Monday, November 30, 2009

lirik perangkap emosi

Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...

[Chorus]
Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...

[Chorus]
Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau gadis pilihanku...

[Repeat chorus]

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih..

dulu, lirik dan rentak ni pernah mendamaikan jiwa aku ketika itu.

rentak dan lirik lagu jugak boleh mainkan peranan dalam emosi dan perasaan kita di saat kita sedang mendengarnya. kalau lagu sedih, tetiba emosi pun boleh bertukar ke nada sedih. kenangan,,, mereka yang ada kenangan pahit seperti putus cinta, mesti teringat balik memori pahit yang terpahat di hati.

kalau dengar lagu mood jiwang, hati lak asyik kejiwangan. mulalah nak rindu dekat si dia si dia dan si dia..banyaknya si dia aku. eh mana ada. si dia aku hanya sorang je. ini si dia orang lain.

tukar emosi dan tukar mood kita kepada yang lebih positif dan jadi lebih ceria. Membiarkan emosi negatif, akan membuatkan keadaan lebih teruk.

"kita bukan ciptaan keadaan tapi kita yang menciptakan keadaan. "


Sunday, November 29, 2009

teknik mengurat dengan gigi

tadi aku cek dekat tagged aku. dan dapat mesej mcm ni


"comelnya awak, gigi awak cantik nurul.. bertuah rasanya kalau saya dapat kenal awak"

alahai abg....geli pulak saya baca. abg nak ngurat saya dengan gigi ke, kalau gigi saya hitam berkarat tak pun pakai gigi palsu mcm mana abg. terkejut lak abg nanti...tu abg belum tengok mata saya lagi abg, kalau dah tengok, tak terkata abg nanti, terpaku atau terkaku atau terkedu nanti abg...kehkehkeh...

ni zaman bilanya cara ngurat ni..guna gigi untuk ngurat, pulak tu umur bukan budak-budak lagi.....

Friday, November 27, 2009

Update facebook, Twitter dan Blog dengan 1 SMS sahaja.....


Dengan menggunakan MalaysianSMS (Aplikasi Facebook), pengguna bukan sahaja boleh mengupdate status Facebook tetapi juga mengupdate akaun Twitter, Blogspot dan Wordpress dengan hanya 1 SMS sahaja tanpa memerlukan 3G, Wifi, Blacberry ataupun iPhone...kadar bayaran adalah 30 sen untuk sekali hantar sms. Tapi untuk update, pengguna perlu ada akaun facebook terlebih dulu.

Web malaysiansms telah dibangunkan oleh koperasi di selangor dan ia baru di pasaran . Pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan MalaysianSMS kerana tiada caj pendaftaran dan caj bulanan untuk menggunakan MalaysianSMS ini...

klik di sini, untuk pergi ke website tersebut, dan ikut arahan yang telah diberikan. lepas ni tak perlu risau lagi....

cth yang aku dah buat,


Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha utk semua.hati2 dijalan raya. =)

ni testing dari hs aku..yeay...

paypal nak bg usd1-100


paypal nak bg duit free ni..antara 1- 100 usd...tarikh akhir 31 disember ni....

macam mana? klik sini...sesiapa yang ada fb tu, boleh terus klik dekat sini...dan yang belum ada, pergila register sekarang..

tapi korang kena ada akaun paypal jugak..sebab duit yg kita dpt tu, akan dimasukkan ke dalam akaun paypal, kalau belum verified pun tak pe, boleh verified nanti.

Wednesday, November 25, 2009

muka dan blog

aku, dulu dan sekarang lain, dulu aku pernah letak wajah-wajah super 'kechumelan' aku tu...bagi mereka yang dah mengikuti blog ni dari dulu mesti tau...tapi sekarang ni dah lain, aku lebih suka jadi misteri je.. bak kata ivy , dilot sekarang dah jadi misteri......

puncanya sebab apa ye..dah lama la...mana aku nak ingat..tapi rasanya sebab aku tak nak blog aku ni diketahui oleh seseorang....masa tu memang aku buat sesi kutuk giler-giler dekat seseorang ......biasala dulu..masa blog betul-betul jadi blog peribadi..tapi sekarang semua entri yang aku kutuk orang, aku dah buang......

kalau akan datang aku nak letak gambar, tak taula kan..mana tau berubah balik....keadaan aku ni memang selalu mereng sikit..sekejap macam ni, sekejap macam tu, ikut mood aku ke mana..kalau baca blog orang pun, kadang-kadang aku suka baca blog peribadi, kadang-kadang suka yang umum je...

tapi yang pasti..aku mesti tengok kat nuffnang dulu...sebab aku tau, mereka-mereka yang baca blog aku ni, sentiasa rajin klik nuffnang aku..cuma dieorg tak bagi tau je...thanks korang yang sudi klik nuffnang cik dilot ni...setakat ni alhamdulillah. lepasla duit poket aku

korang tau tak , yang gambar kita sendiri pun boleh jadi daya penarik untuk orang singgah ke blog kita, hits untuk satu hari je boleh cecah melebihi 300 walaupun blog tu hanya blog peribadi. contohnya blog ynaaohynaa ...blog yg aku selalu jengah..Jadi, korang bolehla letak gambar-gambar korang kat blog ..ni strategi jugak tau untuk naikkan blog sendiri..

tapi kalau tak nak letak gambar, korang boleh berimaginasi dengan reka cerita yang menarik. biasanya hasil penulisan dari imaginasi ni memang boleh menarik minat pembaca. Sesetengah pembaca mungkin sukakan cara penulisan yang diluahkan melalui imaginasi. sebab gaya penulisan seperti ini lebih kepada lucu, senang difahami dan sesuai dengan jiwa pembaca. Bila dah sesuai, pembaca akan ketagih untuk membaca blog yang diminati.

contohnya blog joegrimjow. bila dia berimaginasi pun tak taula, tapi sentiasa ada je entri baru dari dia. gaya penulisan dia memang boleh tahan seperti kapten luffy, atau sekarang ni lebih dikenali dengan nama ah fatt. kalau tak silap akula..tapi rasa nya betul..sebab aku memang selalu baca entri-entri dari luffy ni...

p/s: Raya tahun ni kurang sikit meriahnya. sebab tak ada buat korban dekat rumah aku. kalau tak, memang tiap-tiap tahun buat, sebab rumah yang aku duduk sekarang ni, rumah pusaka sebenarnya. Dalam tanah rumah aku ni pun, dah macam-macam jenis darah lembu dengan kambing ada..cuma darah orang jela takde..=)

muka lembu dan blog

Selamat hari raya aidiladha untuk semua. besok mesti ramai yang dah cuti,,

awek queen control, lelaki jadi dayus

awek queen control..? mesti sengsarakan bila setiap pergerakan dan perbuatan mesti kena report dulu dekat awek. kalau nak berjalan ke mana-mana pun kena beritahu dulu. sebulan dua perkenalan bolehla bertahan lagi..sayang la katakan, masih bunga-bunga cinta, tapi bila dah masuk ke angka setahun bunga-bunga api la jawabnya..

awal-awal percintaan, memangla semuanya indah belaka, boleh bertolak ansur, sopan santun la kononnya, tapi makin lama, semakin semuanya nak dikawal, baik dari perhubungan dengan orang lain sampai soal pemakaian, spentot pun nak dikawal.
u nak beli boxer ajak i, biar i pilih warna boxer u, sesuai tak...kiranya, kalau dah hitam kata dia, hitam la jawabnya, jangan memandai nak tukar.
antara punca berlakunya queen control ni disebabkan

1.) wujud perasaan terlalu sayang kan seseorang, sayang sampai separuh mati, kira dah masuk ke tahap 90% ke atas...biasanya bila dah terlebih sayang, memang macam-macam boleh jadi...

2) takut untuk kehilangannya pun salah satu punca yang teruk jugak..pastu mula rasa cemburu yang mendadak. Pantang ada kawan perempuan lain telefon, mulala tanya, "siapa yang call u ni". bila tak puas hati, siap call kawan perempuan tu untuk cari bukti lain lak.

3) mementingkan diri sendiri sebab rasa diri dah berjaya mendapatkannya. Kiranya lelaki tu adalah milik dia 100%. Pada pendapat queen control ni, pendapatan duit pasangan, adalah duitnya juga, jadi sang lelaki kenala bayarkan bil telefon setiap bulan, belikan hadiah mahal-mahal termasuk barang kemas. Kalau yang dah melampau sangat, sanggup mempertikaikan soal wang belanja untuk keluarga.
biarla along yang bagi mak duit, dia kan along. dia yang bertanggungjawab hantar duit perbelanjaan utk mak. duit u , simpan jela, banyak benda nak dibeli..

kalau dah macam ni memang parahla kan..Belum kahwin dah mempertikaikan soal tanggungjawab anak lelaki, kalau dah kahwin macam mana la agaknya. jangan sampai duit gaji pun kena masuk dalam akaun isteri dahla...nanti tak pasal-pasal jadi macam ni.."yang...i nak rm100 boleh tak, nak beli kemejala..."adoii..tak dapat aku nak bayangkan kalau kena macam tu...
mesti pening dapat pasangan macam ni, lelaki boleh menjadi dayus bila turutkan saja kehendak perempuan. Yela perasaan sayang masih tebal lagi. tu yang menyebabkan lelaki masih lagi setia bersama walaupun memang dah jerut leherla... Tapi sampai bila, sampai dah tak tahan la...baru lelaki jadi berani untuk bersuara.

kalau tak nak jadi lelaki dayus, kenala tegas dalam berbicara dan tegur sikap pasangan masing-masing. ke nak say hai hai dan bye bye je.....hehe...

adakah kerana lelaki tidak tegas atau memang sikap wanita itu sendiri yang sukar untuk dibuang..walaupun dah di bagi peluang untuk perbaiki kesilapan...

Tuesday, November 24, 2009

pertukaran, perubahan serta penambahan

hari ini aku nak kemas kini balik blog list aku..rasanya ada je yang tertinggal dan hilang lagi..macam cikhel...patutla dah lama tak baca entri dia..rupanya pernah terdelete...mcm mana boleh terdelete pun tak taula..

jadi dekat entri ni aku letak senarai bloggers yang aku follow...dan kalau rasa-rasa tetiba link korang macam tak de je..padahal sebelum ni ada, bagi tau yer.....bagi yang nak tukar-tukar link dengan aku pun boleh....untuk nuffnagers pun boleh..aku boleh baca entri korang...

dan bagi mereka yang ada dalam senarai followers aku tu, nak tukar link dengan aku, bg tau dekat sini eh, kalau dapat bertukar-tukar link, rasanya tu lebih baik. jadi aku tau korang aktif atau tidak..

kalau nama tak de..janganla kecik hati eh..bg tau kat dilot..nanti dilot update...tp kalau boleh janganla bagi link untuk promote barang atau klik-klik lain..sebab list ni untuk memudahkan aku baca entri-entri yang baru di update..

yang silent readers tu, bawa-bawa la muncul kan diri ye...boleh gak aku kenal korang-korang semua..haha..dilot dilot.. ada ke orang nak tukar link dengan ko....

takpe..aku letak je..kalau ada, syukur..

sebelum korang tengok list-list aku ni...aku nak korang cuci mata dulu..
korang rasa korang se kreatif mcm ni tak..

member

ainatul | bibot | hadi | ieja | iyra | liza | rulna

bloggers

acadterror | acap | acca | aduka | ain | akurosan | alwann | along | anem | anis | ankelrap | apei | aqilah | ariff | athirah/merahitujambu| ayin | ayudeadwish | azizan | azym | bella | broframestone | buling | chokia_nia | cikaina | cikca | cikhel | cikmanis | ciksantai | cikyana | chah | cufa | cuz | dakjaat | danish | desbliss | diya | eful | ejump | eldy | emy | epix | epol | et | ezany | farah | fierina | fik | fir | fndrocka | frodo | green | grunge | hana| hazzy | hudaluna | honeybee | imheppie | ije | ivy | ixora | izwan | jard | joe | kakida | kakjie | kojah | lala | lalink7 | lionteen | lol | lumut | masy | megat | mekmizah | mello | meo | milla | milimilo | mrajai | msanissyahirah | msizyan | najmie | nana | naqiubex | nasri | nazra | nine | oranglidi | pakcikdot | paraxixth da | reenaonline | ro | rose | ruff | sarah | seliparlaila | shazika | sueanne | syafiq | syinrayafa | tedi | tuntung | wenkt | xpo | xuen | ynaaohynaa | yonna | wazy | zack |

nuffnangers tukar2 link

blog yang aku singgah...

beautifulnara | kak red | kahuna | justkhai | ryehannazz | zelo555 | chokilala |

kalau nak tukar link jangan lupa bg maklumat korang ye..

nick: senang nak ingat nama korang..
url: kalau tak tinggal url, macam mana aku nak jengah balik tempat korang...
kategori: bloggers atau nuffnagers

stumbleupon

StumbleUpon is an Internet community that allows its users to discover and rate Web pages, photos, and videos. It is a personalized recommendation engine which uses peer and social-networking principles.

Web pages are presented when the user clicks the "Stumble!" button on the browser's toolbar. StumbleUpon chooses which Web page to display based on the user's ratings of previous pages, ratings by his/her friends, and by the ratings of users with similar interests. Users can rate or choose not to rate any Web page with a thumbs up or thumbs down, and clicking the Stumble button resembles "channel-surfing" the Web. StumbleUpon also allows their users to indicate their interests from a list of nearly 500 topics to produce relevant content for the user.There is also one-click blogging built in as well.


____________________________________________________

____________________________________________________

Magic Boxes: A Life As Lou Online Class

____________________________________________________

Don’t like reading? Read on…


Monday, November 23, 2009

pulang ke lubuk...

tik tok tik tok...jarum minit sentiasa berjalan...

dah 2 hari aku senyap di blog...tanpa ada update atau jalan-jalan di blog orang lain...siapa yang tak tau tu,..maknanya ko memang tak baca entri aku la kan..jadi lebih baik pergi bace dulu entri aku yang sebelum ni.....tapi disebabkan aku ni baik, aku akan bagi tau jugak kenapa aku sunyi dan sepi seketika...

takkanla ko tak leh nak update blog dilot??soalan yang menyengat aku ni,,.,.sekarang kan boleh je update terus melalui hs...ok2..aku mengaku...hs aku ni zaman sejarah....eh silap hs dah masuk galeri sejarah...seribu tahun aku tunggu nak ambil gambar ke..nak surf internet dari hs ke...seribu tahun jugak aku jadi mcm orang bodoh..hs aku tu cuma boleh call dan mesej je la...

aiiseeey..apa ni dilot ..pergila beli hs baru..sepupu sepapat ko yang sekolah rendah pun guna hs yang moden sikit..perasaan aku dah membuak-buak nak beli hs baru..almaklumla..terjeles tengok hs member-member..sekarang ni, baru aku rasa mcm mana ruginya aku tak de hs canggih-canggih ni...kalau dulu, mesti aku bagi alasan, eleh hs tu untuk call dengan mesej je..buat apa nak beli yang ratus-ratus punya..dapat rm150 pn jadila.......tapi itu dulu..sekarang perasaan aku dah berubah..hehe...manusia kan perlu berubah dilot...takkan kau nak duduk bawah tempurung je...

alamak..dah terlupa pulak aku..padahal nak buat baik td....nak bg tau je kenapa aku tak update 2 hari sebelum ni..ok..ok..aku bagi tau sekarang..aku bermaustatin seketika di kl la...jumpa kawan-kawan yang sama-sama bertungkus lumus belajar dan berhuha huha masa zaman degree dulu..

tup-tup ...rupanya dah 3 tahun zaman belajar tu dah berlalu....rasa macam baru semalam je...yela..masing-masing semua kerja best-best..aku je masih mcm ni..pirahh dilot,,,,nasib baik aku nekad nak pergi gak.walaupun tiket tak beli lg..sebab majoriti kawan-kawan sekuliah aku di FTSM, UKM , semuanya ada...kalau ko tak pergi dilot..memang rugila...bukan senang nak kumpul ramai-ramai..

dan terbaru aku dengar..dieorg ada buat rancangan nak pergi jalan ramai-ramai...uwaaa...aku mau pergi jugak..nanti dah kahwin...lagila tak boleh ikut korang...jangan tinggal daku..oh kasih..oh juwita ku..bla bla..sebab aku dah mereng sikit..


walau sejauh mana jarak km , tidak semestinya ikatan perkenalan dan erti persahabatan itu akan hilang macam tu je..cuma keadaan dan cara saja yang berubah..masing-masing menjadi lebih matang sedikit...yang penting jangan jadikkan jarak km sebagai penyebab untuk tidak berhubung....

rajin-rajinkan lah diri untuk bertanya khabar, bermesej atau berhubung melalui telefon...supaya hubungan persahabatan dan keakraban satu ketika dulu tidak semakin jauh....

ps..semalam balik ke jb, aku pakai baju kurung tau...sesiapa yang ternampak perut buncit aku akibat kekenyangan makan di rumah pengantin....nasib la ye..

Saturday, November 21, 2009

2 in 1


pergi kl

ni la namanya kucing yang suka dengki...tengah nak kemas-kemas barang, nak masukkan baju dalam beg, tetiba dia pulak yang masuk dalam bag ....tak bagi aku kemasla tu.....oh ye...aku nak gi kl arini...sbb ada jemputan majlis kahwin, besok....

walaupun hampir 4 tahun aku ulang alik ke kl, mak aku tetap rasa berat hati nak benarkan aku pergi kl sorang diri......walaupun anak-anak semua dah membesar....perasaan risau tetap ada jugak..lagila anak perempuan..
"jaga 5 anak lelaki, lebih mudah dari jaga sorang anak perempuan tau"
perempuan dan pakaian

siapa cakap jadi perempuan ni mudah..banyak nak kena fikir....salah satunya...dari segi pemakaian...perempuan tak boleh pakai tshirt putih sgt...sebab putih kan jarang...senang je mata sang lelaki nak bolos disebalik tshirt tu...

kalau tak jarang pun, tshirt yg ada tulisan-tulisan... lagi-lagila tulisan tu dekat bahagian dada... tengok tulisan ke tengok dada abg..?

kalau nak sopan...pakaila baju kurung..tp baju kurung pun payah sikit..kalau datang angin sepoi-sepoi bahasa..bukan setakat dekat bahagian dada, perut-perut buncit pun boleh di tengok...

okla..aku dah lambat ni..nak pergi beli tiket..sebabnya... aku tak beli tiket lg..=)....

babai..

Friday, November 20, 2009

tunggang terbalik dunia ni..

yang mana .. dah molek-molek jadi perempuan..nak jadi lelaki pulak..
yang lelaki dah kacak dan sedap mata memandang...pilih nak jadi perempuan...

lepas tu ambil jalan penyelesaian..tukar jantina...

wanita mahu tukar jantina menderita..
sebabnya....puting payu dara bengkak selepas pembedahan.....
info diperolehi dari berita harian ...

alahai..dah molek-molek, sempurna sifat..tapi minta ditukar..lepas tu dapat doktor tipu......yang di minta tak jadi..padah yang di beri..

yg atas ni kes nak tukar jantina...yang bawah ni pulak, kes bapa campak anak..

adoii..apa nak jadi ni...

tertuduh mengangkat anaknya secara terbalik, dengan kaki di atas dan kepala di bawah, sambil berlegar-legar di dalam rumah..kemudian tertuduh campak anaknya ke atas tilam..kesannya, berlaku pendarahan di selaput otak pada bayi terbabit dan mengakibatkan kematian..bayi tu baru berusia 4 bulan....
info diperolehi dari berita harian ...


Thursday, November 19, 2009

makan hati dengan bestfriend


bestfriend...ada bestfriend senang hati..takde bestfriend pun susah gak..

tapi kadang-kadang bila ada bestfriend..macam-macam masalah yg datang....tadi aku blogwalking dekat blog ruff..baca entri die yg pasal bestfriend gak...so..aku pun nak buat entri psl bestfriend..teringat kenangan lama ar ruff.....

aku pernah tak bertegur sapa dengan kawan baik aku selama 14 tahun...gara-gara orang lain busuk hati dengan keakraban kami....dan orang tu pulak..memang dikenali perangai 'semacam' sikit...tapi sekarang dah okla..

bukan senang nak ada bestfriend ni..macam-macam cabaran gakla...kalau bestfriend baik takpela..kalau tersilap pilih bestfriend...tu yang parah..

tapi aku rasa...tak semestinya kita dilagakan.kadang-kadang tu wujud dalam diri sendiri....

jeles

pantang tengok kelebihan yang ada dekat bestfriend kita...mulala nak busuk hati..pastu burukkan org lain...ni dah jadi badfriend ni..bukan lg bestfriend

kadang-kadang tak senang hati bila dia ada kawan lain..dan orang lain lebih berminat nak berkawan dengan bestfriend kita tu...

tak pun sebab kena tegur dengan bestfriend...dah mula nak melenting..padahal niat die baik....tp dah tersalah anggap lak..kate dia jeles...

adoiii..susah betul..orang-orang yg suka busuk hati ni duduk dalam gua jela...

ps: tunang aku ada nak jual Digital Camcorder...belum guna..barang dari kedai...warranty memang ada..kompem...

kalau ada yang nak beli atau ada sebarang pertanyaan..boleh email dekat tunang aku..

JVC Everio GZ-MG630 Digital Camcorder 60GB HDD

Package content: JVC GZ-MG630 Digital Camcorder, Battery, AC Adapter Charger, USB & AV Cables, CD Rom, User Manual


Features:

Ultra-compact HDD/microSD hybrid camcorder featuring 60GB HDD for up to 75 hours of recording, with KONICA MINOLTA LENS, 35x optical zoom, Laser Touch Operation, and convenient "One Touch" buttons for easy sharing and carrying

* 1/6inc pixel CCD
* 60GB internal Hard Disk drive for up to 75hr. of recording
* 14hr. 20min. Of the best quality recording (Ultra fine)
* 35x optical zoom/ 800x digital zoom
* Memory card slot for micro SD
* Remote control provided
* Software provided for windows
* Konika Minolta Lens
* HD Gigabrid engine
* One touch upload to YouTube ™
* One Touch export
* Laser tocuh operation with sub trigger & zoom function
* Digest playback
* 2.7" 16:9 widescreen clear LCD monitor
* Auto LCD Backlight Control
* Data Battery
* USB 2.0


Tuesday, November 17, 2009

kau perempuan?

ni yang aku dapat kat shoutbox aku aritu...pertanyaan tentang,...tuan punya blog ni seorang lelaki ke seorang perempuan...

kau perempuan??

aku pun tak paham kenape...ramai yang datang blog aku ni..mesti ingat dilot ni seorang lelaki....dari awal aku berblog..sampai sekarang ni...

adakah aku seorang lelaki....??

jawapannya adalah aku seorang perempuan....

ok cuz..aku dah letak gambar aku..haha...

mungkin sebab-sebab di bawah ni, salah satu punca orang menganggap aku ni seorang lelaki..

1...blog aku ni xde wajah-wajah super cun aku yang bakal menggugurkan jantung sang jejaka

2...sebab aku bukan gadis ayu...atau gadis melayu..atau perempuan melayu terakhir..

3...template blog pun takde ciri-ciri kewanitaan..


atau nama dilot tu sendiri menunjukkan nama seorang lelaki...??? mmm...

jom naik motor abg

tajuk memang takde kena mengena dengan entri aku...tapi berkaitan dengan gambar..

ari ahad lepas..aku ikut jogging dan buat senam robik dengan mak aku...memang ramaila yang datang....selama satu jam lak tu...lebih kurang 6 lagu semuanya...lagu hindustan pun ada..terasa mcm kat india lak..ala-ala joget ramai-ramai dekat padang...syok gitu......hilang segala lemak-lemak tersirat dan tersurat yang ada dekat badan ni...rasa macam nak masuk sehati berdansa lak tahun depan..boleh bagi aku peluang tak..
sebab tu orang di negeri india badan cantik-cantik....baru buat jrobik selama sejam, badan dah berpeluh-peluh sakan. nak angkat ketiak macam scha pun boleh malu nanti .....lagila kalau buat latihan tarian tiap-tiap hari..seminggu cukupla...lemak-lemak tak dapat nak sembunyi..tp tu kalau jaga la...
konon dah puasla dapat kurangkan lemak-lemak yang dah terlebih tu..balik rumah melantak makan sebab perut dah berbunyi..dan sambung tidur...bangun tidur baru nak menyesal sebab rupanya dah tertidur lama akibat kenyang dan kepenatan ber'jrobik pagi nye...adoiiyyaii..

jom naik motor abg...

minggu depan nak pergi lagi la..harap-harap tak sambung tidur lagi...=)

Saturday, November 14, 2009

apek kutip tin, melayu gelakkan

mesti ramai marah kat aku ni kan..sebab tajuk mmg menyakitkan..tp aku rasa ni realiti untuk orang melayu..tak taula bangsa asing mcm mana...orang melayu suka gelakkan kalau ada yang terbuat salah...

td aku keluar dan singgah makan dekat kawasan orang melayu..lepas tu ada sorang apek ni datang..dari perwatakan dia..apek tu mmg kurang normal...kerja dia cari tin2 kosong je...tp tak jual pun...tak taula kenape...tp sekurang2 dia cari kerja walaupun kurang normal..tp yang aku rasa sakit hati..bila peniaga-peniaga dekat situ, memainkan apek tu..

dieorg bunyi-bunyikan tin kosong tu supaya apek tu datang..pastu buat-buat tin tu takde...dah hilang...pastu peniaga belah sana pulak bunyi-bunyikan tin ..terkejar-kejar apek tu nak cari tin kosong...pastu gelak-gelak..apek tu nangisla..bila dah menangis..apa lagi...bertambahla dieorg buli...ejek apek tu pulak...

apela nak jadi dieorg ni..memangla apek tu bukan orang melayu..tp janganla dibuat main-main mcm tu....dah la tak normal...patutnya tolong la kan..tolong kesian pun jadi...tp bila tak normal, tula yang dieorg jadikan sebagai bahan mainan untuk digelakkan..tak baik tau..

last2 makcik aku tak tahan,...kiteorg tegur je...memang peniaga kat situ angin jugak...tp buat bodoh jela....

orang melayu ni kalau dengar orang lain tersalah sebutan, kompem akan gelak sakan...bukannya nak betulkan..tp digelakkan dulu...pensyarah aku orang putih betul, tak de pun nak gelakkan kalau tersalah sebutan, siap cakap, "takpe, awak belajar perlahan2-lahan"....ni kalau kena pensyarah melayu...siap kena perli lagi.....eh bukan ke ko sepatutnya mengajar dan betulkan bukannya perli....alahai,...

p/s: jom singgah forum baru...klik dekat gambar


Thursday, November 12, 2009

cinta monyet..perlu ke?


beberapa bulan lepas, aku kenal dengan sorang budak sekolah ni..seorang perempuan...tak kenal sangat sebenarnya...tp tau serba sedikit cerita dan masalah yang dihadapi. muda lagi..baru tingkatan 3. kira umur 15 tahun. masalahnya...
dia berkawan dengan lelaki yang lebih tua dari dia..lebih 10 tahun. dan lelaki tu adalah milik orang lain..bila dapat tau cerita sebenar, budak tu memang marahla..sebab di permainkn hidup-hidup. dan mula buat keputusan benci lelaki dan serik untuk bercinta. kononnya,,,lelaki tu la yang terakhir dalam hidup dia.
minat atau suka-suka tu biasalah..memang dah naluri manusia..tp untuk bercinta zaman sekolah...rasanya belum boleh lagi....lagila umur br 15 tahun...pmr pun belum habis lg..dah sibuk nak bercinta...

kenapa zaman sekarang ni banyak sangat budak-budak sekolah dah pandai bercinta..adakah sebab???

1) untuk menaikkan semangat masa belajar..yela hari2 boleh tgk muka dia..jadi hari-harila masuk kelas
2) jeles sebab kawan pun ada pakwe..jadi kita pun nak kene ada pakwe gakla
3) nak taste market kita mcm mana..ada orang minat ke tak..
4) sebab nak rasa dating tu mcm mana..bila lelaki pegang-pegang tangan..rasa macam dia caring giler...amik berat pasal kita...
5) bangga sebab pakwe hensem...

teringat zaman aku dating 5 tahun dulu....hanya pakai beg selempang dan sandle je..sangat kuno aku rasa...tp takpe..biar dia terima aku seadanya....tp tu dulula...bila umur dah meningkat...perubahan mesti dilakukan...

hasil nak sama tapi cara tak sama

semester kali ni, aku jadi kaki report...apa yang aku buat??hehe...buat report dekat pensyarah sebab salah seorang ahli kumpulan tak berikan kerjasama yang baik..jahat ke..??biasa je..dah salah sendiri..siapa suruh....

kes ni rasanya lebih berat dari sistem plagiat-magiat ni...kalau buat kerja plagiat, ada gak berusaha..usaha apa??usaha copy and paste....tapi yg ni tak berusaha..tak buat kerja...duduk relaks je...tetibe markah sama dengan orang yang buat kerja....mana aci beb...markah bukan sedikit je..75% dari total 100%....

tak adil la macam tu..usaha tak sama..jadi aku dengan kawan aku buat keputusan untuk bg tau pensyarah yang sikap dia mcm mana...nak kesian tp rasanya tak berbaloi la...kalau ada buat kerja sikit-sikit boleh gak di pertimbangkan... tapi ni tak, sekadar datang meeting dan berbual..duduk goyang kaki, belikan makanan untuk kiteorang..kire rasuah kecik la ni.....

rasanya memang ramai je orang mcm ni..cuma terpulang pada ahli kumpulan masing-masing...samada nak buat report atau tak....tapi sejak bergaul dengan international student ni, perkataan beri muka dah tak wujud dalam diri aku...bukan dah tak wujud tapi kurangla .... sebab bila bergaul dengan dieorg, macam-macam masalah....silap haribulan, kita yang akan dipersalahkan..

yang penting pada dieorang mesti lulus walau guna apa cara sekalipun...so hati-hatila ye...

Wednesday, November 11, 2009

wanita dan period, lelaki jadi tension

kenape ye ramai lelaki tak nak amik tau pasal kitar haid wanita..tak baik ar...kena ambil berat soal ni tau..penting tu..lagi-lagi kalau bab-bab bila dah kahwin nanti...

sekurang-kurangnya kalau pasangan tengah period, lelaki boleh siap sedia dengan pasangan masing-masing ....perempuan kalau period perangai memang pelik...kira sebulan sekali kena tahan kan diri dengan perangai perempuan...nak tak nak kenala sabar..yela perempuan tu kan pasangan kamu sendiri.

nak tau apa yang berubah...

1. perempuan kalau period memang selalu nak marah-marah je. macam-macam la....

2. kadang-kadang cepat sangat tersentuh. sedihla nak nangis la. pulak tu lelaki buat macam hampagas lak..jadi mulala nak beremosi. sebab tu lelaki kena tau bile pasangan kita period.

3. saat manja-manja datang..adoyaii..mesti lelaki letih kan saat ni..nak manja-manja lak...

4. kuat selera makan..kalau nak dating tu ..wallet kasi tebal sikit eh...

5. boleh berubah perwatakan..5 saat lepas baik je..10 saat lepas tu tetibe berubah...silap sikit boleh bergaduh jadinya...

tapi rasanya majoriti lelaki memang tak ambil tau pasal perubahan ni...sebab tu ramai yang tak faham..dan topik yang selalu keluar.."tak fahamla dengan perangai awak ni"...

tu belum disentuh kalau minta belikan pad..ada yang ok..dan ada yang malu..malu ke. abg??relaks la..dalam bungkusan pun ..bukan nya nampak isi dalam..bungkusan tu lawala saudara..berkaler2 lagi..ada warna biru..pink..hijau..pilihla ikut yang korang kena paksa beli tu... hehe...ada sorang member aku siap cakap, buat apa aku nak belikan. beli sendiri la. dah tau nak period, bersedia la. tak kuasa aku nak layan. lantak ko la..

hello... bukan masalah tak sedia. tapi lelaki harus bersedia dalam soal ni. cuba untuk memahami jiwa pasangan bila mereka tengah uzur. berlatih dari sekarang. nanti dah kahwin senangla...hehe..

ok kalau bukan pasangan korang yang uzur tapi adik beradik yang uzur macam mana. takkan la nak buat tak tau je..kalau tetibe tengah sengugut...tak boleh bangun..macam mana...kesian la kat adik tu..alahai abg-abg sekalian...ape ni...tak memahami langsung.....hehe...

ps:....blogwalking sedang dijalankan...sebab exam dah habis...seronoknya...dan aku tak lupa gak klik2 nuff dekat blog yg aku ada singgah....

Sunday, November 8, 2009

dah rancang, tp tak jadi lak

korang mesti selalu dengar ayat ni "mungkin ada hikmah disebaliknya, DIA yang lebih mengetahui apa yang baik untuk kita"

so aku nak cerita sikit masa aku tunang dulu...tunang aku rancang nak buat majlis masa besday aku yang lepas..bulan april..jadi family aku setujula kan...yela hari sabtu...

disebabkan majlis 2 bulan lg...persiapan mmg tak sentuh langsung. keluarga aku dengan keluarga tunang aku pun jenis yang ringkas je...takde nak buat "pelamin mini" ...hanya hantaran serba sikit jela..

tp ntah kenapa..tetibe tunang aku tergerak hati nak percepatkan sikit. dari tarikh sebenar....sebulan setengah lebih awal...mak aku pun terkejut la...mcm tak setuju...yela kata bln 4...masa tu mak aku mcm bz sikit..tp last2 mak aku setuju je..mungkin ada sebab tertentu kot...

jadi majlis dipercepatkan..kiteorg buat persediaan hantaran kurang dari 5 hari je...walaupun kesuntukan masa...majlis tetap berjalan dengan baik...takde masalah..

pastu bila dah masuk bulan april, bulan yang sepatut aku bertunang, tetiba arwah atuk aku sakit...jadi keluarga aku terutama ayah aku bz la..kerap balik kg sebab arwah atuk tenat....dan arwah atuk aku meninggal 2 hari selepas hari jadi aku. maksudnya 2 hari selepas majlis tunang, kalau ikut rancangan yang first...

dan lepas tu baru aku terfikir, mungkin ALLAH dah gerakkan hati tunang aku untuk percepatkan tarikh tunang kami sebab DIA lebih mengetahui apa yang akan berlaku...

kalau aku turutkan hati jugak nak buat masa tarikh besday aku, mungkin tidak kesampaian ....yela bila arwah atuk sakit, mestila kita kerap balik kg. mana ada masa nak fikir soal tunang lg. abah pun bz menguruskan hal2 dekat kg,..kalau aku buat selepas tarikh tu pun mungkin ada masalah. sbb tunang aku susah nak dapat cuti lagi..

tak semestinya apa yang kita nak mesti akan dapat..
tak semestinya apa yang kita hajati akan termakbul jua
tak semestinya apa yang kita rancang akan berjalan dengan sempurna

kaki tumpang dan kaki kedekut

kaki tumpang tp yang pandai berbudi takpe...samada balas budi ucap terima kasih atau hulur-hulurla sikit untuk duit minyak atau belanja makan.

jenis macam ni, mmg sangat-sangatla di alu-alukan sebab ada nilai-nilai murni dan berterima kasih sikit..tapi bila jumpa jenis yang kaki tumpang dan kaki kedekut tu yang rasa mcm nak "bg flying kick" je aku rasa..dahla tak pandai nak berterima kasih. nak hulur-hulur duit minyak lagila..jangan harap..

kalau yang jenis dasar kedekut sangat-sangat.....sanggup tebalkan muka, tumpang kawan balik kg sama-sama ..alasan yang dibagi.... nanti aku tak perlu keluarkan duit. ...yela bila naik bus dah kena beli duit tiket..kalau tumpang kawan tak perlu keluarkan duit...ni bukan dasar kedekut lg, dah mcm haji bakhil...

tahun lepas aku pun terkena gak.., dahla suruh aku amik dekat kawasan tmpt tinggal dia, nak tak nak, aku kena gakla amik budak tu sebab pensyarah aku minta tlg..budak tu takde kenderaan. kalau sehari takpe..ni seminggu, pastu tak bayar langsung, mula-mula aku biarkan jela...mane la tau hari terakhir nanti baru dia bayar duit minyak..tapi hampa betul..hari terakhir tu die keluar dari kereta aku terus menonong je...apa lagi mmg hanginla aku..gunung berapi meluap-luap....angin puting beliung pusing-pusing dekat badan aku ni...

besoknya direct aku tegur budak tu..yela baru je kenal, pastu buat perangai mcm tu, ....bukannya nak kedekut, tapi fikir-fikirla sikit..dapat bayar duit minyak sikit pun jadila, atau 'tong-tong', sebab aku student gak masa tu, mana ada kewangan, mak bapak aku la yang bayar dan tanggung, kalau ye pun mak bapak aku yang bayarkan duit minyak, takkan mak bapak aku nak kena tanggung kau sekali...

kadang-kadang kesian gak dekat orang yang takde kenderaan mcm tu. kena jalan kaki jauh-jauh...tp bila kesiankan dekat org mcm tu, nanti diri sendiri lak yang sakit hati. cara terbaik, aku buat-buat tak nampak je..haha....tp kalau nampak kawan-kawan yang memang aku kenal, kenala offerkan diri..takpela..kawan-kawan sendiri pun..dah kenal perangai dieorg mcm mana...samada dieorg akan balas dengan belanja makan, atau lepas tu naik kereta dieorg lak...secara gilir-gilir.


Friday, November 6, 2009

4 perkara penting sebelum sambung belajar

jangan sesekali pernah rasa menyesal untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.....walaupun rambut tu dan hampir penuh uban....hello..sape kate rambut dah beruban tak boleh menuntut ilmu lagi..bolehla...

tapi sebelum sambung tu, fikir-fikir dulu....sebab sambung belajar bukan satu proses yang sangat pendek...ingat setakat pusing-pusing dalam universiti..bila dah puas tgk..boleh balik rumah..apa? ingat makan angin je ke...

ok..yang pertama sekali...niat sambung belajar kita tu mestilah betul...

1) jangan sambung belajar sebab mengikut kawan...

eh ko sambung master eh..hebat nya..aku pun nak sambung gak la lepas ni...boleh jadi mcm ko..nnt org tanya..ko tgh buat ape sekarang..sambung master(tersenyum bangga)
2) andaikata sambung kerana ikut kawan-kawan...lepas tu tersangkut setengah jalan...hasilnya ...kompem nanti frust sangat2 pastu mula tak semangat.....pastu rasa nak berhenti lak...hello...membazirla..baik bg duit dekat orang tua ....


3) kalau rasa-rasa nak sambung gak...fikir dulu samada kita nak sambung untuk buat secara penyelidikan "research" atau secara belajar "taugh course/ by course"..nak tau mcm mana? tgk keupayan diri kita...

sebab untuk penyelidikan perlukan komitmen yang tinggi..masa pengajian adalah lebih 18 bulan...bila dah 18 bulan, baru rasa yg kita dah tersalah pilih,,,nak berhenti boleh..takde masalah... tapi agak rugila sbb 18 bulan adalah 1 tempoh yg lama...

kalau semangat belajar masih ada, jangan berhenti,boleh tukar kos pengajian kita tu, amik yang taught course lak...tp kena tambah lagi setahun setengah laaa..takpela..demi masa depan kan

4) dah pilih samada secara research atau taught course , kena fikir lak pasal bidang yang bersesuaian dengan keupayaan tahap kita mcm mana...jangan cari bidang yang sukar untuk kita capai... pulak tu basic tentang bidang tu tersangat cetek..tapi kalau rasa-rasa kita ni jenis manusia yang mmg pandai...dan mudah terima ilmu...amik ape2 bidang pun tak kisah...
yela bayangkan...kalau takde basic biologi...dari sekolah tak pernah amik subjek bio, bila sambung belajar amik bidang bioinformatics, ...jawabnya mmg menempah parahla...
5) ok..yang terakhir..fikirkan soal kewangan...nanti nak bayar duit yuran mcm mana.??..cuba cari idea dan jalan mcm mana nak menampung kos pengajian kita nanti..

cara??
1. boleh buat pinjaman ptptn balik
2. guna jpa atau mara atau
3. pinjaman dari negeri masing2...
4. ataupun cuba cari pensyarah..mana tau dapat kerja part time di bawah pensyarah tu ke......

kenapa kewangan tu penting...??ok..andaikata tetiba pensyarah dah tak nak amik student buat part time, mungkin nanti dtgkan masalah pada kita..sbb?? terpaksa ambil keputusan untuk cuti belajar, cari kerja lain dulu..

kesannya, bertambah la tahun pengajian tu..kalau di taja oleh jpa ke mara ke..tak pe..sebab itu tajaan..tp kalau mak bapak yang tanggung....??pulak tu kita dtg dr keluarga susah....

tp kalau yang dah amik keputusan untuk buat pinjaman lagi..fikir semula...hutang kita dulu tu dah berapa banyak...kalau rm21k...jawabnya kena fikir balik..takkanla kita hidup untuk bayar hutang je...tu belum lg buat pinjaman rumah ..kereta lagi...

kalau tak nak berhutang lg masa tengah belajar...carila kerja sampingan....atau istilah..kerja sambil belajar..belajar sambil kerja...

bukan tak boleh untuk sambung belajar..boleh..dan amat digalakkan...sbb masa depan kita gak..tapi tgk keadaanla.....kalau tak dapat sambung sekarang...mungkin ada hikmah disebaliknya..

tp seeloknya..buatla solat istikharah...pilih yang mana baik..hanya DIA yang lebih tau segalanya...mana tau 2 tahun lagi , tempat yang korang kerja tu, buat tawaran baik dekat korang...siap taja 100% kos pengajian lagi tu...

ada ke mcm tu...??memandai je ko dilot...sebab adala aku berani sebut...saudara aku sendiri dapat tawaran macam tu...itula namanya rezeki...hanya DIA yang lebih tau...jadi mohon petunjuk dari DIA..mana yang lebih baik..supaya tak salah pilih jalan...

ni semua berdasarkan pengalaman yang pernah aku dengar dan lihat sebelum2 ni...

Thursday, November 5, 2009

program affiliate A+

semalam aku berkawan dgn encik google..cari info yang aku kurang jelas dan aku kurang faham sikit tentang dunia bisnes online ni....antaranya tentang affiliate dengan twitter....

selain nuffnang, affiliate dgn twitter pun salah satu cara untuk kita jana pendapatan sampingan.

kenapa?? sebab maksud affiliate itu sendiri adalah ejen.

tugas kita sebagai affiliate dengan mempromosikan produk mereka

jadi aku nak cerita sikit tentang affiliate A+ yang aku jumpa ni...rasanya dah ramai yang tau tentang affialite A+ ni.tp xpe..sharing is caring...hehe...produk ebook ni adalah hasil dari saudara ammar.........

tapi apa yang aku tau, termasuk dari pengalaman aku sendiri, ramai yang tak faham dan tak gunakan cara yang betul dalam mempromosikan affiliate..barang ada tapi strategi tak betul. sebab tu pendapatan sikit je...hohoho..siapa tu..tentula aku..hihihi..

dan aku ambil keputusan untuk belajar dari buku tu. memang berbeza cara yang aku gunakan dulu dengan cara yang ammar ajar. sebab tu pendapatan tak memuaskan. hehe

cuba bayangkan kalau kita hanya letak banner untuk promosikan produk tu....contoh


rasa-rasanya korang sendiri akan percaya bulat-bulat tak dengan banner tu tanpa maklumat-maklumat yang korang nak tau...mesti tak percaya kan...

sebab tu ramai aku sendiri pernah gagal. hanya gunakan ads untuk promosikan produk... sebabnya....tak belajar atau baca dari info yang sahih dan betul.. nak buat tapi tak tau cara...mana nak jadi...ala..macam kita buat kek gak la..kalau tak ikut sukatan, kalau tak ikut cara pukul yang betul, last-last kek tu jadi 'bentat'...tak naik..kira mcm terbantutla...

ok..ni adalah ebook affilate A+ tu


dari ebook ni, kita akan pelajari dari segi teori dan praktikal...dia ajar dan kita boleh terus praktikkan...tak dela terkontang kanting...bukan buku yang kosong je...

contohnya..cara-cara nak mengelak komisen affilate kita dari dicuri...cara pilih niche yang betul dan paling bersesuaian...dan lain-lain... lebih dari 10 perkara yang kita boleh belajar dari Affiliate + ni...tapi kalau nak tau lebih lanjut, lebih baik baca sendiri dari website ammar...klik read more...

tapi apa pun, yang penting kena berani mencuba. kalau teragak-agak, kalau takut-takut, kalau tak percaya memang sampai bila-bila tak akan berjaya..

contohnya, aku kena ambil risiko bina website client yang agak mencabar, kalau tersalah link kan table dalam database, memang risiko tinggila. sebab melibatkan data-data client.tp sampai bila aku mesti takut untuk ambil risiko buat website untuk client yang hebat-hebat...kalau takut, memang orang tak kan nampak la apa yang yang kita boleh buat..jadi mcm mana nak cari kerja..kalau kita tak pernah nak cuba tunjukkan hasil kita.....jadi kena berani dan terus belajar dan praktikkan jika nak berjaya...

Wednesday, November 4, 2009

lelaki | lelaki hebat | Seventeen


adakah lelaki semuanya hebat...

lelaki hebat untuk apa..?hanya ketika waktu bersama dengan pasangan mereka.oppss....bukan topik itu...tapi lelaki hebat sebab dalam diri mereka ada keegoan yang sukar untuk diruntuhkan.

keegoan lelaki agak tinggi dan mereka sukar untuk mengaku kesalahan sendiri. terutama dalam soal pendirian mereka dan hubungan dengan pasangan mereka sendiri.

kadang-kadang terlalu sukar untuk menunjukkan saat mereka dalam kesusahan, saat mereka dalam kesedihan dan saat mereka diperlukan. apatah lagi untuk berbicara masalah mereka dengan pasangan mereka sendiri.

bukankah perbincangan dan toleransi memang sangat diperlukan dalam bab perhubungan, tiada toleransi, tiada perbincangan maka masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara baik.

tapi andaikata hubungan hanya separuh jalan, lelaki memang dapat mengawal perasaan mereka dari terus bersedih berbanding dengan wanita. dan wanita pula, akan terus bersedih dan menangis serta kecewa dengan apa yang berlaku.

haha..apa aku merepek ni..aku nak letak lirik ni je sebenarnya..terasa tercabar lak dengan rangkap lirik yang ni "aku kan selalu tetap berdiri, merasa hebat, merasa kuat"

Seventeen – Lelaki Hebat

aku takkan pernah kau kalahkan
walau kau coba hancurkan aku
aku kan selalu tetap berdiri
merasa hebat, merasa kuat
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku lelaki tak terkalahkan
meski hati ini kau patahkan
tetap tegar untuk diriku
melupakanmu dari hidupku

reff:
aku memang tak sebodoh yang kau pikirkan
karna ku punya semua mimpi
dan tak semudah itu kau lenyapkan
dan aku terlalu kuat untuk kau taklukkan
terimalah ini, sayang

aku lelaki tak terkalahkan
meski hati ini kau patahkan
tetap tegar untuk diriku
melupakanmu dari hidupku

uooo

repeat reff

aku memang tak sebodoh yang kau pikirkan
karna ku punya semua mimpi
dan tak semudah itu kau lenyapkan

uoooooooo

Video: Youtube

ps: update blog baru aku lagi satu..wallpaper untuk desktop...kat situ untuk tutorial blogspot/photoshop atau seangkatan dengannya..=)...

http://zontutorial.blogspot.com/

Monday, November 2, 2009

sumpah bunian dah berakhir

kisah cinta antara adam dan hawa dah tamat...sedih lak penutup dia..sbb adam dan hawa terpaksa berpisah...sedangkan berpisah seketika pun boleh menggunung rindu tu...inikan pula berpisah lama...boleh merana tau....hehe...sebab aku kan cinta jarak jauh

tp kesalahan adam jugak...yang dia pergi langgar sumpah buat apa..dia kan dah janji dengan hawa, tak nak ungkit kisah lama hawa...pastu tak soal selidik..terus marah tak pasal-pasal...bila dah terlepas cakap, memang tak boleh patah balik la....sebab tu janji dan sumpah tu penting..jangan sesekali kita lupa pada janji yang kita dah buat tu..akibatnya merana la badan...siapa yang susah..diri sendiri la..

tak pasal-pasal muka handsome dah jadi berparut..pastu anak-anak takut..mcm nampak hantu..mmm...tula padahnya..masa si hawa muka ada parut, adam ikutkan sangat kata-kata si azeera tu..jangan bagi anak-anak tengok hawa..nanti budak-budak tu terkejut...ha...sekarang rasakan,,anak-anak sendiri cakap bapak dia hantu...

lepas ni siapa yang tak ikut cakap mak bapak..dan lari dari rumah sebab ikut lelaki lain.....kenala tengok cerita ni berulang kali...biar cepat-cepat sedar dari alam fantasi cinta sendiri....

Sunday, November 1, 2009

azwan ali dah bertaubat, doa jadi anjing


apsal aku baru tau cite ni...nmpk sgt tak tgk tv kan..yela dah keluar dekat melodi dengan AC Sempoi...tp aku sorang je tak tau lagi...tp kompem la...mesti ramai yang suka bile dengar azwan ali dan insaf...lg2 musuh azwan ali kan..

ramai ke tak musuh dia, aku tak taula..tp bila aku baca entri dekat blog dia pun boleh sakit hati dibuatnya...kalau budak-budak yang masuk blog dia boleh hancur la dibuatnya....lagila orang2 yang pernah dikutuk oleh azwan ali ni...bukan setakat dendam..dah jadi musuh agaknya...

lepas dia balik umrah ni..perwatakan dan gaya dia dah berbeza..rambut kompem botak sikit ...tak de make up2 lg....gaya ala perempuan pun tak de lg..kak azwana alia pun tak de lg...semuanya nampak dah kembali normalla...

tp agak terkejut bila dia cakap...
orang doa dia jadi anjing masa depan kaabah
...teruknya..sampai mcm tu sekali...agaknya apa la yg org tu dendamkan sgt smpi berdoa mcm tu...nak balas tak boleh....sebab mulut azwan pun pedas gak...jadi simpan dalam hati jela....last2 wujud perasaan dendam membara...

harap2 ini perubahan kekal yang dilakukan oleh azwan ali....nak tau lebih lanjut klik di sini..

through mw window - comelnya watak ni


giler comel video ni....bile la aku dpt buat video mcm ni...semuanya aku nak buat..hehe..tp serius mmg comel ..baik korg tgk video ni...

korang ingat orang je boleh jatuh cinta..watak kertas pun boleh tau....sanggup gadai nyawa nak jumpa awek dekat bangunan sebelah sana tu....usaha tangga kejayaan....last2 dapat gak jumpa awek kertas dia tu..

boleh tgk dekat sini..

My Blog List

 
Mama Dilot © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops