Wednesday, November 25, 2009

awek queen control, lelaki jadi dayus

awek queen control..? mesti sengsarakan bila setiap pergerakan dan perbuatan mesti kena report dulu dekat awek. kalau nak berjalan ke mana-mana pun kena beritahu dulu. sebulan dua perkenalan bolehla bertahan lagi..sayang la katakan, masih bunga-bunga cinta, tapi bila dah masuk ke angka setahun bunga-bunga api la jawabnya..

awal-awal percintaan, memangla semuanya indah belaka, boleh bertolak ansur, sopan santun la kononnya, tapi makin lama, semakin semuanya nak dikawal, baik dari perhubungan dengan orang lain sampai soal pemakaian, spentot pun nak dikawal.
u nak beli boxer ajak i, biar i pilih warna boxer u, sesuai tak...kiranya, kalau dah hitam kata dia, hitam la jawabnya, jangan memandai nak tukar.
antara punca berlakunya queen control ni disebabkan

1.) wujud perasaan terlalu sayang kan seseorang, sayang sampai separuh mati, kira dah masuk ke tahap 90% ke atas...biasanya bila dah terlebih sayang, memang macam-macam boleh jadi...

2) takut untuk kehilangannya pun salah satu punca yang teruk jugak..pastu mula rasa cemburu yang mendadak. Pantang ada kawan perempuan lain telefon, mulala tanya, "siapa yang call u ni". bila tak puas hati, siap call kawan perempuan tu untuk cari bukti lain lak.

3) mementingkan diri sendiri sebab rasa diri dah berjaya mendapatkannya. Kiranya lelaki tu adalah milik dia 100%. Pada pendapat queen control ni, pendapatan duit pasangan, adalah duitnya juga, jadi sang lelaki kenala bayarkan bil telefon setiap bulan, belikan hadiah mahal-mahal termasuk barang kemas. Kalau yang dah melampau sangat, sanggup mempertikaikan soal wang belanja untuk keluarga.
biarla along yang bagi mak duit, dia kan along. dia yang bertanggungjawab hantar duit perbelanjaan utk mak. duit u , simpan jela, banyak benda nak dibeli..

kalau dah macam ni memang parahla kan..Belum kahwin dah mempertikaikan soal tanggungjawab anak lelaki, kalau dah kahwin macam mana la agaknya. jangan sampai duit gaji pun kena masuk dalam akaun isteri dahla...nanti tak pasal-pasal jadi macam ni.."yang...i nak rm100 boleh tak, nak beli kemejala..."adoii..tak dapat aku nak bayangkan kalau kena macam tu...
mesti pening dapat pasangan macam ni, lelaki boleh menjadi dayus bila turutkan saja kehendak perempuan. Yela perasaan sayang masih tebal lagi. tu yang menyebabkan lelaki masih lagi setia bersama walaupun memang dah jerut leherla... Tapi sampai bila, sampai dah tak tahan la...baru lelaki jadi berani untuk bersuara.

kalau tak nak jadi lelaki dayus, kenala tegas dalam berbicara dan tegur sikap pasangan masing-masing. ke nak say hai hai dan bye bye je.....hehe...

adakah kerana lelaki tidak tegas atau memang sikap wanita itu sendiri yang sukar untuk dibuang..walaupun dah di bagi peluang untuk perbaiki kesilapan...

19 comments:

  1. kena la memasing melengkapi. tak salah pn dgr pendapat. cuma jgn terlampau ego ja ;)

    ReplyDelete
  2. teruk gak ye queen control ni..ko mcm ni xdilot..
    klu x tlg la crikan untuk aku yer..wakaka
    prince control xde ker??huhu

    ReplyDelete
  3. adakah aku queen control?hoho
    dasyat gak kalau perangai mcm ni, xde kebebasan langsung. kta kan negara demokrasi...

    ReplyDelete
  4. mintak dijauhkan la.. kalau hidup dah kena kontrol mmg tak bahagia la jawapnya.. patutnya kena saling bertolak ansur..

    ReplyDelete
  5. ade baik buruknye sebenanye..tp kalo kes mcm atas tu..parah dah tu..

    ReplyDelete
  6. aiyakk..
    ni queen control trlbih act..
    mlampau.. @_@

    ReplyDelete
  7. ada jugak kes king control. yang menggunakan agama dan konsep tanggungjawab untuk menjadikan isteri patuh taat pada suami tanpa berbelah bagi. sama jugak kes parahnye.

    apa2pun, perhubungan diikat oleh dua jiwa. maka perlulah ada konsensus di antara keduanya. basically kalo satu pihak rasa oke, mungkin ia tidak mendatangkan mudarat.

    sebab bila aku baca dialog "yang...i nak rm100 boleh tak, nak beli kemejala...", aku teringat kat bapak aku.

    disebabkan die sorang yg boros, maka die telah mencapai persefahaman untuk diberikan kad atm beliau kat mak aku untuk diutamakan pembayaran utang terlebih dulu. seterusnya bila dah ada belen baru dia bahagi2kan untuk duit belanja bapak aku.

    aku pun mengalami sindrom 'bawak keluar rumah rm50, balik rumah dengan rm5'. mungkin aku juga ada keperluan untuk berbinikan seorang pengurus kewangan macam mak aku gak kot.

    wallahu'alam. soal jodoh neh mmg aku tak reti kira.

    ReplyDelete
  8. wah2..topik hangat..hoho

    hurmm..aku sokong..laki kene tegas la..jgn manje kan pompan sgt..even aku pompan pon, aku tak ske pompan queen kontrol..sbb pompan cmne besa die tak ske dikongkong gak..tapi sebuk nak mengongkong org..huhu

    ReplyDelete
  9. huhu
    yg ni awek balak
    klu da jadi somi isteri
    ahaaa

    ReplyDelete
  10. Parah ni kalau baru awek je, dh queen control. Dh jadi laki bini nnti cmno yea?? Hrrmmm...

    ReplyDelete
  11. queen control mmg merimaskan..jgn dibuat begitu, kerana perasaan syg akan bertukar benci bagi org yg dicontrol..

    pernah tjadi kpd kwn sue..huhuh..sian laki tue..

    ReplyDelete
  12. haaaaaaaaaaaaa.... kalau dah tolong pilih kaler boxer tu dah lain macam2 mesti nak tengok pasangan nya pakai kan.. ehem ehem.


    www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  13. biasa je ni....cinta memang rasa ingin menguasai

    mudah saja sebenarnya...masing2 kena terima pasangan kita adalah seorang individu..dia ada hak dan sempadan utk diri sendiri

    ReplyDelete
  14. queen control?
    mak aii..aku berusaha sedaya upaya untuk x jd queen conntrol dulu..
    tp kan..sesetengah lelaki lebih suka bila awek sendiri kongkong..rs macam dihargai..

    ReplyDelete
  15. bf I dulu king control, skrg tak dah. :D

    ReplyDelete
  16. aduhai.. aku x ske di kontrol.. so.. x de sbb akunak kontrol orang..

    aiya.. dapay awek macam tu.. masak woooo!!

    ReplyDelete
  17. ku bkn queen control..ku awek yg baek..xpnah kesah smpai si bf tipu pn xtawu..kuang3..tp mmg ade pn pmpuan cmni..rimas betul rimas c:

    ReplyDelete
  18. suka topik ni. agaga. namun cinta itu buta. apahal tah. dah kawin nt baru pdn muka.

    ReplyDelete
  19. huhuu
    x tau la nk ckp pe .
    naseb bdn la kalo dpt bini queen control
    tp jd queen control pon x best gak . org asik ngumpat kan

    ReplyDelete

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops