Tuesday, October 27, 2009

Fakta Nombor Dilot

fakta atau auta...eh betul ke eja auta tu..haippp..aku rasa bm aku makin teruk la..

1) hantar mesej atau col seseorang - taip no atau search no/name seseorang

aku lebih suka taip no orang tu dari search...dalam kepala aku ni mmg aku boleh ingat sekurang-sekurang 30 nombor yang penting...kebarangkalian untuk aku tersalah hantar mesej, lebih kepada bila aku search no tu...kalau masukkan no, setakat ni rasanya tak pernah salah lg....kalau hs aku hilang kurang masalah sbb aku ingat no2 yang penting...hehe

agak-agak fakta atau auta...fakta arrrr....

2) spm add math aku A2 je..

sangat sedih..mane taknya mak aku seorang cikgu add math..pulak tu dah lama mengajar...kira 29 tahun pengalaman mengajar...27 tahun pengalaman tanda kertas add math spm..tp anaknya dapat A2 je..sob sob sob....

walaupun member2 aku ckp..eleh mak ko ada..senangla..balik rumah tak dapat..leh tanya mak ...hello...ko ingat senang ke....mak aku takkan ajar..die suruh aku buat sendiri smpi dapat tau...die bg rumus..pastu suruh ingat apa yang aku dah belajar dekat sekolah...jangan ingat mak dekat rumah, boleh asyik tanya je,.cuba belajar berdikari...uwaaa...

mungkin sebab tu...aku ni suka mencuba..takkan puas selagi tak dapat jawapan..aku akan cari sampai dapat..

agak-agak fakta atau auta...kompem fakta ....kehkehkeh...

3) tukang kira hutang

dari zaman sekolah sampai la dah kerja ni..balik2 aku orang yang kene kira..kalau share beli barang atau bayar atas satu bil..sebabnya..aku sorang je yang rajin nak kira dn nak peningkan kepala kira hutang2 tu..lagi satu..hehe..sebab aku cepat sikit main congak2 ni..sampai kawan aku cakap..ko ni mcm orang tua..macam mak aku..suka main congak2 je..cisss...

4) Buffered Earnings lg..yg ketiga....

syukur...syukur...buffered eaarnings untuk "CIMB Octo iPhone LR"...buffered earnings ni fakta ke??...eh fakta sbb ni buffered earning aku yg ke-3..hehe...

selalunya ada dekat bahagian tengah antara entri2 aku ni..bahagianLarge Rectangle la...atau boleh skrol ke bawah lg kalau tak jumpa..cuba korang klik kalau nak tau contest tu mcm mana.....apa motif aku suruh klik..hehe...

iklan tu sebenanrnya,,iphone contest,..oh giler mmg senang nak menang hadiah tu..ni aku cpy paste jela eh...

We’re giving away a brand new iPhone 3GS every week for 4 consecutive weeks starting from
23 October 2009 till 19 November 2009.

Here’s how it works.

All you need to do is perform these transactions via CIMB Clicks during the campaign period

ni fakta atau auta...fakta ar,,mana ada auta..

ps: dahla aku nak sambung baca buku..fokus fokus fokus.....tangguh lg jelajah blog orang lain...

Sunday, October 25, 2009

template hitam,biru,putih

makin nak exam..makin tangan aku gatal edit dan cuba buat template baru...mmm...

yg mana ok...yg aku baru buat ni ke atau yg aku guna sekarang.....aku ingat , kalau aku dh tukar ke domain sendiri....aku nak design template aku sendiri..bile tu tak tau lgla...=)...rancangan je...tapi arap-arap template tu xberatkan page aku....tp kalau guna hosting...simpan imej dalam hosting sendirila..yg dulu loading lambat sbb aku simpan dekat tmpt lain..image shack...


view


hari ni masalah recent comment aku selesai......amin..ilang satu mslh aku....maybe coding recent comment yg aku gune dari page ni..http://blogger-templates.blogspot.com .ak sesuai..jadi aku cuba guna dari page ni..http://www.bloggerbuster.com

ps...dilot silala baca buku ye...

pss: kalo rajin komen template tu..simple sgt ke atau loading lmbt ke..

Panduan Percuma Nuffnang – Jana Trafik & Wang dr reze

aku rasa info yg baru aku dapat ni mungkin berguna pada mereka2 yang masih tercari2 lagi cara-cara nak naikkan nuff masing-masing. Aku nak bagi cara tak leh sebab aku belum sampai tahap yang boleh bagi cara aku sendiri. yela nuff yg aku cashout dulu2 pun baru rm 100++ je...

jadi aku bg info yg aku dapat dari blog orang lain..dan ia boleh dikongsi bersama2..sbb ia versi percuma...info ni aku dapat dari (www.hafreze.com). Sekarang reze dah berjaya dapat rm500 sebulan dari nuffnang tau....bawah ni bukti ia versi percuma..dan aku mmg ada bg tau dia yg aku nak letak dkt blog..
Laporan ini adalah versi percuma. Anda dibenarkan untuk mengedar laporan ini kepada rakan-rakan atau mereka yang memerlukan informasi mengenai Nuffnang dengan syarat anda tidak mengubah isi kandungan laporan ini. sebiji sebulat aku letak..

yg bagusnya info dari hafreze ni...
tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti meninggalkan komen di blog (Spam) atau forum, 100% enjin carian...enjin carian sahaja ok..
bagi siapa2 yang selalu tinggalkan i follow u, u follow i, atau newbie atau seangkatan dengannya..bolehla cuba cara hafreze ni...mungkin boleh membantu korang..

Dalam laporan ini ada 4 langkah yang boleh kita ambil

Pertama:
Apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu?
Notis : Saya(reze) sarankan kepada anda agar setiap blog hanya letakkan 2 sahaja format iklan Nuffnang iaitu Leaderboard & Large Rectangle. Jangan letak format iklan yang sama lebih 2 kali dalam satu page kerana anda akan mengurangkan CTR (Click-Through-Rate)...sebiji sebulat gak...=) yg penting tmpt nuffnang tu mesti clear...
Kedua:
Pilih Niche Pasaran Yang Bersesuaian
Nuffnang hanya mengambil kira trafik yang datang daripada Malaysia sahaja, maka kita perlu melakukan kajian pasaran yang sesuai untuk dengan taste rakyat Malaysia. Guna keyword yang boleh tarik trafik supaya singgah ke blog masing2..tp yg penting JANGAN BUAT BLOG PERIBADI!...sebiji sebulat gak...=) mungkin maksud reze jangan buat blog peribadi tu, bila blog tu terlalu fokus tentang hubungan cinta kita dgn bf kita..tp tu terpulang pada masing2la..kalau mmg nak buat blog peribadi sendiri, taknak dapat income dari nuff, xpayahla ikut sgt..tp kalau rasa nak buat duit sampingan, mungkin boleh ikut cara reze ni...tp keyword tu janganla yg lucah2...tak baik..sbb aku rasa nuff ni slh satu punca kite cr rezeki gak..jadi biarla ia dari perkare yg baik2..
Ketiga:
Optimasi Blog Anda Agar Search Engine Friendly
Mengoptimasikan blog agar lebih senang dicapai oleh enjin carian seperti Google & Yahoo.Berikut adalah plugin-plugin yang Saya(reze) pakai untuk optimasi enjin carian : All In One SEO Pack, Google XML Sitemap, Smart Update Pinger, SEO Smart Links..sebiji sebulat gak...=) yg ni aku tak buat...sbb aku nya blogspot..=)...ada sesape2 dah letak ni..mungkin boleh letak info ni dekat blog korg..untuk dikongsi..
Keempat:
Langkah Keempat: Gunakan Fungsi Innit & Widget Nuffnang Exchange
Kedua-dua servis ini sememangnya di khas untuk ahli Glitterati sahaja. Innit & widget Nuffnang Exchange dibina untuk blogger-blogger Malaysia mendapat trafik daripada pembaca-pembaca tempatan...sebiji sebulat gak...=)

tapi kalau nak tau maklumat yang lebih detail, lebih baik pergi ke blog reze, sebab dia yang buat laporan ni..www.hafreze.com. sebab ebook tu hak cipta dari reze sendiri...aku hanya berkongsi maklumat dengan korg semua...

dan lg satu...aku dapat maklumat ni dari khai
lepas kita update blog kita...pergila ping blog kita tu..
tujuan ping?memberitahu semua jenis search engine supaya cepat hantar tentera spider dia tu ke blog korang.

nak ping dekat mana?? sini..pingmyblog atau pingler

semaknya "rumah" aku ni

pagi td aku gi ziarah rumah arwah2 atuk aku..arwah atuk2 sedara aku...dan pakcik aku skali....semua dalam satu kawasan je...ada yg bersih..ada yg kemas...ada yg cantik je kawasan tu...mmg sedap mata memandang....

tapi ada gak yang aku rasa, rumah tu tak pernah diziarahi oleh sesiapa....sedih je aku rasa...terlalu semak samun ..rumput2 mmg dah tutup batu nisan...padahal kubur baru gak..bukan kubur2 zaman2 dulu...atau orang panggil kubur pedagang..atau kubur orang2 yang selalu merantau....

kawasan mmg sunyila..dah namanya kuburkan....jumlah bilangan orang mmg boleh dibilang...
yang mana kerap datang, mungkin rumah dieorg dekat2 situ je...jadi bolehla datang sekali sekala untuk bersihkan kawasan kubur arwah keluarga masing2...

tp yang mana jauh tu..mmg susah la....mungkin waris yang tinggal, dah berpindah ke negeri lain..jadi bila waktu cuti panjang jela baru dapat ziarah...tp tak silap aku, kalau ikut sunnah seeloknya amalkan menziarahi kubur...
ni petikan yang aku amik dari...Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Amalan ziarah kubur ini perlu dikekalkan kerana ia sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana dapat menghidupkan hubungan antara orang yang hidup dengan orang yang telah mati
nak tau info lebih lanjut...pergi dekat..Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri sembilan atau KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGERI BRUNEI DARUL SALAM.. ...ni aku search dekat internet je...=)

ps: apa kata budak2 universiti ke..kolej ke atau budak2 sekolah ke....digalakkan lagi untuk bersihkan kawasan kubur....berfaedah gak ni..selain gi ziarah rumah orang-orang tua...yela mereka yang jaga kubur ni tak la ramai mana..pulak tu kawasan kubur terlalu besar...tak terjaga dieorg ni semua walaupun ada keluarga yang harapkan penjaga kubur untuk bersihkan kawasan kubur....

pss: aku dah klik nuff orang lain...perlu ke bg tau..haha...untuk peringatan aku sendiri gak...aku ni mudah lupa...

Saturday, October 24, 2009

nak bg komen ke tak

"u follow i, i follow u balik", paksaan komen, pasal copycat, dan suruh klik iklan nuff.

mmg rata-rata yang buat entri pasal ni mesti tidak puas hati dengan blogger lain. ada yang tersangat marah, ada yg beremosi sikit je..dan ada hanya yg beri teguran..teguran mengingati antara satu sama lain...yg ni paling penting..sebab manusia ni kadang2 lupa..jangan cakap orang lainla..aku sendiri pelupa....lagila bile time tak cukup tidur dan banyak kerja..

mungkin dalam entri ni, aku nak ulas sikit tentang paksaan komen atau yg berkaitan dengan komen..

dulu mmg aku pernah seronok bila org bagi komen kat aku...seronok sebab sekurang2 ada gak org bace blog aku...yela baru nak menapak dalam dunia blogging ni....tp itu dulu..itupun sebab nak tau dunia aku dalam bidang blogging ni mcm mana....boleh ke aku masuk atau aku sekadar mencuba sesuatu yang baru je...tp bila aku dapat komen2 yg positif ( teguran atau pujian), mestilah aku nak baiki blog dan cara aku...

mungkin aku agak lambat berbanding dengan blogger lain....sebab aku amik masa setengah tahun untuk terus aktif dalam dunia blogging ni.. tp dengan komen tula aku rasa aku perlukan perubahan..bak kata megat

Berbaloi atau tidak ia, setiap apa yang kita lakukan perlu ada bedah siasat (post motem) untuk mengetahui keberkesanannya. Kalau tidak kita tidak akan sampai kemana-mana.
see?? bile kita dah baca komen2 yg dah diberikan..tak kira dari segi pendapat atau cadangan baru, atau terguran, perlula buat post motem..kaji balik perihal blog kita ni mcm mana...

sebab tula komen boleh beri impak pada blogger....tp tgk pada niat seseorang tula...kalau sekadar nak naikkan rakan followers..pastu hilang terus..baik xyah...

tak percaya? cube baca entri yg berunsur2 berdebat atau info yang berkaitan dengan umum..aku amik cth blog aku sendirila..tajuk pasal lelaki..lelaki-cair-dgn-air-mata-perempuan sebab aku kan perempuan..nak gak tau pandangan dari lelaki sbrnya mcm mana...

tak semestinya pendapat, cadangan dan idea kita tu semua betul...yela, setiap orang kan mempunyai pandangan yg berbeza....tapi kalau tak leh terima pendapat org lain, baik tutup blog...hehe...

mungkin gak ada antara komen tu yang cecah sampai 30 ke atas..dan bila kita tgk, komen2 tu sebenarnya adalah komen dari orang sama....apa susah...fikir dari segi positif,.mungkin org tu ada idea lain atau niat sebenar yg hendak disampaikan...hehe..=)

bagai jual anak dengan hantaran

masa waktu aku tunang dulu...duit hantaran menjadi persoalan dalam saudara mara aku...kenapa ia perlu dijadikan soalan sedangkan mak abah aku sendiri tidak terlalu mempersoalkan wang hantaran tu. yang penting majlis dapat dijalankan dengan baik antara kedua belah pihak. dan 2-2 pihak setuju.

ni la masalahnya bila belajar terlebih sikit, pendidikan yang ada, digunakan untuk letakkan hantaran setinggi yang mungkin. jawapan yang aku kerap dengar.
eh ko kan ada master, mana boleh letak murah-murah sangat. tak sama dengan pendidikan yang ko ada. sedangkan makcik sebelah anak dia kerja kilang pun dia letak rm 15 k. ko lgla ada master. kalo makcik la kan....mmg tak xbg hantaran murah2 ni...ingat anak aku ni apa...nak murah2...


ye makcik... habis yang diletak tinggi tu bukan ke macam jual anak..kire mcm jual barangla..ada jenama, makin tinggi harganya..ish ish...memangla diakui duit dikira amat penting sekarang ni. ada duit boleh beli barang, xde duit nak beli barang pun xdapat. last2 semua makan maggie je nnt...eh skang aku tgh makan magi tau..sedap..hehe...

tapi biasanya wang hantaran yg diminta tinggi sebab nak buat majlis semewah yang boleh. baik xyah makcik...bukan ke membazir namanya,,,kalau mampu tu xpe, lain cerite, mungkin tu anak tunggal keluarga tu ke atau anak perempuan tunggal ke, yela majlis hanya sekali seumur hidup, memang hak keluarga tu untuk buat majlis mengikut kemampuan dieorg..tapi andaikata kita tak mampu, buat apa nak buat majlis besar-besar macam dieorg nanti. makcik nak tolong support sikit ke nanti...mesti makcik xnak supportnya..jadi kita buatla yang mana kita mampu eh makcik.

itu xpe lagi makcik, andaikata dah buat majlis besaran, lepas tu duit dah banyak dihabiskan pada majlis tu, jadi lepas tu nak makan apa makcik, nampaknye lepas ni, hari-hari saya bagi suami saya makan magie atau roti je..sebab duit simpanan dah susut..tapi kalau makcik yang bayarkan makanan kiteorang tak pe gak..saya ok je makcik..boleh? aha..terkedu makcik dibuatnya...

teringat pesan sorang kawan aku..nanti majlis ko buat sederhana jela...bukan nak hasut ko atau ape..cuma aku dah lalui tu semua. ikut kata orang lain, akhirnya kepas kahwin kiterog yang merana. bukan dieorg tolong pun. cakap yela senang. tp sekarang nak beli susu anak pun kadang2 susah sebab duit simpanan kiteorg mmg dah susut habis..kire kais pagi makan pagi kais petang makan petang. dah la duduk kawasan bandar.tau jela kan harga barang semua mcm mana.

jadi masa ko kahwin buat yang biasa2 je.pedulikan apa orang cakap. yang penting kita tak mendatangkan masalah. kalau fikirkan ape sangat orang cakap, mmg tak kan habis. lepas tu, pegi buat pinjaman peribadi lak. sebab nak ikut cakap orang lain, kalau bank betul xpe. kalau pegi dekat along mcm mana. tak terjerat sampai mati. sedangkan dengan pihak bank pun kite dah semput nak bayar. tu belum tau lg, rezeki pekerjaan kita mcm mana, andaikata baik, syukur, boleh gak hidup, tapi kalau belum dapat rezeki baik, boleh mendatangkan masalah. jadi nanti tak pasal-pasal bergaduh lak kita dengan suami kita, pastu mulala keluar ungkit mengungkit.


memangla elok sebab kita fikirkan masa depan anak kita, sekurang-kurang terjaga anak kita nanti, ada harta, hidup senang, tapi tu semua kan membazir, baik-baik pihak lelaki boleh beli rumah yang selesa untuk anak dia nanti, tapi terbalik jadinya. Nanti kami tinggal bawah jambatan boleh tak makcik.??..terlopong mulut makcik....

Pendidikan setinggi mana pun, bukan sepatutnya ia dijadikan tajuk utama dalam meletakkan soal hantaran, yang penting mesti ada akhlak dan ilmu yang akan digunakan pakai dalam kehidupan baru nanti.

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops