Saturday, October 24, 2009

bagai jual anak dengan hantaran

masa waktu aku tunang dulu...duit hantaran menjadi persoalan dalam saudara mara aku...kenapa ia perlu dijadikan soalan sedangkan mak abah aku sendiri tidak terlalu mempersoalkan wang hantaran tu. yang penting majlis dapat dijalankan dengan baik antara kedua belah pihak. dan 2-2 pihak setuju.

ni la masalahnya bila belajar terlebih sikit, pendidikan yang ada, digunakan untuk letakkan hantaran setinggi yang mungkin. jawapan yang aku kerap dengar.
eh ko kan ada master, mana boleh letak murah-murah sangat. tak sama dengan pendidikan yang ko ada. sedangkan makcik sebelah anak dia kerja kilang pun dia letak rm 15 k. ko lgla ada master. kalo makcik la kan....mmg tak xbg hantaran murah2 ni...ingat anak aku ni apa...nak murah2...


ye makcik... habis yang diletak tinggi tu bukan ke macam jual anak..kire mcm jual barangla..ada jenama, makin tinggi harganya..ish ish...memangla diakui duit dikira amat penting sekarang ni. ada duit boleh beli barang, xde duit nak beli barang pun xdapat. last2 semua makan maggie je nnt...eh skang aku tgh makan magi tau..sedap..hehe...

tapi biasanya wang hantaran yg diminta tinggi sebab nak buat majlis semewah yang boleh. baik xyah makcik...bukan ke membazir namanya,,,kalau mampu tu xpe, lain cerite, mungkin tu anak tunggal keluarga tu ke atau anak perempuan tunggal ke, yela majlis hanya sekali seumur hidup, memang hak keluarga tu untuk buat majlis mengikut kemampuan dieorg..tapi andaikata kita tak mampu, buat apa nak buat majlis besar-besar macam dieorg nanti. makcik nak tolong support sikit ke nanti...mesti makcik xnak supportnya..jadi kita buatla yang mana kita mampu eh makcik.

itu xpe lagi makcik, andaikata dah buat majlis besaran, lepas tu duit dah banyak dihabiskan pada majlis tu, jadi lepas tu nak makan apa makcik, nampaknye lepas ni, hari-hari saya bagi suami saya makan magie atau roti je..sebab duit simpanan dah susut..tapi kalau makcik yang bayarkan makanan kiteorang tak pe gak..saya ok je makcik..boleh? aha..terkedu makcik dibuatnya...

teringat pesan sorang kawan aku..nanti majlis ko buat sederhana jela...bukan nak hasut ko atau ape..cuma aku dah lalui tu semua. ikut kata orang lain, akhirnya kepas kahwin kiterog yang merana. bukan dieorg tolong pun. cakap yela senang. tp sekarang nak beli susu anak pun kadang2 susah sebab duit simpanan kiteorg mmg dah susut habis..kire kais pagi makan pagi kais petang makan petang. dah la duduk kawasan bandar.tau jela kan harga barang semua mcm mana.

jadi masa ko kahwin buat yang biasa2 je.pedulikan apa orang cakap. yang penting kita tak mendatangkan masalah. kalau fikirkan ape sangat orang cakap, mmg tak kan habis. lepas tu, pegi buat pinjaman peribadi lak. sebab nak ikut cakap orang lain, kalau bank betul xpe. kalau pegi dekat along mcm mana. tak terjerat sampai mati. sedangkan dengan pihak bank pun kite dah semput nak bayar. tu belum tau lg, rezeki pekerjaan kita mcm mana, andaikata baik, syukur, boleh gak hidup, tapi kalau belum dapat rezeki baik, boleh mendatangkan masalah. jadi nanti tak pasal-pasal bergaduh lak kita dengan suami kita, pastu mulala keluar ungkit mengungkit.


memangla elok sebab kita fikirkan masa depan anak kita, sekurang-kurang terjaga anak kita nanti, ada harta, hidup senang, tapi tu semua kan membazir, baik-baik pihak lelaki boleh beli rumah yang selesa untuk anak dia nanti, tapi terbalik jadinya. Nanti kami tinggal bawah jambatan boleh tak makcik.??..terlopong mulut makcik....

Pendidikan setinggi mana pun, bukan sepatutnya ia dijadikan tajuk utama dalam meletakkan soal hantaran, yang penting mesti ada akhlak dan ilmu yang akan digunakan pakai dalam kehidupan baru nanti.

21 comments:

  1. bukn jual anak bh tu tp ada lain g nak bduat ngan duit.
    erm..kalo trlmpau mhl tu memg la mencekik plak.heheh

    ReplyDelete
  2. ayin~~
    mmg btul tu ayin..bukan jual anak, sebab banyak nak dibuat dengan duit tu..untuk makanan, canopy lg, dll, tp meletakkan hantaran tinggi mengikut pendidikan seseorang, rasa memang tidak patut..alasan...'ko ada master, mana boleh bawah rm14k. paling kurang rm15k'..sebab nak menunjuk2 dengan org lain.. dah silap cara mcm tu...

    ReplyDelete
  3. mana post kak jie yg berjela2 tadi?

    erk..

    nk taip apa skrg ni dah blur

    ReplyDelete
  4. kak jie~~
    lor..sabau jela kak jie ni...

    nak gak dengar komen dari kak jie..sbb akak kan dah berkeluarga...ni hanya pandangan dr orang yg belum mendirikan rumah tangga....yela pandangan dengan org yg pernah berkeluarga dengan belum kadang2 lain...

    ReplyDelete
  5. Hi Dilot,
    Memang selalu mcm tuelah yg LOL dengar.
    Hantaran diletakkan berdasarkan pendidikan.
    Kalau dulu2 xdelah pulak isu nie..

    Jangan fikir ckp org ar..
    Yg penting bahagia.
    Hehe..

    ReplyDelete
  6. betul la dilot..buat ape nak letak hantaran tinggi2 tapi lepas tu kita yg menanggung hutang.. buat sederhana setakat yg kita mampu sudah.. janji kita sbgai pengantin ni puas hati.. nk puas kn hati tetamu?? jawabnya wedding of the year lah majlisnya..lepas tu ddk mkn pasir..

    nice post.

    ReplyDelete
  7. takyahla dengar mulut org dilot
    stick dengan keputusan ko.
    letak tinggi2 pun menyusahkan si lelaki tu.die akan cari jugak sampai dpt walau sampai bhutang bank kalau dah desperate nak kawen..
    so pompuan bangge ke nanti husben kene cari ngan bank lepas buat majlis besar grand2 n dapat hantaran tinggi?

    ReplyDelete
  8. Yup,betul tu.Skang ni kesian kat lelaki bila nak kawin.

    Anyway,nang ur entry and click ur nuff ads.

    Nang me too if u like it :

    http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138691

    http://innit.nuffnang.com/view.php?id=139083

    ReplyDelete
  9. impikan wedding yang sederhana, meriah, dan memorable..

    eh, pehal verangan plak nih??
    ish3~

    ReplyDelete
  10. betul2..
    letak hantaran tinggi2 tu just nak menunjuk kt org kg je..
    huhuhu..x ptt la..lebih elok bersederhana dlm berbelanja..bukan perempuan tu xda nilai..cuma..kena fikir kedepan juga

    ReplyDelete
  11. punca orang islam sudah jauh tersasar dari landasan sebenar dan mengapa gejala sosial semakin menular.

    sikap suka menunjuk dan tidak prihatin menjaga hati orang lain serta menjaga nilai murni menjadi punca utama.

    ReplyDelete
  12. fuiyoh template baru, nmpk sgt dh lama aku tak masuk sini.

    kdg2 parents ni nk bermegah2 ja lebih -__-"

    ReplyDelete
  13. letak tinggi2 kawen lmbt la nnt kot.. laki tu nak kena kumpul duit dulu.. tu pun dah mkn bape tahun..

    ReplyDelete
  14. betol la tuh kan....
    yg penting kehidupan selepas kahwin tu nti....
    huhuhuhuhuhu... ape la pemikiran org skrg...

    ReplyDelete
  15. selalu betul dgr org letak hantaran ikut taraf pendidikan....patotla kalo pompuan tu dh pangkat profesor tapi xkawin2 gak sbb lelaki takot nk ngorat...takot kene hantaran yg tinggi2...huhuh

    ReplyDelete
  16. oranglidi, ro, naqiubex~~
    thanks...

    aku tau sbb aku kira entri ni aku sokong korg gakkan,,lelaki..sbb tak perlu kuar modal banyak2 untuk kahwin,..betul x,..haha...

    ReplyDelete
  17. LOL~
    tu la psl..org dulu2 ok je..siap buat simple2 je..kekal lak tu..kurang masalah..ni sbb zaman sekarang dah lebih pada nak berlumba2 dengan menunjuk..tu yg konsep utama dah lari sbrnya,,,cisss..

    tula..ikut fmly jela..nasib baik keluarga dilot mmg ok je..cume sesetgh makcikla...main perli2 lak....

    ReplyDelete

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops