tebal sikit eh...

5. boleh berubah perwatakan..5 saat lepas baik je..10 saat lepas tu tetibe berubah...silap sikit boleh bergaduh jadinya...

tapi rasanya majoriti lelaki memang tak ambil tau pasal perubahan ni...sebab tu ramai yang tak faham..dan topik yang selalu keluar.."tak fahamla dengan perangai awak ni"...

tu belum disentuh kalau minta belikan pad..ada yang ok..dan ada yang malu..malu ke. abg??relaks la..dalam bungkusan pun ..bukan nya nampak isi dalam..bungkusan tu lawala saudara..berkaler2 lagi..ada warna biru..pink..hijau..pilihla ikut yang korang kena paksa beli tu... hehe...ada sorang member aku siap cakap, buat apa aku nak belikan. beli sendiri la. dah tau nak period, bersedia la. tak kuasa aku nak layan. lantak ko la..

hello... bukan masalah tak sedia. tapi lelaki harus bersedia dalam soal ni. cuba untuk memahami jiwa pasangan bila mereka tengah uzur. berlatih dari sekarang. nanti dah kahwin senangla...hehe..

ok kalau bukan pasangan korang yang uzur tapi adik beradik yang uzur macam mana. takkan la nak buat tak tau je..kalau tetibe tengah sengugut...tak boleh bangun..macam mana...kesian la kat adik tu..alahai abg-abg sekalian...ape ni...tak memahami langsung.....hehe...

ps:....blogwalking sedang dijalankan...sebab exam dah habis...seronoknya...dan aku tak lupa gak klik2 nuff dekat blog yg aku ada singgah....

Monday, August 31, 2009

Lelaki mahu apa sebenarnya?

Tajuk entri seperti aku mahu cari gaduh...tidak ..bukan untuk mencari gaduh...hanya sekilas pandangan dengan apa yg telah berlaku baru-baru ini...

Beberapa hari lepas aku berjumpa dengan kawan aku....bukan khabar gembira tp berita sedih yang aku terima dari dia.......sebabnya teman lelaki dia ingin putuskan hubungan...dan tak jadi untuk mengikat tali pertunangan....padahal sebelum ni, pihak lelaki yang beriya-iya untuk mengikat tali pertunangan....
antara persoalan yang timbul...

lelaki sewenangnya meninggalkan perempuan hanya kerana perempuan lain yang baru dikenali dalam 2 bulan..

bila di tanya kenapa...tiada jawapan yang khusus kenapa dia sanggup berbuat demikian...2-2 baik...2-2 menyenangkan....2-2 buat dia gembira....cuma perbezaan...sorang dia dah kenal lama....lebih setahun..dan sorang lg...hampir 2 bulan....jadi dia amik keputusan untuk dengan yang baru....

bila di tanya lagi...

jawapan yang lebih tepat...cinta jarak jauh..cinta jarak jauh menyebabkan hati cepat berasa sunyi dan ingin pengganti secepat mungkin...sebab itu wujud pengganti kedua di saat hidup berjauhan...

apakah yang mereka mahu...apakah yang mereka impikan dari wanita

adakah????

1) paras wajah menawan yang sentiasa menjadi perhatian

2) struktur tubuh yang menggiurkan...

3) teman di kala keseorangan

4) budi bahasa meruntun jiwa

atau

5) pasangan yang bijak pandai penyelamat ketika pokai

Kahwinilah perempuan kerana 4 perkara; Rupa (cantik) , harta, agama, keturunan… Jika kahwin kerana rupa, rupa sahajalah yang dapat. Kalau kerana harta, harta sahaja yang kita dapat… Yang terbaik- pilihlah yang beragama, kerana senang untuk dididik untuk menjadi isteri yang solehah

Saturday, August 8, 2009

UTUSAN PENGGUNA, JULAI 2002

entri ini adalah lanjutan dari entri aku yg lepas...

Membuat Tuala Wanita Sendiri dengan kain
Sesetgh wanita menyangka ini adalah primitif tetapi tuala wanita daripada kain muncul semula. Anda boleh membuat tuala wanita yang boleh digunakan semula yang selamat digunakan dengan menggunakan flanel kain kapas yang lembut daripada baju tidur lama. Potong 8 x 12 inci kain segi panjang dan letakkannya pada seluar dalam yang selesa.

FOKUS: ANCAMAN TOKSIN
TUALA WANITA ANCAMAN KESIHATAN DALAM DIAM

Ada yang bertanya..jadi nak pakai apa? apa yang sesuai..?
ni terpulang pada individu masing-masing, mahu menggunakan yang mana..cari bahan atau pad yang selamat digunakan..boleh cuba pakai kain yang dbuat sendiri atau guna tuala good morning (boleh dicuci dan diguna pakai semula) atau jenama tuala wanita lain yang rasa selamat digunakan...pad2 yang lain aku tak tau, tp sekarang ini aku mmg pakai pad ANION ..untuk menggantikan pad2 jenama terkenal yang dah dicemari toksin...atau mungkin boleh gunakan pad REFRESH atau pad HPA

Apakah alternatif lain? dipertik dari WANITA @BACARIA , 20 SEPTEMBER 2006

Walaupun tidak banyak dpasaran atau dikedai, adalah lebih baik wanita memilih tuala wanita yang diperbuat seratus-peratus daripada kapas yang tidak menjalani proses pemutihan atau pelunturan. Jika pun tuala wanita itu perlu mengalami proses pemutihan, pastikan pengilang menggunakan bahan kmia selamat bukan bahan kimia yang boleh menghasilkan dioksin.

Satu lagi ciri-ciri tuala wanita yang baik, ialah *keupayaan menyerap lembapan*klik....*video penyerapan*.klik..Lagi elok daya serapan, lagi baikla tuala wanita itu...cth penyerapan ...sila lihat video..


Tuala wanita yang menyerap lembapan dengan baik bukan sahaja menyelesakan wanita, malah boleh mengelak masalah jangkitan dan pertumbuhan fungus di celah kelengkang, ini boleh mengurangkan risiko jangkitan faraj, pundi kencing dan saluran pundi kencing akibat kelembapan berlebihan. Ia juga mengurangkan rasa gatal dan melecet..

*************************************************************8
Info yg aku dapat ini, dipetik pada tahun 2002. tapi kini sudah melonjak ke tahun 2009. bermakna sudah 7 tahun berlalu...tetapi masih ramai yg belum menyedari kesahihan nya..adakah ia benar atau tidak..Aku ingin berkongsi maklumat di sini.

Tahukah anda bahawa kebanyakan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan klorin yang mengandungi sisa organoklorin dan karsinogen yang diketahui-klorin. EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains . Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan pada uterus).

EPA juga telah merumuskan bahawa orang yang mengalamai pendedahan tinggi terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh melemahkan sistem imun, meningkatkan risiko penyakit radangan pelvik, mengurangkan kesuburan dan kemungkinan mengganggu perkembangan janin dan kanak-kanak. Dalam ujian di luar negara tuala wanita telah didapati mengandungi 400 gian per trilion (bpt) dioksin.
Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas.

Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada dos kecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin

Purata wanita menggunakan kira-kira 15 000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin, yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak, mungkin menjadi kumulatif dan membawa maut.

DIKELUARKAN DENGAN BANYAK BAHAN KIMIA

Untuk memebuat tuala wanita, gentian pulpa kayu pada mulanya direndam di dalam air di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan di masukkan pada peringkat ini. Pulpa itu kemudiannya di geser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya...

Sesetgh tuala wanita mengandungi rayon tambahan, yang juga berasal daripada kayu, untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan di dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet halus di dalam air berasid. Campuran itu kemudiannya membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang.

Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan kitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. Akibatnya sesetgh bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita

Bahan penambah juga digunakan untuk menambahkan sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid. Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menampakkan keputihan.

APA YANG ANDA BOLEH LIHAT

Itulah bahagin yang anda tidak boleh lihat. Tetapi bahagian luar tuala wanita yang anda boleh lihat itu sekalipun bukan semuanya asli.

Plastik bawah - untuk mencegah kebocoran - biasanya akan dibuat daripada polythene.

Fabrik yang menyalut tuala wanita - adalan bahan ringan yang seringkali merupakan polypropylene atau rayon.

Bahagian belakang mengandungi 1 atau 2 jalur pelekat yang diliputi dengan jalur kertas silikon.

Tuala wanita itu kemudiannya dibungkus di dalam beg plastik. Bungkusan itu sendiri mungkin dicetak dengan corak -sekali lagi proses bahan kimia

PENUH BAKTERIA

Tuala wanita juga boleh mengandungi bakteria kerana ia bukan produk yang dibasmi kuman. Pada 1987, ujian CAP ke atas beberapa jenama popular yang dijual di sini mendapati jumlah bakteria yang tinggi sehingga 11000 (lenih 10 kali ganda piawaian keselamatam antarabangsa). Ini boleh membawa kepada jangkita faraj di kalangan wanita yang menggunakan tuala wanita.

Produk kebersihan seperti tuala wanita juga boleh ditempatkan di pasaran tanpa terlebih dahulu membuktkan keselamatan atau keberkesanannya walaupun di negara-negara maju.

Di Kanada, misalnya 'depressor' lidah, pembalut luka dan flos gigi kesemuanya dianggap sebagai alat perubatan tetapi tidak tuala wanita. Wanita adalah sasaran mudah kerana mereka terikat dengan biologi untuk didatangi haid selama sekurg2 35 tahun.

Oleh itu adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternatif lain yang lebih selamat - seperti menggunakan kain atau menggunakan pad yang lebih selamat.
Kini terdapat pad2 jenama lain yang lebih selamat untuk menggantikan pad yang mengandungi toksin itu..





Monday, August 3, 2009

darah awak...

Halu semua...ada contest mudah dr dilot ...contest kecil-kecilan je...=)

Entri kali ini dikhaskan untuk perempuan,..tapi kalau anda rasa anda seorang lelaki dan mahu menjiwai hati sang isteri nanti..dipersilakan untuk baca ye..

pernah ke korg sedang jalan2 di luar sana...tetiba ..ada mamat menegur anda....

"erk....ada benda kat sluar awakla..mcm..."

atau...

"seluar awak mcm kotorla....rasenye..."

atau lebih tajam lagi

"ada darah dekat sluar awak..period eh..."

perghhh...bukan setakat tajam..xtau nak letak muka kat mane mase tu.....

tau kenapa...

sebab ada kesan darah period kita dekat sluar atau baju....semestinya malu...sbb darah kotor kita dilihat orang....

kenapa tembus berlaku......mungkin cara pakai tidak betul.,,mungkin bukan jenis pad yang ada gel....dan juga mungkin jenis pad yang tidak berapa baik..bukan niat aku untuk kata tidak baik..tapi mungkin tidak bersesuaian dengan diri kita....

dah alang-alang buat entri ini, aku ingin buat promosi sedikit tentang pad anion. Aku mmg pengguna pad anion ini. Memang lumrah perempuan akan ada masalah dengan haid mereka..termasukla aku. Di sebabkan itu, abah syorkan guna pad ni...aku kan jenis manusia yg suka dan selesa pada benda lama..jadi mustahil untuk aku terus pakai pad ni..mmg amik masa gak untuk aku pakai pad ni....yela takde kat kedai pun....kdg2 terfikir...betul ke pad ni????kalo xbetul..xkanla abah aku syorkan.....sebab betul dan dia nak anak dia sihatla dia syorkan...jadi aku ngalah..cube gak...

berbalik pada pad.....cuba korg tanya diri korg balik?

- darah korg jenis banyak ke tidak? untuk hari pertama hingga ketiga...
- berapa byk pad yg korg pakai untuk satu hari..?adakah lebih dari 4 keping..
- sekali pakai pad perlu pakai 2 keping skali..sbbnya takut tembus dekat seluar nnt...
- kalau tidur malam, pernah tak tertembus dekat tilam atau cadar?
- susah nak bersihkan pad anda? tidak hancur?gel nya macam ada masalah je...
- pernah mengalami kegatalan? pernah mengalami keputihan?
- berbau masa period?mest malu mase nak naik tangga..sbb org bawah mest bau nnt...

aku pasti ramai yang mengalami masalah seperti di atas...

yg paling aku takut..jangkitan faraj yang boleh membawa kepada kanser pangkal rahim ....

gler ar....aku tak kawin lg...kene jage betul2 ni....tp tula...kadang aku pun xsedar ...apa yg aku pakai sblm ni betul ke x...bila dah ada penyakit mcm ni baru rasa takut sgt2....mmg tak leh pandang remeh temeh...mengelak lebih baik dari merawat....kalau dah terkena kanser..nak menangis pun dah xleh...

jadinya sekarang aku mmg dah jatuh cinta dengan pad anion ini...sbb???? byk perubahan skang ni..kurang masalah tembus , kegatalan dan sebagainya...sbb penjagaan faraj perempuan sangat penting ...dan amat sensitif....kalau nak tau lebih detail...email aku..dilot_debest@yahoo.com...atau pergi ke website ni...http://dilotwardrobe.blogspot.com/search/label/Anion

dalam entri lepas...aku ade kate nak wat contest...ok...mmg nak wat.....tp lum de idea lagi..jadi aku wat yg kecik jela eh....soalannya mudah je...

