Saturday, August 8, 2009

UTUSAN PENGGUNA, JULAI 2002

entri ini adalah lanjutan dari entri aku yg lepas...

Membuat Tuala Wanita Sendiri dengan kain
Sesetgh wanita menyangka ini adalah primitif tetapi tuala wanita daripada kain muncul semula. Anda boleh membuat tuala wanita yang boleh digunakan semula yang selamat digunakan dengan menggunakan flanel kain kapas yang lembut daripada baju tidur lama. Potong 8 x 12 inci kain segi panjang dan letakkannya pada seluar dalam yang selesa.

FOKUS: ANCAMAN TOKSIN
TUALA WANITA ANCAMAN KESIHATAN DALAM DIAM

Ada yang bertanya..jadi nak pakai apa? apa yang sesuai..?
ni terpulang pada individu masing-masing, mahu menggunakan yang mana..cari bahan atau pad yang selamat digunakan..boleh cuba pakai kain yang dbuat sendiri atau guna tuala good morning (boleh dicuci dan diguna pakai semula) atau jenama tuala wanita lain yang rasa selamat digunakan...pad2 yang lain aku tak tau, tp sekarang ini aku mmg pakai pad ANION ..untuk menggantikan pad2 jenama terkenal yang dah dicemari toksin...atau mungkin boleh gunakan pad REFRESH atau pad HPA

Apakah alternatif lain? dipertik dari WANITA @BACARIA , 20 SEPTEMBER 2006

Walaupun tidak banyak dpasaran atau dikedai, adalah lebih baik wanita memilih tuala wanita yang diperbuat seratus-peratus daripada kapas yang tidak menjalani proses pemutihan atau pelunturan. Jika pun tuala wanita itu perlu mengalami proses pemutihan, pastikan pengilang menggunakan bahan kmia selamat bukan bahan kimia yang boleh menghasilkan dioksin.

Satu lagi ciri-ciri tuala wanita yang baik, ialah *keupayaan menyerap lembapan*klik....*video penyerapan*.klik..Lagi elok daya serapan, lagi baikla tuala wanita itu...cth penyerapan ...sila lihat video..
video

Tuala wanita yang menyerap lembapan dengan baik bukan sahaja menyelesakan wanita, malah boleh mengelak masalah jangkitan dan pertumbuhan fungus di celah kelengkang, ini boleh mengurangkan risiko jangkitan faraj, pundi kencing dan saluran pundi kencing akibat kelembapan berlebihan. Ia juga mengurangkan rasa gatal dan melecet..

*************************************************************8
Info yg aku dapat ini, dipetik pada tahun 2002. tapi kini sudah melonjak ke tahun 2009. bermakna sudah 7 tahun berlalu...tetapi masih ramai yg belum menyedari kesahihan nya..adakah ia benar atau tidak..Aku ingin berkongsi maklumat di sini.

Tahukah anda bahawa kebanyakan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan klorin yang mengandungi sisa organoklorin dan karsinogen yang diketahui-klorin. EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains . Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan pada uterus).

EPA juga telah merumuskan bahawa orang yang mengalamai pendedahan tinggi terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh melemahkan sistem imun, meningkatkan risiko penyakit radangan pelvik, mengurangkan kesuburan dan kemungkinan mengganggu perkembangan janin dan kanak-kanak. Dalam ujian di luar negara tuala wanita telah didapati mengandungi 400 gian per trilion (bpt) dioksin.
Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas.

Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada dos kecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin

Purata wanita menggunakan kira-kira 15 000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin, yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak, mungkin menjadi kumulatif dan membawa maut.

DIKELUARKAN DENGAN BANYAK BAHAN KIMIA

Untuk memebuat tuala wanita, gentian pulpa kayu pada mulanya direndam di dalam air di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan di masukkan pada peringkat ini. Pulpa itu kemudiannya di geser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya...

Sesetgh tuala wanita mengandungi rayon tambahan, yang juga berasal daripada kayu, untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan di dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet halus di dalam air berasid. Campuran itu kemudiannya membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang.

Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan kitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. Akibatnya sesetgh bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita

Bahan penambah juga digunakan untuk menambahkan sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid. Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menampakkan keputihan.

APA YANG ANDA BOLEH LIHAT

Itulah bahagin yang anda tidak boleh lihat. Tetapi bahagian luar tuala wanita yang anda boleh lihat itu sekalipun bukan semuanya asli.

Plastik bawah - untuk mencegah kebocoran - biasanya akan dibuat daripada polythene.

Fabrik yang menyalut tuala wanita - adalan bahan ringan yang seringkali merupakan polypropylene atau rayon.

Bahagian belakang mengandungi 1 atau 2 jalur pelekat yang diliputi dengan jalur kertas silikon.

Tuala wanita itu kemudiannya dibungkus di dalam beg plastik. Bungkusan itu sendiri mungkin dicetak dengan corak -sekali lagi proses bahan kimia

PENUH BAKTERIA

Tuala wanita juga boleh mengandungi bakteria kerana ia bukan produk yang dibasmi kuman. Pada 1987, ujian CAP ke atas beberapa jenama popular yang dijual di sini mendapati jumlah bakteria yang tinggi sehingga 11000 (lenih 10 kali ganda piawaian keselamatam antarabangsa). Ini boleh membawa kepada jangkita faraj di kalangan wanita yang menggunakan tuala wanita.

Produk kebersihan seperti tuala wanita juga boleh ditempatkan di pasaran tanpa terlebih dahulu membuktkan keselamatan atau keberkesanannya walaupun di negara-negara maju.

Di Kanada, misalnya 'depressor' lidah, pembalut luka dan flos gigi kesemuanya dianggap sebagai alat perubatan tetapi tidak tuala wanita. Wanita adalah sasaran mudah kerana mereka terikat dengan biologi untuk didatangi haid selama sekurg2 35 tahun.

Oleh itu adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternatif lain yang lebih selamat - seperti menggunakan kain atau menggunakan pad yang lebih selamat.
Kini terdapat pad2 jenama lain yang lebih selamat untuk menggantikan pad yang mengandungi toksin itu..





4 comments:

  1. huhu scary la pulak eh bc psl pad ni. tatau lak ade side effects.
    siap ade alternatif lain iaitu pakai kain. duss.. mcm impossible

    ReplyDelete
  2. hai la wanita.. susah utk menjadi wanita kan...? huuu~

    hmm.. teringat dulu2 mak pnah story,, pkai kain time period pastu men ting-ting,, tcicir2 la kain tu.. heeee~

    ReplyDelete
  3. tuala wanita buatan sendiri dan dijamin selamat oleh diri sendiri?

    boleh ke?

    bab tercicir tu.. eeeee!

    memang EEEEEEE!!!!!!

    ReplyDelete
  4. isk2.. tak sangka lak bleh buat sendri mende ni..

    ok gak tu.. jimat2.. hehe..

    ReplyDelete

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops