itulah yang berlaku kepada 6 orang remaja perempuan yang telah diperkosa oleh ayah sendiri..harapkan pagar, pagar makan padi. Perlindungan diminta tebuk yang diberi
Seseorang lelaki yang berbadan kecil dan berambut uban berusia dalam lingkungan 45 tahun dan mengaku sebagai ustaz melakukan perbuatan keji dan terkutuk dengan melakukan sumbang muhram terhadap 6 orang anak nya. Anak dan isteri sudah tidak dapat dibezakan lagi
Malah ustaz tersebut memiliki 10 orang isteri dan berjaya melahirkan anak seramai 66 orang...33 lelaki dan 33 perempuan..Kejadian yang memalukan ini berlaku di Singapura.
Zaman sekarang semua telah berubah, yg si isteri terlalu taksub dan hormat kepada suami dan sang suami terlalu megah dan angkuh dengan ilmu agama di dada sampai sanggup menggunakan ayat alquran untuk memuaskan nafsu sendiri.
Ilmu agama dipermainkan untuk mendapat kepentingan sendiri. Di mana letaknya akal yang diberi. Adakah kita sekadar menjadi pemerhati...
Bila nafsu mula menguasai diri..Alasan ringan semata-mata diberi .
"Mahu mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki."
Mahkamah memberitahu kejadian ini dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.
Anak-anak yg menjadi mangsanya berumur dalam lingkungan 12 higga 15 tahun.
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan
MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka.
Tanpa segan silu, bila si anak bersuara 'ayah sakit', maka si ayah pun berkata: ‘Kau tahan saja, sakit sekejap saja.’
Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.
Dia dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, dan berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak perempuannya.
Alasannya yang sama diperkukuhkan lagi dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki.
ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.
Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana ‘pengorbanan’ itu.
Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya.
Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka.
Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan dilakukan.
Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir menangis.
Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati.
Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya.
Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya.
Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar.
Sang isteri tidak membantah malah 'menghormati' sang suami kerana dia tokoh keluarga dan 'guru agama' mereka.
Dimanakah letaknya perlindungan dan pertolongan yang mereka harapkan sedangkan ibu bapa mereka sendiri yang memaksa mereka untuk melakukan perkara terkutuk.
Apakah fungsi kekeluargaan di zaman sekarang ini. Di mana letaknya tanggungjawab yang di amanahkan.
Renung-renungkan bersama dan jadikan iktibar sebelum malapetaka melanda kita semua