berikan nama pad yg menjadi kesukaan aku sebelum aku guna pad anion ni...???.hehe...soalan ntah ape2 je kan..xtaula ada org jawab ke tak...

org pertama yg bg jawapan yang tepat dan betul..aku bagi hadiah....pad anion set percubaan....

kalo lelaki yg jawab betul..aku bg hadiah one drop perfume harga sama nilai dengan pad anion set percubaan....3 botol...

tapi kalau nak pad gak..boleh je..mane tau nak bg dekat awek ke....kebaikan harus dikongsi dengan orang lain......hehe..

.

Sunday, August 2, 2009

10%..50%...100%..150%..

apa die peratus tu....markah ujian??bukan...peratusan cinta anda sebenarnya...

sejak 2 menjak ni ramai kawan aku yg bercerite masalah mereka dekat aku....walau mcm2 masalah yg dieorg luahkan..puncanya hanya satu sahaja..

masalah CINTA...

hi..susah jugak mahu menolong mereka......

tp yang pasti pihak lelaki harus berhati2 bila ingin mendekati perempuan yang baru frust cinta...tidak semua nye akan betul2 mencintai diri anda...kenapa??

ada yang hanya ingin membalas dendam..ingin membuktikan yang dirinya pun masih laku untuk ada pakwe..hati-hati ya..ini bukan kata-kata kosong tp mmg betul2 berlaku...

dan ada yang ingin ada pakwe sebab jiwa kosong tiada peneman...tp hati bukan ikhlas untuk menerima cintanya...

mungkin ada yang ikhlas menerima anda tp hakikatnya..perlu diperiksa...disiasat dahulu dan difikir terlebih dahulu sebaik-baiknya sebelum menerima atau melamar seseorang.

kan aku slalu bg tau..manusia ini semuanya berbeza..tidak semua punya sifat yg sama...termasuk juga dalam soal cinta...

ada sesetgh perempuan, jatuh cinta terlebih dari yang sepatutnya..sanggup serah segalanya...duit...?mngkin ia..badan...lagila..agaknya kalau boleh bagi jantung letak dekat badan lelaki tu ..di bagi agaknya.....

sbb tu la terjadinya kes buang bayi..gugurkan kandungan....bunuh diri....sbb perut sudah semakin membesar...tp lelaki tidak mahu tanggungjawab,,,itu dah terlebih sayang..sayang yang tidak sepatutnya..sangat bahaya...bila sayang dan cinta sudah jejak ke angka 100%.,,,tidak mungkin ia akan berkurangan malah semakin bertambah...

dan ada jenis perempuan yang tak kesah...buat ape nak kat lelaki tu lagi...dah dia wat perangai mcm tu..tinggalkan jela...ala...lelaki bukan sorg je..melambak kat luar sana...yg penting poket berisi...

aku lebih suke mengajak member aku untuk membaca buku tentang . "hubungan yang berasaskan islam ..." kerana buku-buku seperti itu lebih membuatkan kita berfikir sebagai orang dewasa bukan hanya cinta di awangan yang indah sahaja...contohnya buku ..."Bagaikan khadijah Di Hati Rasulullah.."

syukur, nasihat aku di terima pakai oleh kawan-kawan aku...."betul cakap ko, bile kita baca, buku mcm ni, kita dapat berfikir dengan lebih baik, bukan lagi emosi yang menguasai diri,,kadang2 aku rase ape yg aku buat semua tu betul, tp skang baru aku tau sikap aku sendiri mcm mana..."

tapi bukan sahaja lelaki perlu berhati-hati dalam memilih soal pasangan, perempuan juga perlu berhati-hati.

kenape??

kerana ada lelaki yang berkawan dengan perempuan sebab 'sex' semata-mata...tidak boleh untuk berseorangan walau sehari....waaa...sangat bahaya dengan lelaki seperti ini....

tapi ini hanya segelintir sahaja...bukan semuanya ya....walaupun peratusan lelaki semakin berkurangan tp masih lagi ade lelaki yang berhati nurani ......

untung mereka yang dapat lelaki baik.....
"lelaki baik utk perempuan yang baik"...dan perempuan baik untuk lelaki yang baik"....

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops