Friday, July 31, 2009

jangan lakukannya

halu semua

entri kali ni dikhususkan untuk lelaki...adakah aku ni anti lelaki....

no no no..semestinya aku bukan anti lelaki..tp ade beberapa sikap lelaki yg aku rase tak wajar kalau dieorg buat, lgla bile berada di tmpt awam...yg ramai manusia...

1) suka meludah sembarangan

yg ni paling aku tak tahan..sbb tu berada di no 1.....sangat tidak sopan...kenape mesti meludah merata tempat...

2) merokok di tmpt awam..


kerap aku perhatikan, lelaki akan merokok selepas makan. mungkin ada antara mereka yang tak tahu, asap rokok sbnrnye boleh membantutkan selera makan seseorang...

3) bawa kereta perlahan di lorong tengah

jalan raya dijadikan tmpt untuk berdua-duan sambil berbual-bual dan bermesra. xpaham gak???aku pendekkan cerite.."tolong jangan dating atas jalan raya, pastu bw kereta mcm kura-kura..pastu duduk dekat line tgh.."

Thursday, July 30, 2009

Denaihati: Contest Weblog Popular 1Malaysia


halu semua,

entri aku kali ini nak sebarkan tentang contest yang dilakukan oleh denaihati...

tak rugi untuk mencuba...

sangat lumayan ok. ape kate join contest yg ini.

contest ni menawarkan hadiah lebih dari RM5,000 ringgit.

Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia aku perlukan bantuan teman-teman. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu aku mencari Weblog Popular 1Malaysia.

HADIAH

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.



Nak kenal sponsors hebat kontes ini? Ok, introducing ...
SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL. ....
Terima kasih kepada sponsor yang hebat ini

aku tau contest ni dari blog justkhai....

aku rase aku xlayak nak join..sbb xglamer kan...tp denai cakap "weblog popular 1Malaysia: You are welcome to join the contest...closing date 30/9/09..."..cube jela kan.....belum cube belum tau ...tebalkan jela muke, walaupun xglamer..hehe...

agak sukar jugak la untuk aku buat pilihan , blog mana yang sangat sesuai untuk dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia. fikir punya fikir, telek punya telek, aku rase blog yang aku nak syorkan...ialah http://www.luthtextile.com/....

blog ni ada sertakan tutorial photoshop. bagi yang baru nak menceburi atau belajar mengenai photoshop boleh berkunjung ke blog luthtextile. tutorial yang diletak lebih banyak dari tutorial photoshop di blog dilot.

macam-macam boleh dilakukan dengan photoshop, jadi tidak rugi jika kita belajarnya..macam-macam ada...nak lukis komik pun boleh. nak edit gambar, nak buat TM kartun kita pun boleh..macam-macamla..


Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.

Syarat-syarat


1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.
2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://azizwan.com.
4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.
7. Peserta wajib subscribe blog ini melalui email dan diaktifkan.
8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.
10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

"SEBARKAN BERITA CONTEST INI KESULURUH PELUSUK MALAYSIA UNTUK MEMENANGI HADIAH YANG TELAH DISEDIAKAN...SELAMAT MAJU JAYA"

Wednesday, July 29, 2009

kenapa susah nak tido

Halu semua...

pernah tak tido satu ari...satu ari???gler ar...aku rase tak dapat tido satu ari,,mcm satu penyeksaan...sbb tido tu kan satu nikmat...:D...

tp rasenye mase zaman belajar, mmg ramai dah jadi burung hantu atau temankan burung hantu pada waktu malam..hebat seyh teman burung hantu tu...bukan calang2 org...kalu nak dekat dgn burung merpati..aka..jinak2 merpati tu rasenye biasela dgr...tp aku bukan nak sentuh pasal jinak merpati..sbb dah sah2 aku ni perempuan..jinak2 merpati lebih kepada lelaki nak pikat perempuan..

ape?xpernah tido lambat??kaki tido la ni..hehe...

kebiasaannya masa zaman belajar:-


pelajar lebih suke baca buku pada waktu malam...sbb tenang dan tiada gangguan...,

berebut masa nak siapkan tugasan yela besok dh kene hantar..malam ni la baru nak bertungkus lumus,,,,

borak2 dengan member,

atau main game


kenape aku wujudkan entri ini...sbbnya malam semalam aku xleh tido. golek kanan golek kiri. tp xleh lelap jugak. pukul 5 br leh lelap. pastu pukul 6.30 dah bangun. akibatnya gi kelas..pastu masuk keje, mata aku dah juling2.

nak kate skang aku borak2 dgn membe mcm zaman degree, amatla mustahilkan, sbb sah-sah aku duk umah. nak borak dgn sape. dgn kucing2 aku tu??...kompem kucing aku mest nak keluar...tak sanggup borak dengan aku...betul ke tuan aku ni...@$#@$~@#!$

jadi maknenye salah la anggapan aku td..

mungkin sbb

aku dah terlebih waktu untuk tido..cthnye.. waktu yg biase aku tido pukul 12,00 am,,tp kul 3 aku xtdo lg...jadi mate dah jadi segar,,

atau haaa..mesti korg ada minum nescafe mlm td ni. kemungkinan ye kemungkinan tidak. sbb kalu yg dah selalu minum, dah tak de maknenye nescafe tu, kalu nak tido, kompem tido je..letak kepala..terus ZzZz.....

mungkin tengah ada masalah. bile ada masalah, otak kite sentiasa berfungsi, dan tak rehat. walaupun tgh baring tp kepala asyik berfikir, mcm mane nak tido,,,br nak lelap dah keluar mcm2 soalan dalam kepale otak..mmg la susah nak tido...

tp kalau tgh dilamun cinta, xmungkin nak tido lmbt...ye hati tgh sng...ntah2 pukul 9 pm dh nak tido..sbb nak mimpikan si buah hati...dapat dating dalam mimpi pun jadila..dapat gak tgk muke die...sape tu..aku la tu...hehe,,,tp chop!!!..tu dulu eh..skang dah masuk fasa tunang, xdela sgt cintan smpi mcm tu..

atau tengah khusyuk bace blog membe....mungkin jugak ye..tgk entri org,,,bace2..gelak2...pastu tgk jam..alamak dah pukul 5 pagila...nak tido apenye...kalau tido kompemla terlajak bangunkan..kecuali korg de tukang kejut....

terjumpe hantu..atau dengar bunyi menakutkan..logik ke ni...kalau aku dgr bunyi semacam je...terus aku selubung habes satu badan. tutup telinga...nyanyi dalam hati ntah lagu ape2 yg keluar,,eh silap..mane leh nyanyi..kalau nyanyi kompemla nnt die ikut nyanyi gak..bacela surah ke..zikir ke...pastu tup tup dah terlelap..pastu sedar2 dah pukul 6.30..am

ok...dah abes dah alasan2 yg aku bg....mcm2 aku fikir arini tau..cian kat aku xleh tido...pdhal..nak tepek kat blog...cian korg kene bace entri merepek aku ni...

Tuesday, July 28, 2009

dirotan dan ditampar.

semalam dalam kereta aku curi2 dengar perbualan antara mak aku dan kakak aku...nak curi2 apenye..dah sah2 dalam satu kereta kan..kalu aku xdengar tu mmg kene korek telinga la jawabnye...:D

masing2 bercerite tentang masalah sekolah.macam aku jugak. sering bercerite masalah aku dengan family. sekadar berkongsi cerite, andai terjadi sesuatu, yg pasti family dah tau cerite sebenar.

berbalik soal masalah sekolah. sering kali aku dengar yang ibu bapa menyerang sekolah.

dan yg paling tidak masuk akal, guru dipersalahkan. ahh..aku rasa kesian dengan guru-guru, mereka niat untuk mengajar anak-anak mereka dengan baik tapi lain pula yang mereka dapat.

guru dipersalahkan.

kadangkala aku rasa seperti tidak adil, bila anak murid melanggar peraturan, ponteng sekolah, buli pelajar lain, tidak buat latihan yang telah diberikan, guru menegur tapi ibu bapa salahkan guru pula. aiiisshhh...



diberi kerja rumah pun menjadi satu kesalahan.

"kenapa beri anak saya kerja sekolah banyak". alasan yang diberikan ialah tuisyen. anak saya takde masa nnt nak wat kerja sekolah. kene tuisyen lagi, kerja die banyak. manakah yang wajib. sekolah atau tuisyen.? yang wajib sudah diketepikan malah yang tidak wajib sudah menjadi keutamaan. alahai...

teringat aku di zaman sekolah. pernah guru matematik di sekolah aku baling buku aku ke luar kelas..perghhh..sekali tgk mcm buku jadi superman...2 kali tgk buku dah hampir koyak rabak...sbbnya dulu aku ni malas belajar dan tidak siapkan kerja sekolah tu dah jadi mcm biase..hehe..biasela tu....

guru aku tu mmg amat terkenal di sekolah...sbbnya...terlalu garang la...kalau nak femes....silala garang ye....:D... bila ada buku yang melayang pasti murid-murid lain akan takut pastu kelam kabutla nak siapkan tugasan masing-masing. sebabnya buku dah jadi superman.berterbangan.

baik ke sikap guru yg mcm tu?

mmg tidak baik. sebab bukukan ilmu. tidak baik dicampak malah dibaling sampai jatuh ke tingkat bawah. tapi kadangkala ada baiknya. memberi peringatan kepada pelajar. lain kali siapkan kerje. jangan sesekali malas. hasilnya. ramai meminati subjek itu. dan keputusan sentiasa baik. dan buku dijaga sebaik mungkin. supaya tidak melayang lagi.

bayangkan kalu cikgu aku tidak buat seperti itu sudah tentu pelajar-pelajarnya akan terus leka dan tidak belajar bersungguh. dan pastinya aku tidak mahir dalam bab pengiraan. sekarang mmg aku suke gler dengan matematik. kira pun main congak2 je. main congak2 je??mcm owang tua la pulak aku rase..sbb budak2 sekarang kira gune kalkulator je..

tapi sekarang. guru menegur tentang sikap pelajar pun sudah seperti menjadi satu kesalahan yang amat besar. kerana menyibuk dengan masalah orang lain. niat membantu sudah disalahertikan menjadi menyibuk. alahai..kesian mak ngan kakak aku tau...

guru yang perlu dipersalahkan. atau pelajar terbabit. atau ibu bapa yang perlu dipersalahkan.?

tidak perlu menunding jari tapi kerjasama antara satu sama lain yang perlu dititikberatkan

Monday, July 27, 2009

satu keluarga

semalam aku jalan2 dengan family aku...yeah...tgk cite harry potter...jalan cite die ....xdela best sgt sbb xde lawan2 mcm dulu tp okla..

dan ditambah tak best...bile tgh seronok2 tgk movie..

1) org depan kite asyik lalu lalang je..
2) pastu dgr suare baby nangis...
3) suara budak menjerit2...mak lapa..mummy nak makan..ibu ngantukla...semuanyela...
4) hs sape ntah yang berbunyi...xtau ke makne silent tu ape..aiisshh..
5) budak2 wat cite sendiri kat belakang.....pastu berbual...

alahai..hilang seronok aku nak tgk movie..serius hilang mood..rasenye kalu aku tgk dvd lg baik..xde gangguan..mcm melayang je duit kakak aku belanje tgk wayang..nasib baik kakak aku yg belanje..hehe..kalu duit aku..lgla...dasar kedekut nak mati..:)

**********************************************************

malam gi makan2 lak..satu family..smbut besday mak aku...besday mak aku dah lepas. sbnrnye...18 Julai aritu..Puan Masniah Hosnan,,,,tp disebabkan adik aku br dapt cuti minggu ni, jadi kiteorg sambut besday mak lewat sminggu...

kali ni gi makan dekat KG. SG. DANGA.. bukan danga bay tau..tp dekat2 gakla dengan danga bay...

byk2 tmpt makan yang aku pernah pergi, yg ni paling best aku rase...aku bg 95%...paling tinggi markah yg aku pernah bagi...

nama restoran: damai seafood village
alamat: 50, Jalan Kassim Noor, Kampung Danga, 81200 Persisiran Perling, Johor Bahru
No telefon/Fax: 07-241 2076
Web : http://www.damaiseafood.com/

speciality: western food + seafood

lokasi : Kg Sungai Danga, Johor Bahru
cara-cara ke sane: lalu jambatan yg baru tu...amik laluan ke Taman Perling..pastu jumpa Perling Mall, susur keluar kiri...terus smpi jumpa traffic light ke-2...belok kiri lg..pastu cr sign board ke KG.SUNGAI DANGA..pastu cari sendiri...hehhe....aku xhengat sbnrnye...:)

makanan: sedap..semua sedap....rase pun ok...

air: air pun sedap..xmanis sangat..xtawar...ade rase,,,

harga: mmg berbaloi...rm 210 untuk chicken chop, fish and chip, lamb chop, nasi goreng kg utk 3 pinggan, nasi goreng biasa untuk 3 pinggan, sotong goreng butter, sayur mushroom soup, ikan untuk 2 jenis masakan, aiskrim goreng + air...untuk 7 orang...

suasana: damai gler..mmg sesuai la dengan nama restoran tu damai..nak makan pun senang hati sbb xde bunyi kereta2 lalu lalang..pulak tu kedudukan antara meja lain xla dekat sgt..jadi perbualan antara meja sebelah tak berape kedengaran sangat,..

service: cepat, tangkas, xde wat salah...pekerja2 kat situ semua berbudi bahasa...hidangan makanan pun smpi cepat.....

last sekali sblm bayar...setiap family aku mest teka berape harga makanan yg kiteorg makan arini......kali ni adik bongsu aku menang..die jawab hampir tepat...rm201...

Thursday, July 23, 2009

nama panggilan

rmi yang bertanye dengan aku..dilot...ape tu..kuih ke..binatang ke..makk aii smpi ke situ ..sabau jela...dilot tu de ciri-ciri kuih ke...aiishhh...aku cepuk kang...

dan de gak sblm2 ni yang ingat dilot ni lelaki...hehe...

cthnye "On Jul 23 Ro Zhaf Zeck commented on berusaha: “mula2 aku ingan nama dilot ni lelaki.terkejut ak tgk profail pompn" .....aku de ciri2 seorg lelaki ke...mungkin perangai ye kot..sbb aku bukan type lembut sgt...:D...maaf jika ada yg terasa perkataan lembut...

dilot ni sebenarnye seorang perempuan..PEREMPUAN ok..kasi highlight sket..hehe

pastu dari mane datangnye dilot tu...jatuh dr pokok ke...kedeeebbukkkk..kene kepale aku...mcm buah kelapa jatuh...pastu terus dapat dilot...pelik lak pulak rekaan aku tu...

bukan2...semuanye tu salah...ok diulangi..dilot tu name org ye..name glamer gitewww..bukan kuih ye..nnt tak pasal2 de lak org letak name baru bg kuih..kuih dilot..xpun kuih raye dilot..ohh tiidaakk!!!

selain dilot aku de name lain gak...

name penuh aku...nurul adilah...

mak aku panggil..dilah..kompem la kan..mak mmg biase panggil name kite...

abah aku panggil.."kudil"..tak pun "terkudil"...ntahla..dr mane dtgnye name tu pun aku xtau..mungkin sbb dulu aku kudut + kurus kot.....tp kdgkala jela..bile waktu abah aku bergurau dgn anak2...

kakak aku lak panggil aku dil...adik2 aku panggil kak-dil....mane dtgnye dil tu??dr DILah...sblm ni aku ingat nak gune nick dil dlm blogger ni...tp...dh de org gune....cik dill...

adi ngan di pun de gak....haii..mcm2 la....

dan kebanyakkan membe aku panggil dilot...mungkin sbb nak bezakan..yang mane satu dilah ni.....rmi sgt name dilah mase tu...nak letak name org lain dilot..mcm xsesuai..mungkin aku jek yg sesuai...jadi terus la melekat name aku dilot..

lgpun mase tu..ade gak kawan2 aku yg bertukar name...mcm name aku...

irda...iedot..die blogger gak...hanye tau dr membe..tp masih blum jumpe link die...
syida...syidot..yg ni sepupu aku sbrnye...tp satu sekolah
biha..bibot..die juga seorg blogger....
yati...yot...

dan terbaru name nickname aku ....ialah...lot...dr mane dtgnye lot tu..diLOT..kdg2 aku rase mcm org panggil aku lot 10..xpun tanah lot..xpun lot kedai....adoi..

tp xkesala..selagi name tu baik..xde cacat cela..tidak kutuk aku...aku terime je....yeah..sekurg2 itu name glamer aku...


p/s :dh seharian aku jelajah blog2 lain..tp masih de byk lg yg tertinggal...gler..mmg byk entri yg aku tertinggal...xpe2...aku masih teruskan membaca di blog2 org lain.....

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops